Isnin, 22 Februari 2021

Nasi Kerabu

Assalamualaikum, selamat malam

Makan malam ni, CKak buat nasi kerabu. Fuhhh, lama tak buat. Kebetulan masa pegi Checkers sabtu lepas, CKak beli lada solok tu. So 'merajinkan' diri buat la nasi kerabu ni. So terimalah persembahan Nasi Kerabu dari dapur orang Perak...hahahahaha.....



Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
Daging bakar, ayam percik



Bahannya banyak, kerjanya renyah, tapi makannya sedap. Hahahaha... 

Kali ini cuma ada daging bakar dan solok lada. Ikan celup tepung masih dalam lori J&T. 🀣🀣🀣


Ok..sampai sini dulu. Selamat Menjamu Selera. 

Khamis, 18 Februari 2021

Portucheese Egg Tart

Assalamualaikum

 Hari ini Ckak nak bebel kepada cikgu-cikgu PJJ yang suka ambil resepi di blog orang dan buat PJJ. Uishh..tak rasa bersalah ke? halal ke duit yang dapat tu? Ingat yer, duit tu jadi darah daging.





Fed up, menyampah, sakit hati. Itulah yang CKak rasa bila nampak gambar-gambar dalam blog ini di copy paste dan diletakkan di page masakan di FB tanpa beri kredit kepada nama blog yang diambil. Kemaruk like ke??



Jadilah insan bertanggungjawab sikit. Nak bayak like, ramai follower, masaklah sendiri, ambil gambar sendiri. Jangan main sedap cedok dari blog orang



Ok...sampai sini dulu. BYE !!!

Rabu, 17 Februari 2021

Murtabak Daging

 Salam... mood malas telah melanda hingga tak sempat update apa-apa di blog ni. Jangan marah naaa !! hahaha 


May be an image of food and indoor 


 


KULIT MURTABAK (10 biji)
500gm tepung gandum
250gm air
2 biji telur
4gm garam
5gm gula
150gm susu pekat
15gm marjerin
 
sediakan doh kulit murtabak ini sehari awal. Kalau nk makan esok pagi, makan ni kita buat 
 

Cara-Cara
1. Masukkan kesemua bahan kedalam bekas yang besar.
2. Gaulkan tepung dan bahan cecair perlahan-lahan dengan mengunakan jari. Leraikannya. Proses ini dipanggil ‘crumbling process’ (tekture seperti bread crumb)
3. Apabila cecair sudah sebati dengan tepung, boleh mula menguli doh.
4. Uli sehingga doh tidak melekat.
5. Rehatkan doh selama 30 minit (lebih kurang) dan bahagi kepada 10 biji bebola kecil
6. lumurkan dengan margerin dan sedia untuk digunakan.
 
 
INTI DAGING
1000g Daging kisar
100g Bawang besar (potong dadu)
12g Bawang putih (cincang halus)
28g Rempah kari daging
14g Rempah bryiani
10g Serbuk pati ayam
10g Secukup rasa (maggi)
12g Gula
100g Air
 
Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu
2. Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan rempah (kari dan bryiani), pati ayam dan gula.Gaul sekata.
4. Masukkan air dan masak sehingga daging nampak kering.
 
INTI MURTABAK
3tbp inti daging
1 biji telur
1tbp bawang holland (potong dadu)
1tsp secukup rasa (maggi)
secubit garam
*tbp- sudu makan *tsp- sudu teh
 
Cara-Cara
1. Pukul (whisk) kesemua bahan dengan garfu sehingga sebati
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tuangkan inti murtabak. Masak sehingga keperangan dan terbalikkan.
 
CARA PENYEDIAAN MURTABAK DAGING
1.Tebar doh di atas meja hingga nipis.
2. Letakkan inti murtabak di tengah doh dan balut dengan kemas.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masak kedua belah bahagian sehingga masak.
4. Siap dan sedia untuk dimakan.
 
SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...