Jumaat, 17 Disember 2010

Roti John Sardin

Salam... inilah minum petang hari ini. Penat, letih...baru balik dr bercuti. Cadang nk beli jer untuk minum petang, tp malas dah nak keluar.


Buat cara paling senang. Orang buta pun boleh buat..hehehe.... hancurkan sardin, masukkan ke dalam mangkuk. Kalo suka tambah sikit kuah sardin. Pecahkan 2 bijik telur. Campak masuk bawang merah yang dipotong dadu. Tambah serbuk Secukup Rasa Megi. Letak garam sikit. Pas tu pukul sikit semua bahan2 tu. Dah siap... Buat macam telur dadar. Pastu tangkupkan roti sosej yang dibelah . Bila dh masak, angkat dan pancutkan sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Siap...leh makan..
Ni versi takde sayur hiasan, coz anak2 tak suka sayur...lagipun sayur memang tarak !!!! hehehe



Ok..... sampai sini dulu. Nk kemas rumah plak...sib baik esok lusa Jebat aku cuti. So dapat la menolong sikit... tp banyak lagi plan berjalan..nk ke rumah sedara mara...alahai....

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...