Isnin, 20 Disember 2010

Kuih Bom Keledek

Salam....Akhirnya... kembali pada rutin biasa. Semua benda dah settle. Dah pegi bercuti, bonus dah dapat, persiapan sekolah anak2 pun dh beres. Skang boleh rilex dah.
Breakfast pagi ni, buatkan kuih bom keledek.


Aku tak reti buat kuih bom versi tepung pulut tu. Takut meletop ko.Cian plak kat badan aku ni, kalo kena minyak panas kang..hehehe..

Bahan-bahannya:)
80 gm keledek rebus dan lenyek halus
120 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
35 gm gula halus
secubit garam
100 ml air
bijan secukupnya
inti kelapa secukupnya

Cara-caranya:)
Campur semua bahan-bahan diatas kecuali bijan dan inti kelapa dan gaul sampai sebati.Bahagikan kepada 12 bebola kecil.Isikan inti kelapa dan bentukkan bulat.Golekkan dengan bijan.Goreng dengan api yang sederhana panas agar kuih bom masak dengan sekata.


Meh la breakfast sama-sama :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...