Rabu, 27 Mac 2013

Kacang Phool dan Roti Perancis

Salam..
Kebelakangan ni, internet dan talian telefon asyik takde jer, dah lima kali komplen kat TM, tapi sekejap diaorang repair, pastu rosak balik... harap2 lepas ni takde la masalah lagi. Kalo tidak, mmg terminate jer line TM ni

Ok...hari ni meh breakfast dengan kacang phool dan roti perancis. Pertama kali mencuba. Projek nk buat ni banyak kali jugak tertangguh sbb big boss ajak berjalan sana sini. So, terpaksa la masuk balik sume barang2 dalam peti es.


Ermmm... nyum, nyum.sedap !! big boss pun cakap sedap.. 

KACANG POOL 

Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku


Bahan-bahan
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa



Bahan Dimakan Bersama 
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis 

Roti perancis yang disapu dengan garlic butter kemudian dibakar


Jemput makan !!!

Ahad, 24 Mac 2013

Carrot Cake

Salam...
Hari ini CK tayang carrot cake plak yer.. kebetulan ada tempahan carrot cake, dan CK buat la lebih utk kaum kerabat di rumah dia (asyik cium bau kek jer, sure tension diorang tu...hahaha) Hari ni takde mood nk deco, so tabur jer apa yang patut untuk menaikkan seri wajah..hahaha.... 


Bahan-bahan
(Ayak semua bersama-sama dan ketepikan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam

(Pukul dengan whisk)
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran
2 ¾ cawan lobak merak diparut
1 cawan kelapa kering
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 




Cara-cara 
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering.
 (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

 Aising cream cheese 
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak

Cara –cara 
1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
2. Ratakan aising ke atas kek.


Untuk customer tu, keknya tinggi sikit, dan utk makan2 family, sengaja Ck buat keknya rendah.. kalo dipotong empat segi cantik jer rupanya. (tp ni bukan potong empat segi pun :p  ) 

Keputusan juri: Keknya lembut dan sedap, terasa cheese nya... ermmm...bodek ke? hahaha

Rabu, 20 Mac 2013

PROMOSI RUMPAI LAUT GRED AAA

Cepat ! Cepat... stok baru sampai dari Sampoerna. Kini ada promosi sikit.




RUMPAI LAUT UNGU (gred AAA)



100gm = rm7.00 (postage rm6.00)



200gm=rm 20 (free postage)



1 kg= rm75.00 (free postage)


** promosi bergantung kepada stok yang tinggal. Tp inilah harga yang CK letak. Orang lain CK tak tau..




Sapa nak bleh order yer... tel/sms di no ni 017-3617857.  Sblm tu bagi la salam dan nama yer... bgtau brapa banyak nak, dah setuju, boleh  bank in. Kalau CK lambat reply (almaklum lah kan.. tempahan semepena cuti sekolah ni agak banyak),  boleh pm jer kat FB. Boleh klik sini . Insyaalah..  CK akan cuba penuhi permintaan pelanggan secepat mungkin. 

Kalo delivery, sekitar puncak jalil, kinrara, taman equine, desaminium, LP dan Kota Perdana adalah percuma. Puchong, Serdang dikenakan rm5.00 dan tempat2 lain rm10 utk caj petrol.... kalo nak murah/jimat, meh la ambik kat Taman Puncak Jalil yer... 

OK... Terima kasih

(pada pelanggan yang dah order, esok pagi CK akan pos, harap bersabar...dalam 2 hari, dapat lah rumpai laut ni yer ) 

Ahad, 17 Mac 2013

Kek Pandan utk Birthday Rayyan

Salam...

Ni kisah hari Khamis lepas, anak bongsu CK, dak Rayyan dah genap 3 tahun. Kecoh suruh buat kek, selagi tak buat, kejap2 datang dapur tanya kek dia dah buat ke blom? dan terpaksa la buat utk dia (kecik jer.. cukup utk kami sekeluarga)


Abaikan edible image yg crack tu. Ni gara2 dak Rayyan laa...geram tgk image tu, dipegangnya...last2 terkoyak...adoiii...jenuh la plak alter balik...cantum dengan white choc...

Nama kek ni Pandan White Choc Sponge Kek.. kiranya kek pandan la yer... dengan coklat putih. Dan banyak kali CK buat kek ni utk jualan, tp tuk makan2 sendiri TAK PERNAH... hahaha....kejam kan !!! 


Nk potong kek pun ada adegan yg tidak diduga..tu pasal la jadi senget sikit potongannya tu...adoiiii... bekas fresh cream yg dah siap dipukul tergolek atas meja...gara2 si Rayyan nk cedok sikit (nk rasa la konon)... uish...penuh tragis nk membuat kek dia ni..  biasanya kalo CK buat tempahan kek orang lain, dia takde la plak nk menyibuk. Kali ni plak terlebih excited

Makan2 anak beranak jer... ye la, hari Khamis kan..tunggu abang dah kakak balik sekolah dulu...lepas maghrib jer (ermmm...habis drama kat tv) terus ler potong kek tu... ni pun setelah jenuh CK sorok kek tu kat peti es tingkat atas. Kalo tak, sure kek tu dh cacat

Degil...orang lain yg tolong potongkan kek pun tak bagi...ermmm... ambik ko...makan ler sepuas ati. Aduhai anakku Ahmad Zharif Rayyan.

Happy Birthday Ayet Ayen (bahasa pelat Rayyan membahasakan dirinya) Semoga menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati mama dan papa !! 
{ terlebih manja dia ni sebenarnya, degil dan nak dengar cakap dia jer... geram betul dengan kerenah dia tiap2 hari... demand lebih plak tu... hahaha } 


"Mama, birthday Abi nanti, buatkan kek gambar kereta plak yer," request abang Irfan. Adoiii nak... kek kereta? ermmm...nanti la mama fikirkan !! 




Khamis, 14 Mac 2013

Lopes Sagu Ubi Kayu

Salam

Jom minum petang dengan juadah ni. Errr...sebenarnya nk buat lopes ubi kayu jer, tp ubi kayu yg tinggal cuma 2 ketui cenonet, alamak... keinginan utk makan dah tak terbendung lagi (tinggal air liur jer belum meleleh) ...so dengan kreatifnya CK campur la sagu mata ikan sikit (utk banyakkan) Kali ini buat perisa pandan plak sbb CK suka bau harum daun pandan tu dalam kuih... dan akhirnya...jadilah Lopes Sagu Ubi Kayu




Bahan-bahan
1 tongkol ubi kayu- disagat dan diperah airnya, air dimendap sekejap, kemudian ambil sagunya
1/2 cawan sagu mata ikan (direndam sekejap)
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
air daun pandan
pewarna hijau

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai masak /berkilat.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.



Nk membuatnya sekejap saja, tp ambik tempoh lama baru dapat makan gara2 sikap malas yg menebal dalam diri...adoiiii... bila la nk kembali rajin. Si Rayyan asyik request karipap jer... Tp mama dia buat derk jer...


Jemput minum petang !!!



Jumaat, 8 Mac 2013

Kuih Lapis

Salam...apa khabar
Mari minum petang dengan kuih lapis. Nk buat pun senang, cuma perlukan kesabaran jer nk kukus tu...takpe, sambil kukus, boleh stim muka...wakahkahkah....


Resipi yg biasa CK guna sejak bertahun2 lalu. Pernah jugak cuba resipi lain, tp tak mendapat kelulusan cemerlang juri. CK selalunya guna tiga warna sj, iaitu merah, hijau dan kuning. Kalo kalerful begini, anak2 lebih suka makan. 


abaikan permukaan bulan tu :p
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik esen rose
pewarna yg disukai
4 cawan air



Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu dan tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender dan isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning dan satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning dan kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

*** PESANAN PENAJA (kalau nk permukaan yg licin dah halus, balut penutup pengukus dengan kain. Ni versi makan2 keluarga, so CK tak bungkus laa...tu yg nampak lubang2 tu )

COPY RESIPI DI SINI YER adik2, kakak2, ibu2.... hehehe...



Resipi ini jugalah CK buat jualan. Jangan ragu2 nk cuba... sapa yg tak suka manis, boleh kurangkan jumlah gula dari sukatan di atas. Tapi CK ni jenis semut merah, suka manis2... hahaha..... 

OK...sampai sini dulu. Jemput minum petang dengan kuih lapis ni yer :p 




Khamis, 7 Mac 2013

Kerabu Rumpai Laut

Salam

Sekarang tengah hot rumpai laut kan. Semua sibuk nk makan rumpai laut untuk kecantikan. Dan... hari ini, Ck tayang satu menu berasaskan rumpai laut. Sedap dan penuh khasiat


 Ni kerabu kacang botol+ulam raja+taugeh..  Macam biasa, kalau buat kerabu kat rumah ni, hanya CK sorang jer la yang makan.

Bahan-bahan
30gm rumpai laut- direndam semalaman hingga kembang
3 bj kacang botol-dipotong serong
sedikit taugeh- dicelur
sedikit ulam raja- dipotong halus
2 bj bawang besar- dihiris halus
sedikit bunga kantan- dihiris halus
2 bj limau kasturi-diambil airnya
kelapa parut-disangai hingga perang
garam, perasa

Bahan tumbuk
1 bj cili merah
2 bj cili padi * boleh lebihkan kalau suka pedas
sedikit belacan
1 ulas kecil bawang putih

Cara-cara
Rumpai laut dipotong kecil dan dicelur sebentar dengan air panas. Jangan lama sangat, nanti rumpai laut hancur (air rebusan rumpai laut tadi, boleh digunakan utk minum, campur la sirap/jus oren)
Dalam bekas, satukan semua bahan. Sesuaikan rasa masin, masam dan pedasnya. Akhir sekali tabur kelapa parut yang disangai. SIAP

  CK ratah macam tu jer.. 

Boleh pelbagaikan kerabu ni, samada nk guna timun, pegaga, kacang panjang atau apa saja ulam-ulaman yang anda suka. Yang penting, kreatif.

Ni CK buat dadih berperisa strawberi ari tuh. Ingat nk bagi anak2 makan, tp diorang tak pandang pun....


Stok rumpai laut yang tinggal. Minggu ni jer dah jual lebih 10kg. Aduhh...permintaan tinggi, sedangkan stok dah tak banyak. Almaklum la...krisis di Sempoerna. Sib baik la supplier CK tu pilot. So stok boleh dapat dengan cepat. 

Ok...sampai sini dulu. Sapa nk order, cepat sikit yer...sampai ujung minggu ni jer....sbb supplier CK tu nk kena dihantar bertugas di Sabah. Lambat sikit baliknya nanti. 

RUMPAI LAUT AAA (ungu)
100gm =rm10 +rm5 postage
1kg =rm80 (free postage)
2kg=rm150 (free postage)

boleh call/sms utk order 017 3617857 . Bagi salam, bagi nama dan bgtau dari mana yer...jangan main terjah jer  :) 

CEPAT...nikmati kebaikan rumpai laut Sampoerna ni !! 

Rabu, 6 Mac 2013

Lontong

Salam dan selamat pagi

Hari ni breakfast lontong plak. Jarang2 dapat buat juadah ni, almaklum laaa... pengikut2 M bermaharajalela dalam badan dan fikiran ni
Tapi hari ni, bila ke meja makan, semua cakap "Waaaaa...macam RAYA lah !! " ermmmm... diorang dah set dalam otak, time raya jer baru dapat makan mende2 gini...hahaha


Kebetulan malam tadi ada kenduri tahlil dan doa selamat kat rumah anak buah CK di Klang (sempena nk berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah)  so banyak la lebihan nasi impit. Inilah yang terhasil lontong ni, kalau idak, sure kena tunggu raya..hahaha


LONTONG
Bahan :
1 biji kelapa parut - 4 cawan santan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas  - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris halus
3 ulas bawang putih - di hiris
Sedikit serbuk kunyit
1 sdb udang kering/ikan bilis tumbuk kasar
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

BAHAN SAYURAN :-)
Suku biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang
1 batang lobak merah
8 tangkai kacang panjang
2 keping tauhu - dipotong  dadu
Segengam so hoon - rendam
2 keping fucuk- rendam
2 keping tempe - dipotongdadu

Bahan utama:-
Nasi impit
Sambal tumis
Serunding daging
Kuah kacang/satay

Cara
Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan yg dihiris bila wangi masukan serai serta udang kering/ikan bilis
Masukan santan kacau dgn api kecil bila dah agak nak mendidih...masukan sayur-sayuran semua
Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa...jagan masak sampai sayur lembik...
Dah siap boleh lah di sajikan sama telur, sambal tumis, serunding kelapa



Ok...jemput makan !!!

Isnin, 4 Mac 2013

Strawberry Muffin

Salam...
ermmm...CK mmg suka buat muffin, especially time sekolah ni, senang anak2 boleh bawak bekal ke sekolah. Cepat, mudah dan sedap. Kali ini, buat muffin guna frozen strawberry plak.



Bahan A
2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
** ayak semua bahan2 ini sebanyak 3 kali 

Bahan B

1 cwn strawberry (boleh guna yg segar/frozen)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul 

Strawberry emulco,strawberry essence

Cara-cara
- panaskan oven 220' C.

- kisar bahan B sampai halus/gula hancur
- campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
- gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
- masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan sedia dihidang.


Nk copy resipi, sila klik sini yer 



Selain strawberry, boleh juga guna buah bluberry, mangga, jagung, epal, dan buah2 yg dirasakan sesuai. Yang ini, CK masukkan strawbery filling kat tengah2 nya. 






Jumaat, 1 Mac 2013

Burger jer malam ni

Salam... 

Meh jamu mata dengan dinner CK dan keluarga malam ni. Malas nk masak, dan malas jugak nk keluar membeli di pasar malam mahupun kedai. Tekak tingin nk makan burger, jadi buat lah sendiri mengikut sesedap rasa... hahaha 


 NI burger 2 tingkat, utk my Jebat. Kalau buat selapis jer, takut dia tak puas makan/tak kenyang...nah..ambik ko !! haha

Sarat dengan sayur, cheese, telur, kepingan daging ayam, mayonis, dan segala jenis sos... ermmm...mmg kenyang lah...


Jemput makan !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...