Isnin, 22 Februari 2021

Nasi Kerabu

Assalamualaikum, selamat malam

Makan malam ni, CKak buat nasi kerabu. Fuhhh, lama tak buat. Kebetulan masa pegi Checkers sabtu lepas, CKak beli lada solok tu. So 'merajinkan' diri buat la nasi kerabu ni. So terimalah persembahan Nasi Kerabu dari dapur orang Perak...hahahahaha.....



Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
Daging bakar, ayam percik



Bahannya banyak, kerjanya renyah, tapi makannya sedap. Hahahaha... 

Kali ini cuma ada daging bakar dan solok lada. Ikan celup tepung masih dalam lori J&T. 🤣🤣🤣


Ok..sampai sini dulu. Selamat Menjamu Selera. 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...