Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2013

Praktis Buat Lauk Pengantin

Salam...apa habaq kawan2 ?

Hari Sabtu lepas, CK berpeluang belajar satu lagi mende iaitu buat lauk pengantin. Sebelum ni mmg CK takde pengalaman dalam menghias lauk pengantin ni, kalo masak2 tu biasa la (yelah, hari2 kita masak kat dapur kan)
So.. bila jiran mintak tolong CK masakkan lauk pengantin, CK terima jer laa.. kononnya hanya memasak, bukan menghias. Tapi last2 bila jiran2 yang lain dah ada tugas masing2(hias meja, buat kek, masak lauk dll), CK dh mula gelabah, tangan ni mana pernah buat hiasan pengantin. Setakat korek buah tembikai buat bulat2 ada laaa (masa kenduri maklong)

SO..PESANAN CK- jangan gelak/kutuk yer...ni kerja sorang2 dan tak cukup bahan.. sengaja  CK ambil peluang ni krn anak2 buah ramai lagi yang tunggu giliran nk kawin. 


Pagi Jumaat tu, mak pengantin pun datanglah sambil membawa 3 ekor ikan siakap, 2 kilo udang saiz sederhana, satu bakul telur puyuh dan sayur2 utk perhiasan.... terkedu CK tengoknya.. apa nk buat ni?? Maka bercinta lah sekejap dengan encik Google, Majalah Rasa, Saji dll..... hasilnya??? mcm di atas tu laa... jgn gelak yer, sbb ini kerja ala budak tadika..first time la katakan.

Daripada barang2 yang diberikan, maka terhasillah
  • Ikan Siakap Sweet & Sour
  • Udang Goreng Berempah
  • Sambal Telur Puyuh  (ni sebenarnya lauk tambahan, memandangkan telur puyuh dh banyak, so mak pengantin mintak buat sambal )
Bab memasak mmg CK pejam mata jer laa...(hehehe..belagak teror kan...) tp bab menghias tu yang menitis segala peluh...adooiiii....

Start buat persiapan pukul 9.00 pagi, tup2 pukul 10.30 pun tak selesai gak lagi...alamak...cemmana ni? lauk pengantin nk kena hantar pukul 11.00?? apalagi...mengelabah la kejap...cepat2 suruh Jebat tolong apa yg patut.. (huh...tangan keras dia lagi la tak boleh harap )



Mula2 CK buat hiasan utk ikan siakap tu...atur punya atur daun salad...alamak... TAK CUKUP daun salad?? cemmana ni?? telefon mak pengantin- katanya letak jer la ada.. hias simple2 jer la .. alahai..takkan daun mangga plak??

Akhirnya, daun salad tu diselit2 jer celah2 ikan... so sebab tu hiasan pada udang dan telur dan takde daun salad... maaf yer... 


ermm..nampak hirisan lemon sebesar gedabak tu?? kerja tangan Jebat... lepas snap baru perasan... akhirnya hirisan lemon tu dikeluarkan...


 Udang panjat yang takde tenaga nk memanjat...sbb nenasnya ketot jer...hahaha...  tragis sungguh buat udang ni.. dengan daun salad tak cukup..udang yang taknk lekat kat nenas.. adoiiii...tambah plak perhiasan tak berapa nk cukup...CK dh ketandusan idea dah

Sambal telur puyuh... kesian.. langsung takde daun salad untuk menutup perhiasan di pinggan ni.. hanya letak timun jer...


 Lawa kan kek pengantin ni...kawan CK yg buat.. vanilla oreo cake..kalo nk tempah bolehlah contack Ayu Mirza CakeHouse di 019-3737670. Kek2 lain pun sedap


Inilah dia pengantin nya... comel 



Akhirnya...selesailah tugas untuk hari tersebt...alhamdulillah..semua lauk2 yang CK masak habis dimakan...ikan siakap tinggal tulang jer...hehehe... 

Dan lepas kenduri, semua kawan2 kepenatan, terlepek kat rumah...takpe..kita berjiran kan !!! yg penting semangat tolong menolong sesama kita. Semoga berjumpa lagi di kenduri yang lain 

Isnin, 30 April 2012

Red Velvet Cuppies

Salam Isnin...bertemu kita lagi...

Hari ni CK tayang cup cakes yer...tp jangan mintak2 taw, sbb semua dah habis dalam perut anak2 buah dan sedara mara.

Inilah salah satu buah tangan yang CK buat untuk dibawa balik kg hari sabtu lepas. Untuk anak2 buah tersayang.

Dah siap masuk dalam bekas, baru teringat nk snap...adoi...banyak makan kepala ikan CK ni, sbb tu asyik lupa jer...
Ni versi dalam muffin cup jer... deco pun simple jer... anak2 buah accited tengok warna-warna dia. Lepas makan yang pink, nk purple plak !!



Ok....meh tengok gambar2 yang sempat CK snap masa balik kg ari tu... gambar diri sendiri takde la kan....


Kami menetap di Kangsar Hotel ni (hotel baru bukak). Malas nk tido rumah abang/kakak, sebabnyer masing2 berharap untuk kami bermalam kat rumah mereka. Nanti ada plak yang kecik ati. So baik la tido hotel. So, sama adil, sama rata, tak menyusahkan tuan rumah dengan kerenah anak2 CK yang lasak dan banyak ragam


Tasik Bukit Merah - ni dalam perjalanan pulang dari rumah sepupu di Alor Pongsu.


7 pagi di Kuala Kangsar. ( Gambar dari tingkap hotel..hehehe)... Orang dah ramai  pegi pasar dan pekan sari.



Siapa kata kawasan kampung, harga barang murah?? malah lebih mahal dari KL...(almaklum ler...tempat raja...ni pendapat CK lah) Makanan2 yang menjadi 'speciallity Kuala Kangsar' mmg special price la (mahal ko....) Tapi kuih2 biasa spt karipap, donut, cobadak masih lagi dijual dengan harga rm1.00 untuk 3 bijik

Anak2 tension jer, sbb percutian kali ni mama diorang asyik sibuk ke rumah sedara jer...sampaikan diorang tak sempat nk main kat playground. Hehehe....takpe, esok cuti sempena hari buruh. Kita pegi playground yer !!! 



Ok...sampai sini dulu. Nk masak2, kemas rumah plak. Dan minggu ni CK Food bercuti yer...tiada tempahan diterima. Nk rehat lah !!!

Selasa, 7 Jun 2011

Putu Kuala Kangsar dah sampai KL

Salam... sapa suka makan putu, especially Putu dari Kuala Kangsar. Ni bukan putu buluh or putu bambu mahupun putu piring yg selalu dijual kat pasar malam tu. Kuih ni tahan dapat 4-5 hari (diluar).. kalo dalam esbox mahu berminggu kot.

Dah lama teringin nk makan putu ni, so suruh ler member aku kat kuala nun pos putu ni ke KL. Sapa lagi kalo bukan gadis bujang yang lincah ke sana sini, rancak dengan bisnes coklat dia.. cik Zarina Zainal Abidin.

Bila dia kata ok, aku pun terus la bank in duit dalam akaun dia. Dan hari ni sampai ler putu kuale kangsar ni melalui Nation Express. Org pos tu tanya, "amende ni kak"

Aku jawab "kuih"... "laa...kat KL ni takde jual kuih ni ke kak? "

"sebab takde laa... akak terpaksa import dari Kuala Kangsar !!"


Dan..inilah dia kuihnya. Inti kelapa dalamnya masih elok,  sbb dah dimasak dengan elok. Terus aku masukkan dalam steamer, kasi lembut sikit. Dah sejuk, terus masuk esbox. Sayang wooo..bukans senang nk dapat. Kena pegi kuala baru boleh jumpa kuih ni !!

Ahad, 11 Julai 2010

Macam mana kami buat anak benih keli??

Haa...seperti yang dijanjikan, aku letak special entri tentang bisnes yang kami jalankan selama hari ini. Yaa..bisnes ikan keli organik,sbb keli kami diberi makan 100% palet. Tak makan perut ayam tawwww... sbb tu keli organik ni rasanya lain daripada keli pasar tu. Keli organik lebih pejal, kurang berlemak, dan bila digoreng tak meletop..ok..cukup serba sikit pasal keli ni yer...

Ok..semalam kami membuat pembenihan ikan keli demi memenuhi permintaan kedai runcit dan kedai makan sekitar bangsar dan puncak Jalil. Permintaan terhadap benih keli juga meningkat, so terpaksa lah buat...rezeki jangan ditolak..Sebelum ni kami berehat sebentar sbb aku mengandung, so Jebat takmo inject/bedah ikan masa aku mengandung..konon....

Ni baby dh 3 bulan, so kami mulakan balik bisnes kami ni. Gambar2 dibawah ni adalah proses-proses yang kami buat semalam. Tak bawak masuk OT pun, buat kat belakang umah jer.. sebab tempoh masa membelah perut ikan ni perlu amik masa selama 5 minit jer. So kerja kena cepat, dan kalo lebih dari masa 5 minit tu, peratus kejayaan adalah rendah, dan benih yang terhasil pun kurang baik dan bermutu.


Perkara pertama, memicit keluar telur dari induk keli betina. Selepas 10 jam hormon disuntik ke dalam induk keli betina, bolehlah picit telur tu keluar.

Banyakkan telurnya. Jika menjadi semuanya, dapatlah lebih kurang 70-80 ribu anak benih. Tapi jangan ingat akan hidup semuanya. Keli ni jahat sikit, mana member dia yang lemah, dia akan makan.

Dalam masa yang sama, perlu membelah keli jantan. Proses diatas tu ialah cara bagaimana nk matikan ikan keli. Kat tempat pisau diletak tu lah urat nyawa dia. Potong di situ hingga putus dan keli tak akan bergerak lagi. Kalo tidak, susah jugak ler nk operate perut dia nanti sbb dia masih bergerak...

Tengok sirip keli yang menaik tu? itu tandanya keli tu masih idup, masa ni urat nyawa dia belum kena pisau lagi. Sebab tu nk pegang mesti kena kuat. Ikan plak bukan kecik2 ikan. Sebesar 2-3 kilo seekor.

Ni plak proses membelah perut induk keli jantan. Aku guna gunting jer..

Masa ni induk keli jantan tu dah totally "out" (mati)

ni baru sikit jer darah, sbb ikan pun kecik jer, kalo lagi besar ikan, lagi banyak darah.

Proses mengeluarkan sperma.

Gunting lagi..

Darah dah mula keluar. Sperma tu kena dikeluarkan cepat

Inilah dia rupanya sperma yang diambik dari perut induk jantan tu.

Sperma yang diambil tadi dibersihkan daripada darah dan kemudian dipicit ke dalam telur

Telur yang sudah sebati dengan sperma dilepaskan ke kolam pembenihan.

Kena ada oksigen la sikit.. selepas tempoh 24 jam, sudah kelihatan bintik2 putih dan telur akan menetas..so TUNGGU !!!



Opss.... induk Keli Jantan yang mati tu takleh dimakan yer..terus kena tanam. Sebab keli jantan tu dah diinject dengan hormon. Ada satu kes, lepas keli jantan tu mati, tuannya tak tanam, tapi diberi makan kat kucing...tak lama lepas tu, terus kucing tu MATI...so sapa yang rugi..mereka dan keluarga mereka..kahkahkah....

Tapi induk keli betina boleh hidup dan ia boleh mengeluarkan telur sebanyak 3 kali jer..lepas tu keli betina tu pun monopos..hehehe... (sebelum dilepaskan semula ke kolam, induk keli betina harus dikuarantinkan (tempoh berpantang ler.. selama seminggu). Dan selepas 6 bulan baru dia akan bertelur semula dan boleh diambil telurnya lagi.

Ingat yer korang, kalo induk keli betina yang telah diinject hormon, kita tak elok lah nk makan, mana tau, kang asyik mengawan/beranak jer..kan naya tu....Sbb tu jangan beli keli yang bersaiz besar lebih dari sekilo dan ada tanda dikepalanya. Itu tandanya ikan tu telah disuntik hormon. Selalunya ikan keli betina yang monopos akan dilepaskan ke tasik2 atau sungai untuk hidup, dan kalo nasib tak baik ada plak yang pancing...haaa..jangan ingat dapat rezeki besar yer...ikan tu tak seharusnya dimakan...




Ok...itulah cerita aku kali ini...fuhhh..penat aku masukkan gambo...semoga korang puas hati... lepas ni aku akan update gambar anak2 benih yang terhasil...

Sampai sini dulu...BYE !!!

Khamis, 8 Julai 2010

Thank you Nuffnang

Inilah hasil daripada berblog setelah sekian lama. Berbaloi jugak kan.. sebenarnya dapat cek ni hari Isnin lepas, dan tak sempat nk upload gambarnya.. hari ni baru sempat...itupun bawak ryan naik atas ni..kemas ruang tamu kat atas ni plak...sambil tu on pc dan masukkan entri ni...


Tak banyak dapat pun, cukuplah nk belanja anak2 makan. Malu plak nk tunjuk nilai sebenar. Yelah baru mula masukkan nuffnang ni.. lainlah Cik Min, Kak Ina KL tu..ratus2 masuk tiap bulan. Aku kena banyak belajar lagi dari diorang.
Seronok dapat duit ni. Terima kasih Cik Min yang tak jemu2 bagi tips dan petua berblogging serta sudi menjawab pertanyaan aku... dan yang utama NUFFNANG...terima kasih !!!!

Ahad, 4 Julai 2010

Akhirnya Kau Pegi Jua

Sejak dua tiga bulan ni, aku tengok dia macam tak brapa sihat. Dah tua pun usianya. Rakan-rakan seperjuangannya semuanya telah kembali menghadap yang Esa. Tapi jodohnya dengan aku masih kuat. Aku masih sayangkan dia.

Lantas, aku cuba merawatmu, memcuci dan membelaimu. Apa yang boleh ditukar, aku gantikan dengan yang baru. Tapi tak lama lepas tu KAU meragam balik. Hinggalah pada tanggal keramat itu, kau pergi tinggalkan aku untuk selama-lamanya.





??? apa yang aku merepek ni? alkisahnya inilah Barang Kesayangan aku yang telah pergi dan tidak akan berbakti untuk aku lagi. Kipas Meja Pensonic ni adalah hadiah daripada arwah ayah aku sebaik sahaja aku masuk ke U. Maknanya usianya dh pun 15 tahun. Lama kan..

Pesan abah " dh ada kipas ni, bacalah buku rajin2, bila keluar U nanti boleh dapat kerja yang baik dan gaji yang tinggi"

Tapi apa dh jadi?? aku tak kerja tapi cukup lah elaun/gaji bulan2 yang aku dapat. Memang taraf degree lah jugak..terima kasih pada suami aku yang cukup penyanyang dan 'beruang'

Sayangnya aku pada kipas ini sampai anak2 pun tak berani menyentuhnya. Aku kata inilah satu2nya barang kenangan tok wan korang. Aku pernah menangis bila Hang Jebat hentak kipas ni sebab marahkan budak2 tu. (alaa..bukannya takde harta benda lain tinggalan arwah ayah aku, tapi kipas ni ada sentimental value)

Tapi semua itu telah berakhir. Aku terpaksa 'lepas' ia pergi. Hati memang sayu, tapi apakah daya.

Dan kini, aku telahpun dapat penggantinya. Cornel Baby Breeze, berbaktilah kepadaku selama mungkin.

Khamis, 18 Mac 2010

Jebat Junior dh lahir !!!!

Salam semua member blogger tersayang... apa khabar...rindunya kat blog ni...

Aku dh selamat bersalin hari Ahad lepas, jam 1.17 pagi. Sorrylah lambat sikit update kat blog ni, tp bagi kengkawan yang ada add aku kat facebook, diorang dh tau dah...opss..ni bukan citer basi yer..sekadar entri untuk kengkawan yang belum tahu..
... ni ceritanya....




Hari Jumaat tu, Hang Jebat aku balik kerja lewat malam..padahal aku dh janji nk pegi merayap kat Pasar malam, cari apam beras.. punyalah frust..aku dh cuba buat 2 kali tapi tak menjadi jugak..

tapi rezeki tetap ada, Hang Jebat suruh adik angkat dia, Eddy tolong belikan untuk aku..nah amik ko..sampai 2 paket besar dia beli. Malam tu, aku tak makan nasi, asyik makan apam tu jer..

Esoknya, Sabtu, aku ada check up ngan doktor Idris pukul 9.00 pagi..tp kami pegi lambat sikit..kali ni pegi breakfast kat PJ, hubby makan nasi kandar. Aku plak macam takde selera nk makan. Tapi kat restoren tu ada jual acar buah. Dh siap paking dalam tupperware..seronoknya...sejak awal mengandung aku memang nk makan acar buah, tapi tak dapat..ni dh nk last baru dapat makan...

Abis makan, lalu kat Ampcorp Mall, nampak plak A&W, hubby tanya nk makan ker, sbb aku mmg nk sangat makan A&W, tp aku jawab takmo ler..dh lambat...perut pun mcm meragam jer...

Sampai jer kat klinik,orang dh ramai..tunggu kejap..

Masuk dlm bilik, terus doktor cakap nk buat internal check up.."uhh..dh bukak 2 cm" terus aku admit kat labour room, hubby pun hantar anak2 kat umah mak...

Lama gak dok dalam labour room tu, makan itu ini.. tp naik sebelah petang baru terasa sakit. Tapi bukaan masih 2-3 cm..Pesan doktor Idris, kalo sakit, mintak injection, tp aku tahan lagi..malas ler mintak. Malamnya sakit bertambah kuat..laki aku mmg ada jer dekat aku ni..dh tak tahan, mintak gak ler injection.. tp takde perubahan pun..sakit tetap ada..cuma aku masih boleh bertahan..

Pukul 12.30 doktor Idris datang..(kata laki aku, doktor balik umah tido dulu..dia datang muka segar bugar jer..he,he) Masa tu aku tengah sakit, dia pecahkan air mentuban.. Kata doktor, dalam dua tiga jam lagi barulah aku bersalin. Kalau tak tahan, boleh mintak epidural..bukaan masih 3 cm..aduh laaa...lambat nyer.. mcm nk mintak operate jer..

Tapi nurse situ cakap, epidural ni ada kesannya masa akan datang..sakit belakang, kebas2 dan lain2..aku pun pernah dengar..biras aku contohnya...kebas kaki jer.. lepas tu nurse tu cakap lagi, sapa yang amik epidural, masa nk bersalin selalu guna vacum, sbb seseorang tu tak rasa sakit dan tak boleh nk push..

Ni bukan aku dengar dr mulut nurse tu, tp dengar sendiri dari pesakit bilik sebelah..kecoh satu nurse kat labour room tu suruh push, tp dia tak larat..last2 aku dengar nurse suruh amik vacum...ooooo..takut...

last2 laki aku suruh tahan sikit..tak mo amik epidural..

Akhirnya, dalam pukul 12.50, sakit dh bertambah teruk..aku dh tak tahan..menjerit kesakitan aku..nurse suruh sedut gas..sementara tu nurse suruh aku mengiring agar kepala baby boleh turun sikit..sementara nurse pegi telefon doktor Idris..(doktor keluar minum kat bangsar)

Tetiba aku rasa macam nk terbuang air besar jer..nurse suruh tahan, sambil sedut gas..aku dh macam nk pengsan jer..hubby suruh mengucap..tp aku macam blur jer..tak ingat nk mengucap, tp baca ayat kursi la plak.. hubby cuba sedarkan aku drpd terus pengsan..

habis jer baca ayat kursi tu, macam ada sesuatu nk keluar..macam dalam mimpi, aku dengar suara sayup-sayup suruh push.. sekali teran jer, terasa sesuatu dh keluar..

Doktor sampai tepat pd masanya..belumpun sempat sarungkan baju plastik, dia terpaksa sambut baby aku...cian doktor..tak sempat minum...

Aku dengar doktor kata "baby boy yer" Hubby kata semua dh selamat.Masa tu pukul 1.17 minit pagi... aku bersyukur kerana semuanya telah selamat dan gembira memberi seorang lagi anak lelaki kepadanya...

Kali ni aku bersalin secara Natural Water Birth, takde epidural, takde episiotomy...ada sikit jer kesan koyak..kena la jahit sikit....

Inilah anak lelaki kedua Hang Jebat. Kami beri nama Ahmad Zharif Rayyan.. Berat semasa lahir = 3.30 kg. Masuk hari kedua ada sikit joundice.. cepat2 aku beri minum susu kambing.. hari kedua juga dia dh kena sunat.. senang jaga..

Kiranya, aku dok kat spital selama 4 harilah..bermula hari sabtu...hari Selasa baru balik... jumlah semua yg kena bayar = lima ribu lebih..... takpelah kan... ni yang last...
Akhir sekali, terima kasih kepada Doktor Idris Ahmad, semua nurse kat labour room, wad tingkat 4 dan nursery. Layanan memang best dan tip top...







Khamis, 11 Februari 2010

Dah dapat dah !!!!

Salam..... ni citer kelako hari ni....




Pagi tadi baru aku mengomel pasal laptop kan. Rupanya masa Hang Jebat sampai ofis, bila ada bukak blog aku dan terbaca pasal entri baru tu....(hari ni dia p kursus, tp sempat gak bukak tenet ni....)

Tengaharinya, dia balik makan kejap (ingatkan tak balik, tp aku masak mcm biasa jugak). Sampai jer umah, aku buatkan nescafe panas untuk dia. Tapi dia cakap nk keluar kejap, beli barang. Aku ok jer lah... pas tu naik atas, sambung main tenet, bukak facebook. Dalam masa yang sama, aku dh on laptop lama aku kat bawah, konon nk reformatted balik laaa (sbb semalam aku dh ter'delete perisian kat dalam laptop tu.....)

Turun jer bawah, aku tgk laptop tu dh ada suara balik. Masa rodek2 tu, ada la tulis, kononnya laptop tu auto update.... fuh...lega, tak payah ler aku bersusah payah. Lepas tu aku pun install ler segala jenis games kat laptop tu... (ni laptop lama, aku tak reti plak nk install wifi adapter....)

Lama gak main games, tetiba laki aku balik...aku pun cakaplah.. 'abang, laptop kita dh ok dh..dia buat sendiri jer..auto update...kita dh masukkan games kat dalam tu..." dengan bangganya aku citer kat dia.
Belumpun nampak muka laki aku, dia dh cakap "ala, campak jer lah laptop lama awak tu..nah pakai yang baru ni..." sambil tunjuk satu beg berwarna hitam. Siap dengan semua assessori dia..cooler pad, dll....

Aku terkejut...cisss...bersusah payah aku rodek laptop lama ni..last2 dia beli yang baru jugak.... kata semalam lambat lagi nk beli..... opsssss...aku belumpun ucap terima kasih kat laki aku sbb hadiahkan laptop ni. Dia dh balik ke ofis semula...sambung kursus......
Apapun, alhamdulillah.....aku dh dapat laptop yang diidamkan...ringan sangat. Lepas ni bolehlah aku layan tenet kat bawah plak...tak payah naik atas. Laptop ni jugaklah akan aku bawak masa masuk wad nanti. Takdelah aku boring kat wad tu selama 4 hari (yelah, aku ni kan kena operate, so kena duduk 4 hari kat PMC tu...)

p/s : Thanks abang.

Rabu, 9 Disember 2009

Pisang Tanduk Goreng

Sejak pregnant ni, kalo mengidamkan sesuatu makanan tu, agak lambat sikit nk dapat. Entah la apa nasib kali ni...dugaan. Padahal benda yang aku mengidam tu bukannya benda2 pelik pun. Sebagai contohnya Pisang Tanduk ni. Susah beno nk jumpa. Kalo sblm mengandung dulu, bersepah orang jual pisang tanduk goreng ni tepi jalan. Tapi bila aku nk, payah plak nk jumpa.

Akhirnya, semalam, jumpa gak, kat Pasar Tani BK5 Bandar Kinrara. Tapi ada jugak halangan nk mendapatkannya. Meh aku ceritakan......

Alkisahnya, kami tiga beranak (aku, hubby dan Irfan) keluarlah pegi Pasar Tani, kami naik moto jer, sbb kalo naik kete, mmg payah nk parking. Along tinggal kat umah, kena denda sbb main jer sepanjang hari. Denda suruh baca karangan. Balik nanti aku akan tanya soalan. Kalo tak dapat jawab, siap!!

Dalam 500meter sebelum sampai ke tapak pasar tani tu, tetiba motor terhoyong-hayang jer...hubby berhenti dan check tayar moto dia..sah pancit...alahai....aku nk kejar balik umah tgk citer Cinta Balqis pukul 6.30. Mmg spoil betul ler moto ni. Sambil tu aku menyumpah seranah gak moto cabuk tu (idak ler buruk pun moto tu, tapi bila hati dh panas, macam2 perkataan ler keluar)....he,he.....

Hubby kata 'ish, tak baik ler mengata moto ni, hari2 dia bawak abg pegi kerja...."

So, aku dan Irfan terpaksa lah menapak sejauh 500 meter untuk ke pasar tani tu, sementara hubby patah balik ke belakang (sbb ada kedai moto yg berdekatan dengan rumah kami tu...) Sebelum tu, aku dh 'pow' dia rm50.00, buat belanja beli brang kat pasar tani tu.... he,he...padan muka...

Jalan dua tiga langkah, aku mula penat. Asma pun datang. Alamak, aku lupa plak bawak inhaler. Selalu tu, kalo jalan2 dekat umah aku mmg tak bawak. Tak sangka plak nk jadi mcm ni. Sambil pegang tangan Irfan, aku terus melangkah. Ambil nafas pelan2.

Mcm mana nk buat ni? mata mcm dh kabur jer, tangan pun dh menggeletar, dh tak tahan, berhenti kejap, amik nafas. Pas tu jalan lagi. Jalan punya jalan, akhirnya kami dua beranak pun sampai.

Gerai pertama yg dituju ialah gerai jual air. Irfan dh kehausan. Lepas tu baru beli benda lain, burger, roti john, kuih-kuih dan sayur mayur.... skang ni harga barang dh naik, tambah plak bwang merah, rm6.00 sekilo...fuh...sib baik aku ada stok lagi kat rumah!!

Nasib aku baik hari ni, ada satu gerai jual pisang tanduk. Banyak plak tu. Ada yang muda, ada yang masak. Aku amik yg masak, 3 bijik yg panjang. Penat berjalan tadi berbalas. Lepas tu, beli plak kerepek pisang tanduk 2 paket. Huh..puas ati!! cuma yang tak dapat ialah pisang sayur muda (untuk buat masak lemak) takpelah, pasar tani hari Khamis nanti boleh cari lagi.

Bila dh dapat benda yang dicari, terus ingat rumah jer, plastik ditangan pun dh banyak, so aku dan Irfan jalan kaki pergi ke perhentian bas, tempat yang dijanjikan dengan hubby. Belum pun seberang jalan, hubby dh sampai......alhamdulillah!!!!

Sampai jer umah, terus sedut inhaler, citer Balqis pun baru 10 minit mula.

Sekianlah citer aku semalam....

Khamis, 29 Oktober 2009

Hepi Birthday Farisya

Hari ni 29.10.2009, genaplah usia along (Nur Farisya Idayu bt Saharudin) 9 tahun. Dh besar dh anak mama. Semoga jadi manusia berguna dan anak yang soleh. Rajin2 baca buku, kalo tak mesti mama membebel dari pagi sampai petang. Tak tolong wat kerja umah pun takpe, janji baca buku,hafal sifir dll. Bilik mesti selalu kemas yer...


zwani.com myspace graphic comments


Disebabkan along masih ada exam hari ni dan esok, so sambutan hari jadi along ditunda ke hari Sabtu. Umah kita pun still under renovation lagi, esok lusa siaplah. Jadi hari sabtu tu sesuai sangatlah nk wat birthday celebration.
Hadiah tahun ni? kalo keputusan exam sume dapat A (gred yg bagus) mama dan papa akan pertimbangkan hadiah komputer tu. Ada yang mintak keyboard la, game la... nanti ler... pikir dulu ek!!
Akhir kata, along dh semakin besar, jangan degil2, beralah sikit dengan adik. Tahun depan nk dapat adik lagi. Jangan asyik main dan berangan jer. Papa dan Mama sayang along !!

Khamis, 23 April 2009

Happy Birthday To Me!!!

Happy Birthday to Me..... today i'm 33 .... uish...dh tua dh......

Disebabkan aku demam so Hang Jebat beli kek dan sate jer. Kami celebrate 4 beranak jer. Takde selera nk makan. Aku potong kek dan jamah sate 2 cucuk.


Kek tiramisu yang dibeli oleh laki aku. Tahun lepas pun dia beli kek yg sebijik sebijan mcm ni jugak. Nk cakap apa lagi...potong jer lah kek tu... "Alahai lakiku !!! "
Tahun ni aku tak mintak hadiah apa2 pun. Sebabnyer? entah ler.. kesian plak kat laki aku kena bagi hadiah. Tahun lepas dia dh bagi coklat ferero roche dengan jambangan bunga ros. Tahun ni aku kata tak payah ler sume tu bang... tapi kalo nk bagi jugak, beli ler kalung berlian dr Habib Jewel tu..kah,kah,kah.....tp laki aku jawab...yelah...nanti kalo ada duit lebih, abang pasti belikan..sabo yer !!!
Sate kajang. Beli kat Hentian R&R awan besar kat kinrara tu. Lepas beli sate, singgah plak kat King's beli kek. Satu jalan. Senang citer kan!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...