Khamis, 24 November 2016

Western @ Ola Bola

Bila ronda2 malam-malam dan tak tau nk lepak mana, akhirnya kami pilih Restoren OLA BOLA Kinrara Uptown.  Restoren ni dah lama, cuma kami jer tak masuk...selalu masuk restoren disebelahnyer, The Kebaz jer....


ni chicken chop...Mr Ir order yang grill.... 



ni CK order...cheezy meatball... huuhuhu....ingatkan cheezy meatball yg geng2 group puncak jalil slalu jual tu...rupanya tidak..... kihkihkih.....



ingatkan cheezy meatball mcm ni :(  huhuhuhu......


Review : Makanannyer ok.... CK puji bab pisau...selalunya di kedai western diorang bagi pisau yang berhulukan kayu...so bila lama2 guna, kayu dipisau tu akan berbau...so mmg akan mengganggu selera masa makan....tp di kedai ni, dia guna pisau yang berhulukan stainless steel, so dapat makan dengan aman tanpa sebarang bau.

Tapi dari segi tempat duduk?? huhuhuh.... tak brapa selesa kot....nk lepak2 lama2 tak boleh sbb takbleh bersandar....ahahahahaha.....




Isnin, 21 November 2016

Antara dua citarasa

Semalam, CK ziarah pakcik di Shah Alam... dua minggu lepas pun CK pegi, tp masa tu dengan anak2 sahaja, sbb Mr Ir kerja... 

dan semalam, selesai acara di rumah pakcik, CK ajak la Mr Ir ke satu restoren ni (terletak di kawasan kilang seksyen 27 Shah Alam) ... pada mulanya dia menolak...katanya nk ajak CK makan western di Menate... tp CK ckp, takkan nk ke Bangi plak?? jauh tu..... lepas dengar bininya membebel, dia pun ikut jer laaa.....

Sebenarnya CK dah pernah ke sini, masa tu dengan kawan2 laa... dan teringat kesedapan roti john nyer, so CK ajak la pula encik suami....

Terletak di no 22, Jalan Kota Raja 27/J, Pusat Bandar Hicom, Seksyen 27 Shah Alam... restoren ini pernah masuk dalam rancangan JJCM

Ok..... meh tgk apa kami order, dan review nyer.... opsss...sorry owner.... maybe boleh upgrade ur service atau modified ur menu


Roti John Cheese Sekilo rm15 ...yang ni sedap... CK mmg suka yang ni...  takde komen utk yg ini. 




Ni Mr Ir order.... Nasi Ganja Kambing rm9 .. pada mulanya order 2, tp dh habis...tinggal 1 jer... nasib baik la order 1 jer... kuah karinya masin. Isinya sikit jer..tulang jer lebih maybe sbb  last portion, so rempah2 dan kuah dh pekat dan masin ...sorry...

And... CK teringin nk makan bihun sup...order la Bakso ni 


ermmm....it's tasteless...... rm6.00 ... so bad :( 



tapi kan..... bila bawak si engineer letrik berpangkat IR ni...susah oooooo.... mula2 sampai jer dia cakap, kedai ni??kawasan ni?? mcm mana awak boleh sampai ke sini??? 


 aloooo....cuba dulu laaa..... don't judge the book by it's cover ok !!! adoiiii...susah la dia ni...... gerammmm jerrrrrr

 so...sangkaan meleset... dr dalam kete, sampai ke rumah dia membebel....  KENAPA????

1. Nasi Ganja dengan kuah kari yang masin

2. Bakso yang tawar, dan takde rasa. Diberinya cili padi, bila dibuka bekas, ada bau masam dan kesan kulat diatasnyer...tandanya dh lama tak digunakan. Cili padi kicap pula, cair dan manis
3. Pesanan diambil menggunakan tab (bagus,sbb nampak up to date)....tp bila cancel order, pelayan tak pula cancel di tab tu.... bila kira, semuanya dimasukkan skali.....

so...kami dicaj rm55 untuk  1 nasi ganja kambing, 1 roti john cheese biasa, 1 bakso, 3 teh o ais limau, 1 kopi O panas dan 1 air tembikai non sugar

Mr Ir ckp, "perrghhh.... harga kalah kopitiam !! " so.... CK diam.... yer...salah CK sbb ajak makan kat kedai tu... sorry laa...lepas ni tak ajak dh....

tapi masih tak puas hati, CK wassap la tuan kedai tu... kita ada hak sebagai pengguna kannnnn...... 



dan...katanya kami order 2 nasi ganja kambing dan roti john extra cheese??? ... alooooooo......  tak dengar ke masa ambil order... kenapa tak cancel kat tab u yang canggih tu  masa nasi tu dah habis???


ermmm....... sehingga kini, no feedback dari owner....

Selasa, 11 Oktober 2016

Tau Sa Piah

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari rajin CK agaknyer...hahahahaha...teringin nk makan kuih ni.. last adik si Jebat belikan masa di Jakarta. Sedap sebab intinya kacang merah dan tak berapa manis. Dan hari ni, CK buat la sikit, sementara tunggu lori Citylink datang hantar barang tu kan..... hahahaha..... Sebelum ni CK dah pernah buat, tapi menggunakan inti kacang hijau. Pun sedap jugak.... Entri nya di sini yer 




Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Lain:-
inti kacang merah secukupnya (CK beli ready made)
1 kuning telur
Sedikit bijan




Cara membuatnya:-

UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.
  1. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.


OK...sampai jumpa lagi 

Isnin, 26 September 2016

Asam Pedas Tetel

Assalamualaikum...apa khabar....


lauk kegemaran Jebat ni...lama dah CK tak buat. 

ASAM PEDAS TETEL
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-daging dan tetel secukupnya -direbus dahulu hingga empuk (simpan air rebusannya) 
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-serai*
-1/2 inci lengkuas*
-2 biji buah keras*
-sedikit belacan*
-20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
-daun kesom
-bunga kantan
-daun limau purut- dibuang tulang tengah dan di carik
- 2 sudu makan sos ikan
-2 sudu makan air limau nipis
-air asam jawa
-minyak masak
-garam, perasa



sedap kalo cicah ngan cekodok....


Cara-cara
-bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
-panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
-masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih
-tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
-Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.
-Biar mendidih lagi, dan bolehlah dirasakan garam dan tambah serbuk perasa. Siap..



SELAMAT MENCUBA 


Isnin, 5 September 2016

Restoren Blue Ginger Taman Puncak Jalil


Assalamualaikum....

Semalam, husband CK ajak dating berdua... takde la pegi jauh2, cuma dalam Taman Puncak Jalil ni jer... (hahaha...hampesss)... dah dekat pukul 10 malam, so takyah la pegi jauh2 kan...sian anak2 kat rumah... 


Ronda punya ronda, akhirnya CK cadangkan satu restoren yang dah lama dibuka, tp kami tak sempat cuba lagi... kebetulan kami memang suka Chinese Cuisine.

Restoren Blue Ginger menghidangkan masakan cina muslim yang sedap dengan harga yang berpatutan. 


Sotong Goreng Butter ni sedap sangat... CK suka makan rambu ramba dia tu....rasa pedas manis masin yang seimbang...harganya cuma rm16, boleh makan 3-4 orang...termengah kami berdua nk habiskan.... hahahaha...selesai makan, suami mcm tak larat nk bangun.... kihkihkih.... Suami kata lain kali kena bawak anak2 kalo nk order hidangan mcm ni. Lain kali kita cuba ketam pula...


CK suka order kuetiau goreng(rm8).Suami plak order nasi goreng cina(rm8). Untuk minuman, kami juga order 1 jug Chinese Tea Panas(rm8)



*************************************************************************

Blue Ginger Restaurant Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2 taman Puncak Jalil
43300 Seri Kembangan Selangor
Contact : 012 2102710 ( bro jon )
Facebook: Blue Ginger

tutup setiap  Isnin

Weekday
Bukak 12pm sampai 3pm
Break sejam setengah
Bukak 4.30pm sampai 10.30pm

Sabtu dan Ahad
Bukak 1pm sampai 10.30pm

Rabu, 31 Ogos 2016

Daging Masak Hitam Tok Pah

Assalamualaikum...

Yeah...CK kembali memasak...kali ini nk share respi arwah mak CK yang best...ramai yang request resipi ni, tp tak sempat nk update... padahal tiap2 minggu masak... Sorry yer anak2 saudara, sepupu sepapat, sedara semua... Ni baru ada kesempatan nk menulis resipi

Image may contain: food and outdoor


Daging Masak Hitam Tok Pah
Bahan
1 kilo daging - dipotong sebesar 2 inci , bersih dan ketepikan

Bahan A
10 tangkai cili kering (potong 1 inci, dibuang biji, basuh dan toskan)
2 biji bawang besar (dimayang)

Bahan B
1 biji bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih(mayang)
setengah inci halia (hiris memanjang)
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)

Bahan-bahan lain
2 sudu besar asam jawa (diperah dan diambil airnya)
gula merah secukupnya
1 sudu kecil serbuk kas-kas
2 biji buah keras
garam, perasa
kicap pekat 

Cara-cara
Panaskan kuali, masukkan minyak. Ambil bahan A,  dan goreng cili dahulu hingga bertukar perang..angkat, kemudian goreng pula bawang hingga perang.. angkat. 
Masukkan bahan2 yg digoreng ke dalam blender, bersama air asam jawa, serbuk kas-kas dan buah keras. Kisar hingga halus.
Kemudian, perap daging dengan bahan2 yang dikisar tadi selama 15-20 minit
Panaskan periuk, dan masukkan lebihan minyak goreng bahan A tadi. Tumis bahan B hingga terbit bau. Kemudian, masukkan daging. Kacau rata dan masukkan bahan selebihnya. Tambah air secukupnya untuk mengempukkan daging. 
Reneh daging hingga empuk. Jika ada yang kurang, bolehlah ditambah gula, garam dan perasa. Masak hingga air kering dan terbit minyak. SIAP !!

Image may contain: food



Daging Masak Hitam siap...sesuai dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih. 

Isnin, 29 Ogos 2016

Wantan Mee Kicap

Assalamualaikum....

hari ni CK nk share favourite restoren yang slalu CK pegi. Hehehe...memandangkan CK dh malas nk memasak, so kita jalan2 cari makan plak yer....CK ni suka makanan chinese style.

Alamat6,8, Jalan MJ/7, Medan Maju Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon+60 3-7772 7256
Waktu perniagaan:  Setiap hari 24jam



ni Wantan Mee Kicap. All time peberet 

Khamis, 11 Ogos 2016

Speghetti Meatball

SALAM !! dah lama tak update blog...fuh...bersawang dah...sapa sudi sapu sawang, meh CK upah spegheti meatball sepinggan...hehehehehe





resepi senang jer..spaghetti tu buat jer spagheti goreng kosong jer, macam buat carbonara, tp tak perlu la letak segala udang, ayam...sbb kita nk makan dengan meatball tu nanti







lepas tu buat pulak kentang putar....rebus kentang, lecek dan letak butter, garam secukup rasa...ketepikan.....

kemudian, buat pulak kuah meatball....

















Rabu, 10 Ogos 2016

Asam Pedas Ikan Sebelah

Salam...lama CK tak update kan...hehehe...dah berhutan rimba blog aku nih...hahahaha.... Ok...hari ni Ck nk share respi asam pedas... Ni ikan sebelah, hasil pancingan My Jebat kat ZeZone Port Klang sabtu lepas. 





ASAM PEDAS IKAN SEBELAH 

bahan tumbuk/blender
 bawang merah, bawang putih, halia, cili kering (rebus dulu) belacan, buah keras, sedikit halba

bahan lain
air asam jawa, serai diketuk, bunga kantan (belah 2) daun kesum, bendi/terung, garam, perisa

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan yang diblender/tumbuk sampai pecah minyak dan garing
kemudian masukkan air asam jawa, dan tambah air ikut banyak mana kuah yang nak
bila dah menggelegak, masukkan ikan...tunggu mendidih lagi baru masukkan bendi. Perlahankan api. Perasakan dengan garam secukupnya. Tunggu hingga naik minyak, dan boleh lah tutup api.

*** nk masak asam pedas ni, kena agak2, CK takde sukatan.... cili kena lebih sikit utk bagi kuat pekat2 sikit. Asam garam kena pandai letak...jangan terlebih masak plak.....



Jumaat, 18 Mac 2016

Kerabu Megi Thai

Salam

hari ini CK mencuba kerabu megi. Uishh...pedas giler ko.... tak tahan CK..bagi anak2 jer laaaa... (anak2 boleh makan pedas, CK tak tahan...hahahaha)


Ok ini dia resepinya. CK copy paste jer dr group masakan di FB
1. Panaskan air. 
2. Hiris lauk-lauk. Boleh guna crab stick/ sosej/ ayam/ sotong/ udang potong memajang
3. Rebus ayam/udang/ sotong sekejap sahaja dalam air yang telah dipanasakn (hingga masak)
4. Angkat dan toskan.
5. Masukkan bawang yang dimayam. 2-3 biji bawang bombay.
Serai diracik halus. 2-3 batang serta cili padi yang dipotong. 2-3. Nak lagi banyak letak la ya.
4. Celur /rebus sekejap. Angkat dan toskan.
5. Di dalam air yg sama celur/rebus mee segera. Saya guna 5 paket. Angkat dan toskan.
6. Boleh juga jika nak letak sayur-sayur seperti bunga kobis/kobis /karot. Celur juga semua sayur. Jangan lupa masukkan daun limau purut sikit.
7. Sediakan mangkuk. Masuk semua baham tadi.
Buka perencah dan gaul.
8. Perah 3 biji limau nipis dan gaul rata. Nak kurang atau lebih ikut suka. 
Siap untuk dihidangkan.
Ok selamat mencuba.

Inilah dia meginya. Import dari Thailand...Halal yer...







OK.....sampai sini dulu 

Rabu, 9 Mac 2016

Muffin Pisang Gebu

Salam

Petang ni buat muffin la pulak untuk minum petang, memandangkan ada pisang masak ranum tu...asyik buat cekodok jer dh jemu... ni kalo ada balance, esok boleh jugak buat bekal ke sekolah...



Kali ini CK ambil jalan mudah. Guna Food Prossesor jer, dari ayak tepung sampailah adunan bahan..hahahaha....sonang kojo den...



Muffin Pisang Gebu
Bahan2 

1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda 
1 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon garam 
270gm pisang-
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung

Cara menyediakan
1. Panaskan oven. CK punya oven jenis Industri, api atas bawah 180'c.. sementara itu aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. masukkan pisang , telur & mentega cair ke dalam Food Prossesor, putar dalam 1 minit. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan tepung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin. Atau jika mau muffin naik membumbung sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. Boleh hias dengan coklat cip jika suka
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit
SIAP



CK guna bekas aluminium ni jer...takde bekas muffin pun....






















Tadaaaa ... minum petang dh siap...selamat mencuba !!!

Selasa, 8 Mac 2016

Chicken Chop

SALAM

Kalo tengahari tak masak nasi, benda paling senang nk dihidangkan untuk makan malam ada chicken chop... tp nak lagi senang, bawak jer gi makan kedai tomyam.. hahahahaha.... hampessss


BAHAN- BAHAN
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

 Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.




Dahhhhh !!!!

Selasa, 23 Februari 2016

Naked Oreo Blueberry Cheese Cake


Salam... 


I called it naked coz malas nk salut icing... hehehe.... ni CK buat sabtu lepas, sempena kawan2 datang lepak2 kat rumah. Yelah, dh lama tak sembang gelak2 sejak CK sibuk dengan biz roti ni...adoiii..penat hari2 meroti beratus biji roti budget sampai demam2.... so minta la cuti barang sehari dua dari agen2 rotiku... hehehehe....



harus ada siaran ulangan, sbb anak2 tak puas makan katanya....  jom check resipinya


Naked Oreo Blueberry Cheese Cake

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Bahan C
6-8 keping biskut oreo - dipatah-patahkan
filling blueberry 

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Masukkan kepingan biskut oreo yang dipatahkan tadi
Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Sejukkan kek... dan bolehlah dihias ikut suka.. Ni Ck cairkan sedikit filling bluebery, kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil gelatin...masak atas api sederhana..whisk hingga sebati, dan tutup api. Bila sejuk, curahkan atas kek...SIAP !! 



Dah lama teringin nk makan cis kek oreo ni, tp dalam masa yg sama nk makan cis kek bluberry....  

 ni sebaik saja keluar dari oven... lembut bak kapas.. sambil tunggu dia sejuk sepenuhnya, bolehlah sediakan filing blueberry....




OK...SAMPAI SINI DULU !!



Ahad, 21 Februari 2016

Breakfast Nasi Dagang

SALAM AHAD

Hari ni masak skali untuk makan tengahari laaa.... sbb tengahari nk gi kenduri, tp anak2 takmo ikut la plak. So, buat la makanan kegemaran diorang, Nasi Dagang. Kebiasaannya anak CK suka gulai ikan tongkol berbanding gulai ayam/daging.
















Bahan-bahan Nasi
1 cawan beras wangi
1/2 cawan beras pulut
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian toskan
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. 
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan


 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP


Ok...SELAMAT MENCUBA !!! 

Jumaat, 19 Februari 2016

Ketam RM15 Sekilo

Ini hanya usaha untuk membantu insan yang kurang berupaya. Sesiapa yang berada di sekitar Port Dickson, bolehlah bantu dengan membeli ketam akak ni. Hanya rm15 jer sekilo.

Suaminya OKU, kini dia membantu suami berniaga.... anda boleh menghubungi no 017-3209629 



Hari ni hari dia, mana tau esok lusa giliran kita pula !! 

Isnin, 15 Februari 2016

Ungkep Puyuh

Satu-satunya masakan jawa yang CK suka...yeahhh...ungkep.... hari tu buat ayam, kali ni buat puyuh plak... makan ratah gitu pun sedap... tp kali ni CK lawankan dengan nasik lemak...lalalalala..... hehehehe




Ungkep Puyuh

Bahan-bahan
4 ekor puyuh - potong kepada beberapa bahagian
3 batang serai- diketuk
2 lembar daun limau purut
minyak masak
2 asam keping
garam, perasa

bahan kisar
1 biji bawang merah
3 ulasbawang putih
1 inci halia
sedikit lengkuas
10-15 bj cili padi (ikut kepedasan)
2 bj buah keras
2 batang serai

Bahan hiris halus
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara-cara
Tumis bahan2 yang dihiris halus. Bila agak kuning, masukkan serai yang dititik. 
Bila dh keluar bau, masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak dan rempah masak
Kemudian, baru masukkan ayam.
Boleh tambah air untuk empukkan ayam
Bila kuah dah kering, bolehlah dimasukkan daun limau purut, garam dan perasa
Bila dh kering, bolehlah diangkat... SIAP.... sesuai makan ngan roti, nasi impit, nasi putih, nasi minyak dll


Ok..selamat memasak semua !!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...