Jumaat, 31 Disember 2010

Banana Muffin

Salam Jumaat buat semua. Pagi ni masak awal sikit. Takde plan nk kemana2 pun. Nak rehat jer kat rumah.
Semalam, gara2 ke rumah Izah dan tengok muffin yang menggiurkan tu, kerepek aku hangus. Ish..mmg tak boleh jadi ni. Kena buat jugak hari ni. Petang nanti boleh makan sama2 ngan jiran tetangga.


BANANA MUFFIN
Source : Rima
Copy from: Izah Muffin Lover

Ingredients :
• 1 1/4 cup all purpose flour
• 1 tsp baking soda
• A pinch of salt
• 3/4 cup sugar
• 1/2 cup canola/corn oil (I used melted butter)
• 2 eggs
• 1 cup mashed banana
• 1 tsp vanilla

Method :
• Mix flour, baking soda and salt.
• Whisk sugar, oil and eggs until smooth. Add banana and vanilla, beating well. Add flour mixture and beat until well combined.
• Bake at 180 deg C for 25 mins. (I baked them at 160 deg C for 25 mins)



Keputusannya= Wow...mmg gebu dan sedap. Aku ikut macam Izah, kasi garing sikit permukaan muffin tu. Wallah...mmg best. TQ Izah..tq Rima atas respi muffin yang best ni. Respi ni dh masuk buku.

Aku sempat gak tabur chocolate rice kat atas muffin tu. Kasi cantik sket. Jangan marah yer tuan punya respi..

Khamis, 30 Disember 2010

Kerepek Arror Head/Ngaku

Salam semua. Baru jer sampai dr Melaka pukul 3 tadi. Ingat nk rehat, tp mata takleh lelap. Sambil2 jalan ke rumah kengkawan, aku goreng la Ngaku (arror head ni).. mmg best kalo buat kerepek. Masa tengah goreng tu, tgh singgah rumah Izah Muffin Lover, tengok mini muffin dia yg mengancam tu...tetiba baru teringat kerepek dalam kuali. Sekali tengok..alamak...mcm kulit Jebat aku dah...sib baik boleh diselamatkan lagi !!! alahai Izan, penangan muffin mu mmg hebat. Memang harus ku buat !!!

Ni la rupanya kerepek ngaku yang baru digoreng. Beli buah ngaku ni kat Pasaraya Bintang, Klebang nun. Murah plak, sekilo rm 4.50. Aku amik ler sikit. Balik tu terus goreng.

Bila dh selesai goreng kerepek, goreng plak cekodok pisang ni. Pisang tengah banyak kat rumah ni. Tu la cadang nk buat muffin pisang cik Izah tu.. tergoda sungguh aku, sampai garing kerepek ngaku aku tu.

Aksi Rayyan yang tido dalam kete. Penat main, tido ler.. sian kat abang Irfan, adik punya pasal kena duduk/tido kat bawah. Takpe..nanti papa beli lori Tesco yer !! kita boleh bentang toto kat dalam tu..heheh...

******************

Untuk adik2 yang tak tau rupa bentuk buah Arrorhead/ngaku, kat sini aku ada tepek gambarnya (ambik dr cik Google jer...) aku punya udah selesai buat kerepek..lupa plak nk snap gambar masa mula2...

Inilah rupanya si NGAKU (arrorhead) tu... pernah tengok ker? kat pasaraya ada..

Untuk buat krepek, kena kupas kulitnya dulu yer..nanti jadi mcm gambo kat atas tu... pastu hiris halus2 macam kuat kerepek pisang tu ler..goreng macam biasa...letak garam sikit...

Rabu, 29 Disember 2010

Chicken Chop wif Mushroom Sauce& Honey Dew Smoothie

Salam buat semua kengkawan. Malam ni special sikit, sbb kami anak beranak dinner dengan chicken chop. Daging ayam ni beli yang ready made-takde tulang punyer..kat kedai menjual produk ayam. Satu peket ada 8 peha tanpa tulang=rm23.00. Pekedai tu kata, mmg jimat. Kedai2 western sume amik kat dia. So Jebat aku terpikat dan terus beli.

Hari ni buat 4 jer. sorang satu, Ryan tak payah...hehehe...Aku perapkan ayam tu dengan serbuk cukup rasa, garam, perisa dan lada sulah. Untuk along dia nk versi goreng, so aku celupkan dengan tepung dan salut dengan bread crum, dan goreng. Untuk kami 3 orang- Jebat nk versi bakar. 
 

Ni utk Along, versi goreng. Dihidangkan dengan garlic mashed  potato. Untuk sosnya aku buat mushroom sauce dari Kak Fida MYR. Time kasih akak. Mmg best sosnya.

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• 2 sb mentega*
• 1-2 biji bawang besar* - didadu
• 1 sb mentega
• 1 sb tepung gandum
• 100 ml air rebusan daging (akak guna air campur dgn kiub daging)
• 2 sb tomato paste
• 1/2 sk serbuk lada putih/hitam (akak guna sos lada hitam)
• 1 sb kicap masin
• 2 sb kicap manis
• 100 ml susu cair/fresh cream
• 150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
• 1 sk hirisan daun basil/selasih (akak guna daun parsley)
• garam secukup rasa (akak tak bubuh)

Cara-cara
1.Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
2.Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
3.Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
4.Siap untuk disajikan dengan chicken chop

Ni versi bakar. Pun sama sedapnya dengan yang digoreng.

Resipi Garlic Mashed Potato. (tq hana..aku salin dr umah dia...)

Bahan-bahan
* 8-9 biji ubi kentang saiz besar
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 2 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream -
* 1 sudu kecil black pepper
* Bahan-bahan untuk gravy (ni aku tak buat...sbb dh ada kuah sos cendawan tu..)
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih-
 
Cara-cara
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur &smooth, siap lah mash potato tu.
3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Hidangan kami agak special sikit malam ni, sbb ada Honey Dew Smoothie.

Air Honey Dew Smoothie ni aku dapat dari rancangan masakan kat tv. Tajuk rancangan tak sure, tp hosnya Anis Nabila dan Azrul Zaidi. Dah lama nk buat, tp dok cari buah tembikai susu ni tak berjumpa.


Bahan-bahan
buah tembikai susu
ais krim soda
vanilla ice cream
gula
ais batu secukupnya

Cara-cara
Kisar semua bahan dan tambah ais batu. Sedia dihidangkan !!!

Keli Salai Lomak Cili Padi

Salam semua. Dh lunch? Kami belum lagi, tunggu Jebat balik jap. Hari ni masak lauk paberet Jebat, apa lagi kalo bukan masak lemak cili padi. Kali ni guna ikan keli salai plak.. rencahkan dengan jantung pisang.

Bahan-bahan
* 3 ekor ikan keli-dibersihkan
* Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
* Kunyit hidup *
* Santan - dr setengah biji kelapa
* Jantung pisang -direbus dulu
* Sebiji limau nipis
* Garam dan perasa

Cara-cara
1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan santan. dan jantung pisang. Masak dengan api perlahan.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
 * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.




Ok... slamat menjamu mata!!


Selasa, 28 Disember 2010

Red Velvet Cake

Slamat Petang semua. Hari ni teringin plak nk buat kek baldu merah ni (actually pagi tadi dengar lagu Baldu Biru dr Ella&Awie) terus teringat nk buat kek ni.  Tapi ni baldu merah yer !! Ramai gak kengkawan dari Kongsi Resipi yang telah mencubanya.


Resipi kat sini yer.

RED VELVET CAKE
• 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
• 1 SK garam
• 2 SB sebuk koko
• 1/2 cwn mentega
• 1 1/2 cwn gula
• 2 biji telur
• 1 SK esen vanila
• 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)
• 2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..so warna dia kurang merah
• 1 SK cuka
• 1 SK baking powder
• BAHAN TOPPING
• 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.

Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
5. Masukkan pewarna merah.
6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking powder(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
9. CREAM CHEESE TOPPING
10. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
11. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.

 Hiasan yang simpe jer, sbb nk cepat makan. Balik dr Jusco terus deco kek ni. Irfan dah tak sabar2 nk makan. So bantai jer lah..bukan nk ajak menteri makan. Kami anak beranak jer. So tak kisah kalo tak cantik.

Nampak gayanya inilah kek yang terakhir untuk tahun 2010. Kiranya kek penutup tahunlah yer!! sebab apa ek?? sebabnya MIXER aku dh jahanam waktu putar cream cheese nk buat frosting tu. Alahai....nk kuar duit lagilah nampaknya. Baru jer habis dulu beli itu ini kat Jusco tadi. huhuhuhu... dah la bulan ni tak dapat gaji. sedihnyer !!!!

Komen dari Jebat- kek ni padat, so cepat muak. Yer ke? ataupun kek aku yang bantat. Katanya kek sepatutnya ringan, jadi orang tak puas makan.Macam sponge kek. Kek baldu merah ni padat dan penuh. Jadi makan sikit jer dh kenyang. Ek eleh..geramnya aku. Dan la mixer aku rosak.
So kat sini nk tanya pendapat kengkawan yang pernah buat. Betul ker struktur kek tu padat/penuh?

Kangkung Goreng Bodo?

Salam...hari ni cuaca nampak mendung jer. Sesedih hati aku ni. Sebab apa yer? nk tau? baca sini. Tapi dalam sedih2 tu, aku kena masak gak. Kalo tidak, anak2 mesti tanya 'dh habis beras ke Mama?" atau "papa tak beli lauk ke mama?" ermmm....

Lauk2 untuk hari ini. Ada lauk kegemaran Irfan-ayam masak merah, ikan keli salai berlada, sayur kangkung goreng, sambal belacan dan  kuah dhal (buat awal pagi tadi, sbb makan ngan roti paratha instant).

Ayam Masak Merah

Keli Salai Berlada

Kangkung Goreng Bodo- bodo means tumis bwang merah dan bwang putih pastu curah air.Tutup kejap dan masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan angkat. Siap. Senang jer

Kuah dhal ni makan ngan roti paratha instant pagi tadi. Saja buat lebih, kengkonon nk masak nasi biryani or nasi minyak. Tapi dh terlupa, masa basuh beras terus tanak. Dsh dekat mendidih baru teringat nk buat nasi minyak..alahai..kansel ler....makan jer lah ngan nasi putih jer lah

Sambal belacan ummph. Caranya ambil 2 biji cili merah dan sedikit cili padi kampung. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.Campak cili tadi dan tambah sedikit belacan dan ikan bilis. Goreng sekejap. Pastu tumbuk. Tambah garam. Kemudian perahkan asam limau. Wallah..tak hingat donia makan....cicah dengan kangkung goreng bodo tadi.



Ok..sampai sini dulu. Jemput makan semua!!

Isnin, 27 Disember 2010

Oat Cookies

Alooo....korang tengah buat apa tu? dh masak ke? hari ni aku tak masak (ye ke? boleh percaya ker ) hehehe...actually aku buat biskut ari ni. Saja laa... ada kawan teringin nk makan. So aku buatkan jer lah.

Resipi ni aku surf dari internet. Korang kalo nk tau sumber mana, sapa punya, carilah kat google tu..Oat Cookies yer..melambak ada respi. Kat sini aku tepekkan skali.

Ingredients:
(makes about 25~28 cookies)

90g butter, softened at room temperature
25g caster sugar
25g brown sugar
1 egg
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon salt
100g plain flour
100g oatmeal or roll oats
20g dark (semi-sweet) chocolate, finely chopped
50g walnuts, chopped
60g mini chocolate chips

Method:
1. Preheat oven to 190degC. Line baking trays with parchment paper.
2. With a manual whisk, cream butter and sugar in a mixing bowl until the mixture turns pale and fluffy.
3. Dribble in the egg gradually. Mix well after each addition. Add in salt and vanilla extract, mix to incorporate into the batter.
4. Sift the flour over the batter, fold in with a spatula.
5. Add oatmeal, chopped chocolate, walnuts and mini chocolate chips. Mix well with the spatula.
6. Drop tablespoonfuls of the cookie dough onto the prepared baking tray. Leave some space between the cookies to allow for spreading. Flatten each cookie dough slightly with the back of a fork, keeping the shape as even as possible.
7. Bake for 8~10 mins or until golden. If necessary, rotate the baking tray halfway through the cooking time to ensure even browning.Transfer to a wire rack to cool completely. Store in air-tight containers.


ada sesapa nk rasa? meh datang umah. Kita kunyah sama2



ok...nk masak nasi ler plak.Kang Jebat balik tanya nasi...takkan aku nk suruh dia makan megi?

Cekodok Jagung

Salam Isnin, it's Monday blues !! Tak tau ler pasai apa. Munkin sbb ni minggu terakhir cuti sekolah kot..eee..tak bestnya. Dah nk kena mengadap si kecik 24 jam..

Pagi ni takde mood nk masak breakfast nasi goreng or mee goreng dan seumpamanya. Mama buatkan cekodok jagung jer.


Mudah jer nk buat cekodok jagung ni. Kalau nk guna jagung tin pun boleh. Ni pakai jagung biji beli kat Giant tuh. Tumbuk la sikit kasi pecah2 sikit. Kalo sebijik2 bebudak tak mo makan.
Ok..lepas tumbuk jagung, hiriskan kecik2 bwang merah. Pastu masukkan semua dalam mangkuk. Tambah tepung dan air. Gaul rata. Sukati ler nk letak brang2 lain. Kali ni aku letak udang kecik. Letak daun sup, daun bawang dan cili hiris sikit.Tambah garam dan serbuk secukup rasa Megi. Gaul dan bolehlah digoreng dalam kuali.


Makan ngan cili sos. Siap !!!


Ok..sampai sini dulu!!

Sabtu, 25 Disember 2010

Asam Pedas Patin - lauk hari Xmas

Salam buat semua. Bagi yang merayakan xMas, Merry Krismas yaa. Hari ni Jebat tak dapat kerja. Kahkahkah...Sepatutnya ada kerja, tp malam tadi dalam sms hari ni tak boleh kerja. Hahaha...bukan dengki tp seronok ler laki ada kat rumah. Hari ni tak bercadang nk ke mana2. Sbb minggu depan Jebat cuti panjang. wowwww...seronok...(terpaksa cuti, sbb cuti tahunnya dh melimpah ruah)

Masak awal sikit hari ni, tp lambat gak posting sbb macam2 hal berlaku kat rumah. Langit pun dh gelap tu.

Lauk pauk hari ni. Mmg takde plan nk masak sume ni. Ni kiranya menu last minit la.

Sejak Ida perkenalkan menu asam pedas ikan patin, aku dh tertawan. Hari ni Jebat bersihkan kolam dia, so aku mintak ler ikan patin 2 ekor. Sementara dia bersihkan ikan tu, aku pegi kedai jap, beli daun kesum dan barang2 lain. Ni respi yang aku biasa buat untuk asam pedas. Kiranya respi mak aku ler

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan patin
1 batang Bunga Kantan
Daun Kesum
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Secubit gula

Bahan Kisar:
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 genggam Cili Kering-dipotong kecil dan direbus dulu
1 sudu kecil ketumbar biji
2 inci belacan
2 batang serai-dihiris halus

Cara-cara memasak:
* Tumis bahan kisar sampai betul2 garing (naik minyak)
* Masukkan semangkuk air..pastu tunggu sampai kuah mendidih
* Bila dah mendidih, masukkan ikan, tambah air secukupnya, biarkan sampai kuah mendidih
* Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa, garam dan serbuk perasa
* Biarkan api kecik dalam 10 minit,sampai minyak naik ke atas. Siap.

Ikan Keli Goreng. Ingat nk bakar pada mulanya, tp dh malas dah nk hidupkan bara. Last2 goreng jer lah. Bak kata iklan "Goreng Pon Sodap"

Kerabu Pucuk Paku, Togeh dan Kerang. Ni respi last minit. Ingatnya nk goreng pucuk paku tu. Tapi macam malas jer. Nampak plak isi kerang dalam fridge. Nk masak kuetiau, aku terlupa plak beli kuetiau dan daun kucai. So..buatlah kerabu

Terung Goreng Taucu- Asalnya terung ni nk dimasukkan dalam asam pedas tu, tapi bila dh masuk ikan dan kuah, macam tak muat periuk plak. Then, bila dah rasa kuah asam pedas tu macam dh 'perfect' jer, rasa sayang plak nk letak terung ni, kot2 menjejaskan rasa asam pedas aku yang power tuh.. (cewahh...perasan) So... aku buat lah goreng taucu cenggini.Arwah pak mertua aku suka buat lauk ni. Tapi bila MIL yang buat, tak sedap la plak..hehehe...(diakui oleh Jebat yer...bukan aku yang kutuk !!!)

Jumaat, 24 Disember 2010

Apam Polka Dot

Salam Jumaat. Hari ini tak masak nasik lagik...hehehe...coz Jebat balik petang. Malas ler nk masak beria2, petang nanti jer masak untuk dinner. Senang kan!!
So..merajinkan diri masuk dapur dan buat kuih. Dah lama berhajat nk buat apam polka dot ni. Geram tengok hasil kengkawan kat FB dan blog. So hari ni aku buat ler..


Resipi disalin dari umah Wanieyra (tak tau ler sapa tuan punya asal respi ni) Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi respi di alam maya ni. 

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling secukupnya (aku letak inti kelapa)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Letak inti kelapa secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...

Ada gak beberapa bijik apam yang tersengih macam kerang busyuk. Apasal ek? terlebih pukul ke? ada sesiapa boleh bantu. (yg tersengih tu aku dh bagi anak2 aku makan...hehehe)

Khamis, 23 Disember 2010

Wantan Mee Kicap :)

Yuhuuu... hari ni langit suram jer. Tapi tak ujan. Sejuk..macam kat obersea la plak (tp kat obersea kan salji...huh..mesti aku semput giler kalo ada kat sana yer,) Ok..hari ni makan wantan mee kicap yer..my faberet. Kalo g chinese restoren, mesti order yang ni. Tapi kali ni versi buat kat rumah yer...


 BAHAN UTK MEE :
* Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
* 5 sudu kicap pekat
* 5 sudu minyak bijan
* 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
  
BAHAN UNTUK SUP:
*1 cawan ikan bilis tamban
*1 kiub ikan bilis megi
*3 ulas bawang putih-diketuk
*sedikit serbuk lada sulah
*fishball secukupnya
*minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK HIASAN:
* Small Pak Choy - rebus
* Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
* Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
* Ayam digoreng garing - ketukkan
* Daun sup & daun bawang dicincang

Cara-cara

1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
2. Untuk sup : Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada sulah. Masukkan air bersama ikan blis dan kiub ikan bilis. Biar hingga mendidih. Kalau kurang masin, boleh tambah garam. Masukkan skali fishball. Siap


CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
7. Taraaa! siap untuk di makan...!


OK... Slamat Menjamu Mata. Kalau nk rasa betul2, jemputlah datang rumah..tp inform awal2 yer..sbb nk pegi kedai ler beli barang... kalo tak, nanti dapat makan sekut kering jer lah... hehehe... :)

Sik Greng Pedas

Slamat Pagi semua. Hari ni kami breakfast dengan nasi goreng. Buat pedas2 sikit. Baru kick..budak2 pun dh boleh makan pedas sekarang. So takde masalah ler..


Sebenarnya ni macam nasi goreng kampung pun ada. Mula2 tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tak perlu la lumat sangat. Letak sikit belacan (nama pun kampung kan) Dah siap tumbuk, keluarkan dari lesung batu, tumbuk plak udang kering.
Then, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan ditumbuk tadi sampai keluar minyak-cili masak ler.. tambah sikit dengan sos ikan (nampla) serbuk perasa dan udang kering yang ditumbuk tadi. Kacau rata
Pas tu bolehlah dimasukkan segala sayuran (kalo nak) Hari ni aku masukkan kacang panjang. Pastu kacau lagi, dan rasa ler garamnya. Siap.
Kalo rajin, gorenglah telur mata dinasor dan keropok. Mesti lagi best makan!!!


Ok...dh nak keluar ni. Pegi Giant sekejap. Ronda2 cari sayur..hehehe

Rabu, 22 Disember 2010

Karipap Panas

Hujan lebat petang ni. Dan sejuk2 cenggini mmg best pekena karipap panas dengan kopi o. Tapi kat rumah ni kureng sikit minum kopi ni. Suka plak minum teh.


Resipinya sama jer.. malas dah nk tepek respi. Pandai2 lah yer cari kat label kuih tu yer.. :)


Ok...jemput makan sume...

Hari dapat award..

Hari ni takde entri masak memasak yer sbb aku masak simple tahan gaban. Singgang ikan dan ayam goreng bodo jerk..hehe..alaa..ayam goreng kunyit tu ler..so takdelah nk nunjuk gambo yer...

Hari ni dapat tag/award dari Ana Qawina (asalnya teman facebook, lepas tu jadi rakan blogger masak..) TQ Ana.




1. Sejak Bila Anda Mula Memasak Dan Apakah Masakan Pertama Anda?
  • mula memasak sejak darjah 2 kot. Masa tu pukul 4 lebih. Aku cuba buat roti goreng celup telur tu.. entah macam mana, tiba2 minyak panas tercurah atas tangan. Apa lagi...melalak ler aku.. gabra jugak. Masa tu takde sapa kat dapur. Mak aku tengah bagi makan ayam kat depan (kat pangkin bawah pokok jambu) Abah plak dh merayap entah mana..hehe ..... So hasil belajar dari Persatuan Bulan Sabit Merah, aku terus celup tangan kat kolah air. Ingatkan dh ok, tp masih lagi panas. Melalak ler lagi..terus pegi depan tunjuk kat mak aku. Masa tu pun abah balik dengan abang. Apa lagi, mak abah dan abang pun mrah ler... terus bawak ke klinik desa kat Pekan Karai. Tapi sampai sana, pembantu klinik kata tindakan aku tu betul...wakahkahkah...sampai sekarang masih ada kesan parutnya tu.
  • Memamg sejak kecil aku dh pandai masak. Mak yang ajar. Mak mmg panggil suruh aku tumis kari, masak sambal dan lain2. Katanya bila dh berlaki nanti senang. kahkahkah... pernah satu ketika tu mak aku takde kat rumah sbb pegi kenduri kahwin sepupu aku kat Shah Alam. Aku plak tak dpat joint masa tu sbb nk periksa PMR. Tinggal ler aku ngan abah selama seminggu.  Hari kenduri tu, aku masak ler dalca daging ngan nasi putih. Ada le sambal tumis sikit. Tup tup makcik aku plak sampai (dia balik dr kenduri kat shah alam tu ler..singgah jap kat rumah aku sblm balik Penang) Katanya masakan kenduri tak sedap langsung. Sedap lagi dalca yang aku masak..heheh...so makcik pun hebah pada semua sedara mara kata aku pandai masak. Mungkin sbb masin mulut makcik aku tu kot..aku pandai ler masak ... hehehe...mak mertua aku pun terpaksa la mengakuinya...hehehe

2. Sapa Yang Mengalakkan Anda Memasak?
  • Masa kecik2 dulu, mak aku ler yang suruh aku masak, dr potong bawang sampai la kukur kelapa (yg style kuda tu...) Mula2 mak tunjukkan cara masak, sekali dua..lepas tu mak aku suruh aku masak sendiri. Kalo tak sedap, kurang rempah, cili atau lain2 mmg mak akan komen. Dari situ, mula la belajar cara2 masak lauk dan kuih. Tapi bab buat kek ni mak aku tak ajar, sbb umah kami takde oven (org kampung, mana ler pandai buat kek) Tapi mak aku ada ajar cara buat bahulu, kuih bakar dll.... 
  • Bila dah kawen, Jebat plak jenis tak suka makan luar. Alahai..ingatkan dapat ler bibik nk tolong aku masak..rupanya hampeh... disebabkan aku ni orang utara, mak aku plak "anak mummy' so aku hanya pandai masak kari, sup dan dalca jer. Dan bila kawin ngan Jebat, dia nk makan masak lemak dan asam pedas. Alamak...mana aku tau. Teringat lagi, mula2 buat masak lemak, aku letak belacan. Mana ler aku tau..main taram jer lah..sepupu aku gelak bagai nk rak. Makngah aku pun sama..katanya 'itu ler..nk kawin ngan orang Melaka sangat" adoiii laaa...  Lepas tu aku mula belakar bagaimana buat gulai lemak cili padi dan asam pedas yang sedap. Tapi bukan dr mak mertua aku tau...dari kengkawan dan internet jer...coz MIL aku mmg kedekut pahit nk kongsi respi dengan menantu2 dia...sobsobsob..nasib aku laahhhh.....
  • Sekarang ni dah ada internet, waaa...semua resipi dihujung jari jer..cakap jer nk masak apa, pasta?western? sume itu bisa diatur...pendek kata sediakan ajer bahannya. Gerenti boleh masak punya.  Minat suka memasak ni dilanjutkan dengan bisnes kecil2lan. Kengkawan datang rumah dan rasa kuih yang aku buat.. lepas tu order... bagi plak kawan diorang makan...so..berterusan...alhamdulillah..bertambah rezeki...

3. Masakan Yang Anda Suka Masak Dan Digemari Orang-Orang Kesayangan Anda...
  • aku suka makan pasta dan kek. Anak2 pun sama...tp Jebat kureng sikit...agh..lantak ler...
  • Masak lauk2 mmg dh wajib kat rumah ni. Sbb kalo sehari tak makan nasi, macam tak sah idup. Kat rumah ni tiap2 hari kena masak sambal tumis. Paberet aku dan Jebat. Anak2 pun dah pandai makan pedas
  • Aku suka masak dan jamu kengkawan makan. Sbb tu kalau kengkawan nk buat perjumpaan, aku suggestkan buat kat rumah aku jer...hehehe...bukan nk nunjuk rumah(yelah..rumah pun kocik jer), tp suka tengok kengkawan makan sampai licin...kata orang kalau ada tetamu selalu datang rumah, rezeki kita murah...wallahualam

    4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung Ke Blog Anda- ada ker
     
  • Yang ni tak dapat dikenalpasti..sbb pengunjung blog aku ada pelbagai jenis. Yelah.. aku kan terlebih rajin ber'blogwalking (uwekks...muntah ijo dh ni..hehehe...) . So sesapa jer boleh masuk blog aku ni...aku takde geng masak, aku takde geng blogger...so sesapa jer boleh masuk dan bertehur sapa dengan aku...
     
Ok..dh siap akhirnya. Berjam2 jugak siapkan, berhenti makan jap, buat itu ini...pastu sambung balik...adoi laa...ok..stop dulu sbb Jebat dh nk guna laptop ni. Dia nk  main poker kat FB tu..eee,,,nyampah. Harap Anna berpuas hati. Seronok dapat kawan yang ingatkan kita :)

Selasa, 21 Disember 2010

Best Moist Choc Cake

Salam...hari ni takde mood nk update coz Jebat mc-sakit perut. Hari pun mendung jer, so kami lima beranak rehat jer kat rumah. Sebelah petangnya pegi jalan2 kat Giant Kinrara dan pas tu jalan2 kat Pasar Tani..


Resipi diambil dari web Best Moist Choc Cake. Mmg moist dan senang ler... Aku suka letak choc cake ni dalam cup kecik2 cenggini. Senang nk simpan. Bakar le dalam pan macam biasa. Bila dh sejuk,  masukkan dalam cup2 kecik tu, pastu curah topping. Letak jer atas meja tu, sapa nak boleh amik satu dan makan. Kalau kek besar, kena potong2, leceh ler...

Ingredients
2 Cups Flour
2 Cups Sugar
¾ Cup Hershey's Cocoa
2 Teaspoons Baking Soda
2 Eggs (I use large eggs)
1 Teaspoon Salt
1 Cup Buttermilk
1 Cup Mazola Vegetable Oil
1 ½ Teaspoons Vanilla Extract
1 Cup Boiling Water

Method
1.Preheat Oven to 300° F
2. Use Crisco Shortening to lightly grease and flour the 9 x 13 in. Baking Dish.
3. Place all the ingredients on the left into a mixing bowl.
4. Mix at medium or medium high speed until all ingredients are blended and smooth.
5. Pour into greased and floured baking dish
6. Bake for 1 hr.
7. Test by sticking with knife. If it comes out clean, it's done!
8. Allow to cool.


Ok..sampai sini dulu....

Isnin, 20 Disember 2010

Kolam Ikan ku...

Seharian hujan jer..alhamdulilah..sejuk bumi..sejuk jugak dada aku..asyik semput jer,,kejap2 sedut inhaler..kejap2 sapu minyak angin.. Makan nasi takde lah jawabnya..perut mcm penuh angin..

Disebabkan takde masak, nk buat keje rumah pun malas, so blogwalking jer lah..sambil2 tu update la sikit..Ni citer pasal ikan2 koi aku plak. Ni ikan hiasan yer..takleh makan. Kata Jebat, dia takmo jual ikan2 ni..biar besar.. gamaknya sampai saiz dinasor kot...hehehe...

campuran kap dan koi


sekor dh besar...ada ke orang minat nk beli??




ok... hujan dh berhenti...aku pun nk berhenti ler kejap...hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...