Khamis, 9 Disember 2010

Kek Coklat Telo Sebijik

Salam semua. Kek coklat ni aku buat pagi semalam, untuk dihidangkan pada kawan2 yang datang ke rumah. Jangan mintak lagi yer..udah finisto.. heheh... so entri hari ini saja nk kongsi dengan kawan2 kek coklat yang best, hanya guna sebijik telo jer..emm...macam tak percaya kan..selalu tu orang buat kek, paling sikit, 4 bijik telur digunakan.

Mula2 mcam tak percaya jer.. tp tawakal jer la...terus buat..Hasilnya..mmg lembut, moist dan sedap. Tak percaya lagik? korang buat laaa sendiri.....


KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Kak Ummi Kuantan , diambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Time kasih pada Kak Ummi dan Kak Liza kerana sudi berkongsi resipi

Bahan A:-
• 1 cawab susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil 
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.


Aku mmg suka buat kek, tapi takut nk guna telor yang banyak, yelah,kalo tak jadi, rugi jer telo tu..baik bagi anak2 makan (telur dadar dll) so..aku mmg suka kumpul koleksi kek dengan telo sebijik dua ni...Dan kek coklat ni dh masuk dalam list Kek Coklat Best !!!

3 ulasan:

Ummi berkata...

Salam Noorma...waaaah dah siap kek eh...mmg sedap, moist gitu kan kek Kak Liza nih...senang pulak nak buat, xyah kuarkan mixer segala..hehee...

mar berkata...

oo ade gak bole guna tlr skit ek...biasa buat 3 biji..tq

ibundo berkata...

salam.. mak ai.. meleleh air lio masuk sini. Boleh copy ke some of the resepi yang akak nak terai.. tk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...