Memaparkan catatan dengan label kuih tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih tradisional. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2015

Puteri Ayu

Salam...

Meskipun sekarang ni tengah demam Puteri Ayu Cheese, tp customer CK masih request puteri ayu old fesyen...hahahaha.....


Ok... ini resipinya, daripada kelas memasak di Bagus Baking Solution yang pernah CK pergi beberapa tahun lepas.  Ck suka ikut resipi ni, sbb hasilnya lembut dan tahan sampai 2 hari.


Bahan A
2 biji telur (gred B)
220gm gula kastor

Bahan B
80ml santan
20ml jus pandan
5 titip pewarna hijau pandan
setengah sk pandan esen

Bahan C
120gm tepung

Bahan D
1 sk eno (biru)
1 sb (penuh) ovallet

Bahan E 
300gm kelapa parut putih
1sk tepung jagung
secubit garam
*bahan ini digaul sebati, dan masukkan ke dalam acuan kuih. Tekan2 sikit agar padat

Cara-cara
Panaskan kukusan, dan glis acuan puteri ayu dengan sedikit minyak masak
Putar bahan A hingga putih dan kembang
Masuk bahan B, kacau hingga sebati
Perlahankan mixer, dan masukkan bahan C
kacau hingga sebati hingga mendapat tesktur yg lembut
Masukkan bahan D, pukul sekejap
Tuang dalam acuan yang telah diletakkan kelapa.
Kukus 12 minit
Sejukkan, dan bolehlah dikeluarkan dr acuan.

Rabu, 26 Ogos 2015

Bengkang Labu

Salam
hari ni CK buat bengkang labu plak... sedap... dan CK tambah serbuk kulit kayu manis dalam adunan untuk menghilangkan bau telur... Oh ya, masa kukus labu, carikkan dua helai daun pandan, untuk lebih wangi



BENGKANG LABU
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah dikukus dan lecek halus
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



Sabtu, 31 Januari 2015

Lempeng Pisang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam,,,, hari ni CK tayang lempeng pisang jer lah yer...sesekali keluar masakan kampung... khabarnyer lempeng pisang ni fofular kat Cafe2 di Putrajaya... ada la kawan CK bawak ke rumah masa reunion awal bulan hari tu...so hari ni teringin, dan buat la sikit...anak2 takyah tanya yer...mmg tak makan 

 First time makan lempeng pisang bersama sambal tumis...sedap jugak... hahahaha... My Jebat biasa laa...takkan makan mende2 pelek sebegitu...so dia makan lempeng pisangnya saja

Nk buatnyer senang saja...

Pisang masak ranum dilecek halus dan gaul bersama tepung. Tambah sedikit garam... sediakan daun pisang yang sudah dicelur air panas sedikit, dan letak adunan pisang dan tepung tadi. Tabur sedikit kelapa parut dan tutup dengan daun pisang... letakkan atas kuali leper dan bakar sampai masak...


Ok...selamat berhari minggu !!! 

Isnin, 26 Januari 2015

Poli Ubi Kayu / Lopes Ubi Kayu

Salam !!  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ini sudah kali ketiga CK buat kuih ni.. mmg sedap la dari yg pulut. Dan kali ini CK buat kalerful plak.




Bahan-bahan
3 tongkol ubi kayu- disagat dan dapat dalam 2 cawan isi- kemudian perah utk keluarkan airnya. Biar air perahan tu mendap sekejap, kemudian buang air bahagian atasnya. Ambil mendapan sagu yang terhasil dan gaul bersama ubi kayu yang disagat tadi 
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
pewarna kuning jika suka
daun pisang dilayur

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka - yang pekat la sedap


Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Ambil sedikit (dalam 2 sudu) dan letakkan atas daun pisang. Bungkus macam buat lepat pisang.
Kukus 1 jam atau hingga masak
CK tak bungkus dalam daun pisang, guna loyang jer. Padatkan ubi kayu yang dah digaul sebati tadi dalam loyang dan kukus selama 1 jam/hingga masak. Nak tau masak atau tidak, cucuk lidi pada kuih, dan jika ditarik keluar lidi tu bersih jer, tandanya kuih dah masak la tu.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.


OK... Moga Jumpa Lagi :)

Sabtu, 10 Januari 2015

Serimuka Hijau Kuning

SALAM 
Hari ni buat kuih serimuka la plak. Sesekali makan kuih tradisional, sedap jugak. Tapi kat rumah ni, CK kena kreatif sikit, kalo warna2 kuih malap jer, anak2 pun takde feel nk makan. Dan kebiasaannya warna hijau kuning ni la jadi pilihan. 


CK suka serimuka yang kepalanya lembik2 sikit... baru best nk makan... hehehehe....

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".


Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya



Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.



Ok...sampai sini dulu

Rabu, 7 Januari 2015

Bahulu Klasik

Salam.... berjumpa kembali

Ramai yg bertanya tentang bahulu yang selalu CK buat. Dan hari ini CK kongsikan resipinya. Bahulu klasik, tiada sebarang bahan pengawet, ovalet mahupun perisa tambahan. Kalo bakar guna sabut dan tempurung kelapa lagilah sedap


Bahulu Klasik

Bahan-bahan
1 cawan tepung- disangai 5 minit atas api perlahan
1 cawan telur
1 cawan gula

Cara-cara
Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Suhu 200'c
Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, putih.
Masukkan tepung dan gaul perlahan-lahan.
Gliskan acuan bahulu dengan butter
Masukkan adunan telur tadi ke dalam acuan.
Bakar selama 15 minit atau hingga masak


tips :  oleskan acuan bahulu dengan daun pandan yang disiat-siat. Celup dengan sedikit minyak.
Boleh tambah 1sk esen ros untuk hilangkan bau hanyir telur


SELAMAT MENCUBA




Rabu, 22 Oktober 2014

Apom Lenggang

Salam...  

Pernah makan apom lenggang tak? ada setengah tempat panggil apam lemak manis...tp di melaka, ada yang panggil kuih serabai (ni kawan CK yg cakap laaa ) katanya serabai dulu dlm acuan, tp nk mudah, diorang dadar jer...

Ok... kuih ni mmg sedap.. dh lama tak makan. Dulu ada arwah mak, selalu la mak buat untuk breakfast, tp tak seorang pun dari kami adik beradik nk belajar membuatnya. Bila mak dh takde, baru la masing2 menyesal.


Mujur la ada seorang blogger sudi kongsi resipinya. Tengkiu kak Mimi. Jasamu dikenang :) 

Ada tempat kata kuih ni dimakan dengan kuah. Kat Melaka makan ngan kuah gula melaka, dan disebelah utara makan ngan santan manis. Tapi CK makan mcm tu jer pun dh sedap. Takyah kuah pun dah sedap


 Ok... ini resipinya... sapa yang teringin, boleh la buat


Disebabkan ini percubaan pertama, maka CK cuba buat setengah adunan dulu. Dapat la dlm 9 keping saiz kecil...cukup laaa...


Ok..selamat mencuba !!


Jumaat, 3 Oktober 2014

Kuih Koci Labu Inti Durian

Salam Jumaat

hari ni Ck buat kuih koci labu plak. Walaupun takde sambutan untuk kuih2 tradisional di rumah ni, tp CK buat jugak laaa sbb empunya badan teringin nk makan....




Look's temptation right ?? ermm... inilah akibatnya kalo dh teringin. Buat jugak laaaa... makan seketui dua pun cukup utk melepaskan rasa teringin



Kuih koci zaman sekarang dah senang nk membuatnya. Kalo ikut cara tradisional, lain caranya.

Ok...ini resipinya yer...


Dapat la sepinggan... Ck makan 2 bijik, jebat makan 2 bijik, anak2 blom tahu lagi...ermmm..... takpe, jiran sebelah menyebelah ramai...jap lagi kalo diorang datang, boleh la rasa




OK...sampai sini dulu.


Khamis, 7 Ogos 2014

Binga Pandan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




bingka ni mmg sedap, lembut dan terasa lemak berkrim nya.... so apa tunggu lagi...cuba laaa



Bahan bahan
2 cwn tepung gandum 
3 biji telor
2 kotak santan kara yg kecil
1 cwn air daun pandan
1 cwn air
1 cwn gula
1/2 sd teh garam
bijan utk tabur atas


Cara-cara
Satukan semua bahan
Glis acuan, dan masukkkan bahan tadi dalam acuan
bakar suhu 180°c 45-50 api atas bwh hingga  masak

Ck suka yg garing2 sikit, sbb suka makan kerak2 dia...nyum,nyum 



Ok...selamat mencuba

Jumaat, 11 April 2014

Bingka Ubi Kayu

 Salam Jumaat yang penuh barokah !! Apa khabar semua? dh siap masak ke?
Hari ni CK tayang bingka ubi kayu plak.. dah lama tak makan. Cari kat pasar malam pun jarang jumpa orang jual kuih ni. Yelah, kuih2 tradisional ni jarang orang nk jual. Asyik2 jual karipap, donut dan pau sambal.


So, bila ke pasar borong, CK pun belilah ubi kayu. Dalam fikiran, mcm2 nk buat, kuih lapis ubi kayu la, talam ubi kayu, rebus cicah kelapa, ikan masin...adussss.... banyaknyer... akhirnya, jadilah bingka ni dulu...ada lagi beberapa ketul tu, kita tengok yer, apa kejadiannya lepas ni. Entah2 kecut jer...hahaha


Resipi CK ambik dari Recipes Card Collectible Series dari Bagus Bakery. Dah selalu sangat ke bagus tu, so collect ler kad

Ni resipinya


Marjerin tu, Ck gantikan dengan minyak sapi.dan butter.  Rasa lebih sedap dan bau lebih wangi.


Ok..sampai sini dulu !!!

Rabu, 5 Mac 2014

Serimuka Pandan

Salam..
Minum petang hari ni, kuih serimuka pandan. Sebenarnya ni kuih kitar semula...hahaha...cemmana tu?? semalam CK buat pulut kuning, so bila tak abis, simpan dalam tupperware dan hari ni jadilah dia kuih serimuka. Sbb tu warna kuih ni ala2 bendera negeri Kedah...hahaha.... ( ♪ ♫ hijau kuning ♪ ♫ lambang negeriku ♪ ♫ 



 Ni resipi campak2 jer, so untuk adik2 yang baru nk belajar, refer resipi betul2 yer..jgn buat cam akak (yg dah pro ni) hahaha
*** abaikan lapisan pulut yang nipis tu yer, sbb CK mmg tak suka makan pulut banyak2, lebih suka makan lapisan hijau tu... tabiat masa kecik2 dibawa ke tua ni  ... hahaha....


SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")
Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir 
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




Ok..sampai sini dulu 

Ahad, 2 Februari 2014

Apam Nasi

Salam..
Apam Nasi ni dibuat sebagai juadah minum petang.. ok laa..lembut dan gebu...cuma tak sempat tunggu petang, dah habis dikerjakan oleh anak2.. huhuhu....

Bahan-bahan
A- 2 cwn nasi sejuk
     1 1/2cwn gula
     2 1/2 cwn air
(semua bahan ini di kisar sampai hancur)


B2 cwn tepung gandum
     2 cwn tepung beras
     11gm yis (sepeket)

(digaulkan dlm bekas)

Cara-cara
Masukkan bahan yg dikisar tadi ke dalam bahan B 
Perap 2-3 jam
Kukus selama 12-15 minit



Senang buat dlm acuan puteri ayu gini..kat tengahnya boleh terus letak kelapa parut..takyah gaul lagi dah... hehehe


Ok.. BYE !!!

Jumaat, 20 Disember 2013

Bahulu Kampung

Salam Jumaat yang penuh barokah !!

CK suka makan bahulu, dan hari ni teringin plak nk makan bahulu cara orang lama, tak guna sebarang bahan penaik...hanya telur, gula dan tepung sahaja.


Resipinya senang ya amat

3 bj telur ayam
1/2 cawan gula
1 cawan tepung

Bila dh sukat semua bahan2 tu, panaskan sekejap gula dan tepung dlm oven...ni tujuannya agar bahulu tu ringan dan tahan lama... kalo orang dulu2, dia jemur jer kat tengah panas, tp cuaca Bukit Jalil hari ni mendung, so CK bakar jer dlm oven, suhu 160'c selama 15 minit

Lepas tu sejukkan tepung dan gula tadi. Biar oven panas, dan naikkan suhu menjadi 200'c. Panaskan sekali acuan bahulu. Letak minyak dalam acuan agar tidak melekat

Pukul telur sampai kembang. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai putih.

Lepas tu, masukkan tepung sesudu demi sesudu. Perlahan2 gaul.

Buang minyak dalam acuan dan isikan dengan adunan bahulu 3/4 penuh. Bakar selama 15-20 minit (sampai masak laaa...warna light coklat )

** Bahulu CK ni dh terlebih masak, sbb sibuk main FB... hahaha... apapun, dalamnya lembut dan luarnya garing. Sesuai untuk minum petang bersama kopi O


Khamis, 14 November 2013

Roti Jala & Kari Ayam

Salam Rabu buat sahabat alam maya semua...

Pagi ni CK mem'breakfast'kan anak-anak (uish...ayat hancus kan... ) erti sebenar- bagi anak2 makan sarapan pagi dengan roti jala... hehehe...  semalam buat kari ayam, so ada banyak lebih... dan roti jala frozen mmg dah sedia ada dalam esbox... waaa...senang keje kan... siap satu menu... hahaha


ROTI JALA
Bahan:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan santan cair
1 bj telur
1 sk garam halus
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Caranya :
Dlm bekas besar satukan semua bahan. .. CK pakai blender jer... 
Agak2 la airnya agar tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat...
Adunan seperti kuih ketayap
Dah siap, bolehlah menjala di atas kuali leper non stik




pagi ni hanya sempat panaskan kari ayam jer laa...stok kuah durian pun ada lagi dalam esbox tu (pemberian kawan CK, datin Siti Suhaida) so sebelah petang nanti boleh repeat dengan kuah durian plak



Ok...sampai sini dulu... selamat bersarapan buat semua kawan2. 



Selasa, 9 Julai 2013

Bahulu Ramadhan

Salam 

Hari ni tentu ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Ramadhan esok kan. Ada yang pergi ke pasar, dan ada jugak yang ke kedai bakery membeli barang2 buat kuih raya. Tapi CK ari ni rilex sikit sbb semua menda2 tu dah disediakan awal2 lagi. Semalam dah pegi pasar, so hari ni tak perlu terkocoh-kocoh

CK dan keluarga mmg suka bahulu. Selalu beli jer sbb malas nk buat. Nak masuk kelas bahulu pun belum kesampaian sbb tak jumpa lagi kelas/guru bahulu yang betul2 marbeles. 

Dan semalam, masa jalan2 blog kengkawan, CK tergoda betul tengok kuih bahulu Rahel. So pagi ni CK pun cubalah. Tak banyak pun, setakat 2 bijik telur jer (dpt la dalam 16 bj) cukup laa.. kalo banyak2 pun, sapa yang nk makan bulan2 puasa ni??


Terima kasih kepada Rahel, dan izinkan CK kongsi resipi bahulu sedap ni di sini plak yer. CK buat 2 versi, vanilla dan pandan choc rice. Memang inilah bahulu yang menjadi pilihan jika membeli di luar.

KUIH BAHULU VANILA
Asal:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber: Rahel 
 
Bahan-bahan:
200g gula kastor
200g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
5 biji telur gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau 

Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama   10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
4.Ambil sedikit adunan dan warnakan jika suka
5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
6. Sendukkan adunan ke dalam acuan. 
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 25-30 minit
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.

Acuan baulu peninggalan arwah mak CK. Dulu mak buat bahulu secara tradisional. Guna arang dan sabut kelapa. Bahulu pun dipukul secara manual dalam pasu khas. 

Tip dari Chef Noraini:
Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu.
Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai
dibakar dalam ketuhar api atas bawah.

Nota dari Rahel:
*Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja.
*Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan
  spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan
  picit adunan ke dalam acuan (isi penuh).
*Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan
  dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan.

Tips dari CK: 
Kalau nak bahulu tahan lama ( tidak cepat berkulat) goreng/sangar dulu tepung gandum tu dalam 10-15 minit dalam kuali/oven. Sejukkan dan ayak 2-3 kali. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam adunan telur. Ni petua orang lama2 yer


CK suka bahulu versi Chef Noraini ni. Lembut dan sedap. Sama macam bahulu yang dijual di luar.  Insyaalah jika ada kerajinan CK nk buat plak versi bahulu berinti. Sure lagi sedap kan !!!



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua kawan. Semoga ramadhan ini lebih bererti buat kita semua !! 

Khamis, 14 Mac 2013

Lopes Sagu Ubi Kayu

Salam

Jom minum petang dengan juadah ni. Errr...sebenarnya nk buat lopes ubi kayu jer, tp ubi kayu yg tinggal cuma 2 ketui cenonet, alamak... keinginan utk makan dah tak terbendung lagi (tinggal air liur jer belum meleleh) ...so dengan kreatifnya CK campur la sagu mata ikan sikit (utk banyakkan) Kali ini buat perisa pandan plak sbb CK suka bau harum daun pandan tu dalam kuih... dan akhirnya...jadilah Lopes Sagu Ubi Kayu




Bahan-bahan
1 tongkol ubi kayu- disagat dan diperah airnya, air dimendap sekejap, kemudian ambil sagunya
1/2 cawan sagu mata ikan (direndam sekejap)
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
air daun pandan
pewarna hijau

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai masak /berkilat.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.



Nk membuatnya sekejap saja, tp ambik tempoh lama baru dapat makan gara2 sikap malas yg menebal dalam diri...adoiiii... bila la nk kembali rajin. Si Rayyan asyik request karipap jer... Tp mama dia buat derk jer...


Jemput minum petang !!!



Jumaat, 8 Mac 2013

Kuih Lapis

Salam...apa khabar
Mari minum petang dengan kuih lapis. Nk buat pun senang, cuma perlukan kesabaran jer nk kukus tu...takpe, sambil kukus, boleh stim muka...wakahkahkah....


Resipi yg biasa CK guna sejak bertahun2 lalu. Pernah jugak cuba resipi lain, tp tak mendapat kelulusan cemerlang juri. CK selalunya guna tiga warna sj, iaitu merah, hijau dan kuning. Kalo kalerful begini, anak2 lebih suka makan. 


abaikan permukaan bulan tu :p
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik esen rose
pewarna yg disukai
4 cawan air



Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu dan tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender dan isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning dan satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning dan kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

*** PESANAN PENAJA (kalau nk permukaan yg licin dah halus, balut penutup pengukus dengan kain. Ni versi makan2 keluarga, so CK tak bungkus laa...tu yg nampak lubang2 tu )

COPY RESIPI DI SINI YER adik2, kakak2, ibu2.... hehehe...



Resipi ini jugalah CK buat jualan. Jangan ragu2 nk cuba... sapa yg tak suka manis, boleh kurangkan jumlah gula dari sukatan di atas. Tapi CK ni jenis semut merah, suka manis2... hahaha..... 

OK...sampai sini dulu. Jemput minum petang dengan kuih lapis ni yer :p 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...