Memaparkan catatan dengan label toys. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label toys. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2011

Toy's Baru- senapang gajah

Salam...dh dinner ke semua?

Kami sekeluarga baru jer sampai rumah. Baru balik dari Ampcorp Mall PJ. Pegi beli benda yang aku idam2kan selama hari ni.. tu dia...Senapang Gajah (kata Fiza Nordin...hehehe)

Asalnya nk tunggu birthday, tp macam tak brapa nk sabar. Dah 4 hari aku termimpi-mimpikan mende ni, dah dah 2 hari aku demam (tak lalu makan ler konon) wakahkahkah.....

Semalam dah nk pegi beli, tp Jebat kata "ce bawak bersabo...esok ler kita pegi"

Dan hari ni, seawal 11 pagi Jebat dh balik rumah. Tapi tiba2 kena pegi kerja balik. Aku apa lagi..mulalah berangin satu badan. Geramnyer...

Tak senang duduk, tunggu Irfan dan Along balik dari sekolah. Terus keluar ke pejabat pos. Keluarkan duit...huhuhuh..... (nk tunggu Jebat beli, lambat lagi ler nampaknyer, ..so beli sendiri ler....duit dari hasil jual kuih, coklat dan biskut...)

Gambo dari pakcik goole lah yer...

Dan inilah mende kejadah yang aku idam-idamkan selama hari ni. Aku mmg tak pernah pegang menatang ni. Entah pasai apa teringin beno !! Padahal bukannya ada geng yang pakai mende ni pun. Asas sume tak tau. Kena ambik kelas la lepas ni.....

Balik dari pejabat pos, terus telefon Jebat. Sib baik dia on d way balik umah. Sampai jer kat rumah, bagi dia makan nasi cukup2 pastu terus bersiap ke Ampcorp Mall. Sebelum tu aku dh call kedai tu..hehehe...takut takde stok maaaaa......


Dan .... sekarang ini, aku tengah membaca buku panduan ler plak. Tak leh ler sukati nk rodek2 mende ni, sbb pengetahuan aku berkenaan menatang ni masih zero.

Ok... itu jer lah citer aku hari ni...... BYE !!!!

Isnin, 19 Januari 2009

New Toys

Semalam jalan-jalan kat C4 Jalan Peel, Cheras ternampaklah Breadmaker Kenwood, tengah offer, harganya rm229.90. Tapi hampeh, habis stok la plak. So hari ni aku pegilah pulak ke C4 Sri Petaling, tapi benda tu langsung tak wujud di sana.
Lastly, hubby ajak aku pegi Jusco, Equine Park, kononnya nk cari kat sanalah. Selalunya jenama Kenwood ni kat Giant, Tesco memang takde (yelah, barangan Kenwood ni mahal, so Giant, Tesco memang tak jual)
Sampai jer kat Jusco, benda tu takde offer la plak. Cari brand lain takde lah plak. Aku call balik C4 Cheras tu, tanya, dia kata kalo sampai stok baru, nanti dia call aku, harga masih rm229.90.
Takpelah..aku tunggu jerlah yang tu, tapi takkan nk balik dengan tangan kosong kan. Akhirnya aku belilah benda yang dalam wish list aku ni (selain breadmaker tu)

Senang sikit aku nk buat jus lepas ni. Tak payah pakai blender lagi. Ni jenama Cornel. Sebelum ni aku dh guna sandwich maker jenama ni jugak, memang bagus.


Ni plak, barangan pilihan hubby aku. BBQ Grill. Katanya senang nk bako ikan, ayam atau daging. Tak payah beli arang lagi dah. Lagipun guna arang ni leceh sikit, nk kena tunggu sampai jadi bara dll. Tapi aku rasa pakai arang lagi sedap. Semalam dia dh nampak benda ni kat C4, tapi ragu-ragu nk beli. Masa balik, fikir punya fikir, dia kata nk beli plak. So hari ni, bila dh jumpa, dia sambar jer lah. Agh, lantak lah..dia yang bayo. Tapi juicer tu aku yang bayo... ha,ha,ha...

*betul kata Elly Iskandar dalam rancangan Ally(tv3) tu, wanita ni tak terjejas langsung di masa negara tengah gawat ni. Biarpun inflasi melanda, tapi wanita tetap seronok shopping sini, menghabiskan duit.... salah sorangnya AKU. Padahal benda2 ni takde lah penting sangat kan! Inilah sifat aku, kengkadang tu kedekut mengalahkah haji bakhil citer labu labi tu, tapi bila sampai mood pemboros tu, duit tu keluar laju jer.....

Selasa, 6 Januari 2009

Waffle Maker

Akhirnya berjaya jugak beli waffle maker ni. Ni kes jeles ngan Fiza sebab berjaya buat waffle sendiri kat umah. Aku dan anak2 memang suka makan waffle.
Ni beli kat tesco Puchong, harga rm55.90, takde brand, tapi takpelah, asalkan boleh buat waffle udah ler....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...