Jumaat, 15 Mei 2009

Sambal Hati Lembu

Minggu lepas kot (masa tu aku malas nk masak nasi) so kami beli nasi bungkus jer.. pilih la lauk hati ni. Dia buat sambal..sedap la plak... tp tak puas la makan. Kali ni beli sendiri hati lembu dan buat sendiri...hah..makan ler sampai terbongkang!!! ha,ha....


Cara nk membuatnyer sama jer mcm nk buat sambal tumis biasa tu. Cuma rebus dulu hati lembu tu sampai empuk. Kalo tidak ada yg tertanggal gigi palsu tu nanti...

Bahan-bahan
-hati lembu -direbus dulu sampai empuk
-cili kisar
-bawang merah*
-bawang putih*
-belacan*
-air asam jawa
-bawang merah yg dipotong bulat
-garam dan perasa

Cara-cara
1.Bahan yg bertanda * ditumbuk hingga halus dan masukkan ke dalam cili kisar
2.Panaskan kuali, masukkan minyak masak
3.Tumis cili dan bawang tadi sampai garing dan naik minyak.
4.Kemudian, barulah dimasukkan hati yg telah direbus tadi. Boleh tambah sedikit air.
5.Letak garam dan serbuk perasa. Kacau dan masukkan bawang yg dipotong bulat.Kacau lagi dan bolehlah diangkat....
Senang jer kan !!!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...