Jumaat, 27 Februari 2009

Aneka Muffin

Dh lama tak buat mufin ni. Hari ni along g sekolah lambat. Memang dh plan dari semalam, hari ni nk buat muffin. Cedok dr blog Diana, tp aku alter sikit, letak ovallet, kasi lembut dan gebu. Sebab anak2 aku ni, tak brapa suka muffin yg keras dan merekah tu. Diorang suka yg macam cupcake tu. Macam2 hal anak2 aku ni


Ni dalamnya inti coklat. Bila masak, coklatnya cair jer..emmm...yg ni habis dulu

Ni plak, inti blueberry

Ni aku letak ceddar cheese

Ni takde inti. Adunan yg last. Aku gaulkan sekali dengan coklat cip.



Resepi, kopipes dr blog Diana. Senang jer nk membuatnya, takyah guna mixer pun.

Bahan-bahannya
~2 cawan tepung gandum
~3 sudu teh baking powder
~½ sudu teh garam
~¾ cawan gula
~1 biji telur
~1 cawan susu segar
~1 sudu kecil esen vanilla (ni aku tambah, utk hilangkan bau hanyir telur)
~1 sudu kecil ovalet (ni pun aku tambah, utk bagi gebu dan lembut)
~¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:-
Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar.
Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang.
Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang.
Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan


Khamis, 26 Februari 2009

Cucur Kacang Hijau @ Kuih Kasturi

Ni kuih paberet my laling. Nk membuatnya agak leceh ler sikit, yelah kacang hijau tu kena rebus dulu, kemudian barulah campur dengan bahan lain dan goreng. Kan dua kerja tu. Kalau wat bubur kacang jer senang ler sikit. Lebur jer


Ni kuih zaman kanak2 aku ler jugak. Selalu beli kat kantin sekolah.
Bahan-bahan
>1 mangkuk kacang hijau yg sudah direbus sampai empuk
>2 sudu tepung gandum
>3 sudu kelapa parut
>2 sudu gula (kalo suka manis, leh letak lebih)
>garam-secubit jer

Adunan butter
>tepung beras
>air kapur

Cara-cara
1.Tepung beras dan kapur dicampur seperti membuat butter untuk pisang goreng. Bila dh siap, ketepikan.
2.Dalam satu bekas, masukkan kacang hikau, tepung gandum, kelapa parut gula dan garam. Gaul rata.
3.Ambik sedikit adunan dan bentukkan menjadi leper.
4.Celup dalam adunan tepung tadi.
5.Goreng hingga kekuningan.



Ayam Masak Kicap

Ni lauk untuk anak-anakku hari ini. Ayam Masak Kicap ni memang peeret diorang. Asal makan jer mesti mintak lauk ayam. mesti nk tuang kicap. Dan hari ni all in one. Dalam tu sume ada, ayam,kicap dan kentang. Bantai ler anak2, janji kenyang. Malam nanti kita makan benda lain plak yer.. ataupun g umah nenek..tgk mood papa korang dulu.

Resepi yg ringkas, tak pedas, khas untuk budak2

Bahan-bahan
>ayam-dipotong kecil, dibersihkan, lumur kunyit dan garam, dan goreng hingga masak
>bawang putih-dihiris
>bawang merah-dihiris
>halia-dihiris
>cili besar-dipotong serong jer
>kicap secukupnya
>kentang-digoreng dulu
>garam, dan perisa

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan cili merah, goreng lagi.
2.Kemudian, masukkan kicap, diikuti dengan ayam dan kentang. Tambah air jika suka kuah banyak.
3.Kalo kurang masin, tambah garam, dan letak serbuk perasa
4.Kacau dan bolehlah diangkat...


Senang jer kan, dh nama pun resepi budak2, tp mak dan bapak budak pun leh makan


Cinnamon Roll

First time buat cinnamon roll ni. Selama ni asyik tengok kat blog orang jer..kemain lawa lagi, so aku pun teringin nk makan.

Yang ni aku buat takde sos nyer.. makan mcm tu jer...



Resepinyer..tunggu!!! ada hal nk buat jap



Rabu, 25 Februari 2009

Kuih Bom Keledek

Minum petang hari ini. Seingat aku la, aku makan kuih ni masa zaman bujang aku kat kampung, masa tu mak aku yg buatkan. Emmm...dh berbelas tahun rupanya. Kalo aku, biasanya buat kuih bom jer, yg daripada tepung pulut tu. Versi keledek ni lom pernah lagi.

Asalnya tak plan pun nk buat kuih ni. Lepas rebus dan lecek keledek, ingat nk buat cek mek molek, tp leceh la nk isi gula, kang masa goreng gula tu keluar la plak... nk buat kuih keria, kang malas plak nk salutkan gula tu. Aku ni sumenyer malas, makan jer yg rajin... he,he,he.... Akhir skali, teringat plak ada inti kelapa+durian dalam esbox. Aku letak kat tempat freezer, tp dia tak pernah beku.. ganjil ler plak. Dan akhirnya terhasillah kuih ni.

Kalo kat kampung dulu, mak aku buat kuih ni untuk jual kat kedai depan rumah. Selain kuih ni, ada jugak kuih bingka, ketayap dan nasi lemak. Resepinyer? jap lagi ek.. nk tengok Spa Q dulu. Jom minum!!


Menu hari ini

Menu hari ini. Sambal tumis telur puyuh, paru goreng kunyit, bendi goreng telur dan sambal belacan mangga. Tapi macam biasa, masak sorang-sorang dan makan sorang-sorang. Hubby balik petang, outstation ke Bentong Pahang. Kalo dh outstation tu, memang balik petanglah jawabnyer....

Sambal belacan mangga ni lama dh nk buat, tp tunggu stok mangga sampai kat pasar borong tu dulu....eemm..sedap, makan dengan ulam pucuk ubi dan pucuk paku... kalo tak pun, dengan ulam pucuk mengkudu segar pun best jugak. Lemak2 pahit jer rasanya. Yang penting, awet muda.


Selasa, 24 Februari 2009

Cekodok Pisang

Huh...tak tahan tengok cekodok makyung Hana yang bulat dan comel lotey tu. Masih ada pisang nk nk dekat expired dalam esbox tu.. hah, pisang letak dalam esbox, gila aper si Noorma ni? sebenornya kalo letak kat luar, lagi ler cepat mengecut (jahanamnyer) so lebih selamat masuk dalam esbox jer..lantak ler dia nk lebam, tp isi masih elok..ha,ha.ha....

Resepi kali ni, ikut style mak aku, letak sikit kelapa parut. Yang lain2 tu sama jer, tepung dan gula... dan bahan asasnya tentulah PISANG

Yang cekodok cucuk lidi tu khas untuk Irfan.....

Kat sini hujan plak petang ni. Kenalah makan cekodok pisang ngan air kopi. Nk tengok tv takleh plak (astro ni time ujan jer,,mulalah "Service currently not available".... so ko mengadap muka aku, aku mengadap muka ko...


Nasi Ayam

Ni menu untuk lunch hari ni, dan kira sama ler dengan malam... mana taknyer time lunch hanya aku dengan Irfan jer yang ada kat umah ni. Si Irfan plak, selagi papa dia tak balik, dia tak nk makan nasi. Tapi membedal segala roti, donut, kek dll stok makanan yg ada kat dapur tu....

Kalo buat nasi ayam, aku suka ayamnya yang dibakar, dan cicah plak ngan air asam. Asalnya, aku makan kat satu gerai di pekan askar kat sungai besi tu. Dia jual nasi ayam bakar. Gerainya memang penuh la... Selain nasi ayam, ada jugak nasi daging bakar. Pas tu cicah dengan air asam..huh..memang best...

Dapat dari idea tulah, asal buat nasi ayam jer, aku mesti bakar ayamnya, pas tu buat air asam. Ni kira Nasi Ayam Orang Melayu lah katakan....

Resepi ayam kali ni ambik dr resepi Hana, asalnya Ikan Goreng Berempah, tapi aku cuba plak kat ayam. Pas tu bako... eemm...resepi cuba2 ni memang sedap...


Sos cili dan kicap pun buat jugak...eh..takde gambo kat sini ek..tak sempat nk enterframe...


Bun Sosej

Breakfast ari ni. Bun sosej. Ni sebenarnya resepi main-main. Adunan dari roti nasi, pas tu letak plak telur, bread softner dan bread improver... ha,ha,ha... hasilnya lembut sangat, mcm bun kat bakery tuh... hubby pun puji.

Tengoklah, roti tu punya gebu sampai dh merekah. Macam increadible hulk plak... ha,ha,ha.... Apapun, anak2 mama sume berebut makan. Atas tu aku tabur dengan cheese dan bijan.

Disebabkan ni roti 'main-main' , aku guna tepung gandum jer. Sayang plak nk guna tepung roti. Kalo tak menjadi tak ler terkilan sangat. Tapi hasilnya cukup puas hati. Rotinya lembut dan gebu... yeehaaa!!! he,he,he...lepas ni experiment roti lain plak...


Isnin, 23 Februari 2009

Laksa

Hari ni masak laksa plak, request dr Hang Jebat ku itu. Dh lama dia mintak, tapi aku buat derk jer... semalam g pasar borong, beli ler ikan kembung dan bunga kantan. Hari ni leh ler buat laksa.
Resepinya? Ada dalam kabinet tu..selongkar lah yer

Nampak tak telur rebus yang berwarna coklat tu? Itu ler telur pindang. Dapat masa g kenduri kahwin semalam. Telur pindang ni terkenal kat Johor. Masa kahwin Mawi&Ekin ari tuh pun telur pindang ni lah dijadikan buah tangan tetamu.

Ni first time aku makan telur pindang ni.. Kulit luarnya nampak lawa jer, warna coklat kemerah-merahan. Nk membuatnya memakan masa 2 hari, dengan segala jenis daun2 wangi dan kulit bawang..Fuh...takde lah aku nk membuatnyer... ni dh dapat rasa pun kira ok lah tu...

Laksa untuk menjamu mak mertua ku yg datang membuat 'spot check' kat umah ni... Bukan spotcheck rumah bersih ke idak, tp 'spotcheck' perabut baru yg yang ada dalam umah ni. Pas tu bandingkan dengan sedara2 lain. Sapa punya lagi mahal dan lawa.. itulah kisah mak mertua ku!! tapi aku dh biasa.. Ikutkan jer lah






Ahad, 22 Februari 2009

Cekodok ubi kayu@ Isabella

Ni minum petang hari ni. Ada yang panggil ubi kayu ketuk, tp kalo kat area cheras ni, diaorang panggil ni kuih Isabella (mak mertua aku ler yg cakap) ..tp aku panggil cekodok ubi kayu jer...

bahan-bahan
>ubi kayu-direbus hingga empuk dan dilenyek sedikit
>kelapa parut
>gula
>secubit garam
>tepung beras
>air kapur

Cara-cara
1.Ubi kayu yg dilennyek tadi, digaul dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Ambil sedikit dan kepal-kepal jadi bentuk bola
2.Bancuh tepung beras dengan sedikit air dan garam. Boleh tambah air kapur (sama macam nk buat butter untuk pisang goreng)
3.Panaskan minyak dalam kuali.
4.Ambil sebiji bola tadi, dan celup ke dalam tepung. Goreng hingga keperangan, dan bolehlah diangkat....

Roti Kerca

Akhirnya berjaya jugak buat roti kerca ni. Ari tuh buat dia tak brapa nk jadi. Gulungnya pun tak nampak. Dh macam gumpalan lempeng yg tak jadi jer.. takpe..hari ni cuba lagi..yesss...menjadi....

Inilah breakfast kami sekeluarga hari ini. Cicah dengan sambal sardin... sebenarnya breakfast ni request dari Hang Jebat ku itu. Kalo dia cuti jer, mesti nk breakfast dengan benda paberet dia = lempeng cicah sambal sardin.


Resepinyer? klik sini yer terus jer ke dapur kak Ummi yg teror masak tu...

Sabtu, 21 Februari 2009

Masak Lemak Daging Salai+Bacang Muda

Pernah makan tak lauk cenggini? Ni masak tradisional negeri sembilan. Mak mertua aku yg perkenalkan. Kalo kenduri mesti buat lauk ni, dan lauk ni jugaklah yg habis dulu. Kalau ada lebih, mesti sedara tapau.
Pada sesiapa yg selalu buat dengan rebung atau mangga muda, cuba buat dengan bacang plak. Lagi ummph... terangkat ko!!



Bahan-bahan
>daging-dibersihkan, dilumur garam kunyit dan dibakar.
>buah bacang muda-dikupas kulit dan dipotong kiub
>cili padi kampung secukupnya
>kunyit hidup
>santan cair
>santan pekat
>garam, perasa

Cara-cara
1.Daging yang dibakar tadi, dihiris halus dan diketepikan.
2.Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan garam hingga lumat.
3.Masukkan bahan yg ditumbuk tadi ke dalam periuk, bersama sedikit santan cair
4.Rebus seketika bahan tadi.
5.Masukkan daging dan bacang muda. Tambah lagi sedikit air, biar hingga mendidih.
6.Masukkan santan pekat.Tambah banyak mana kuah yg dikehendaki.Ada orang suka masak lemak yg pekat, dan ada yg suka jenis cair..so, terpulang ler...
7.Kalo kurang garam, tambahkan garam dan masukkan perasa.
Siap,,,selamat menjamu selera. Lebih sedap dimakan bersama ikan masin atau ikan pekasam, sambal belacan, ulam2...


Jumaat, 20 Februari 2009

Our Dinner

Ni lauk2 untuk dinner...errppp...baru jer habis makan.. alhamdulillah..kenyang... Disebabkan tak masak tengahari tadi, so malam ni masak yg ringkas jer lah.

Ni lala rebus. resepi paling sempoi. Didihkan air, ketuk serai, hiris bawang merah, bawang putih dan halia dan masukkan dalam air. Biar mendidih sekejap, dan masukkan lala yg dicuci bersih... perasakan garam dan aji. Kacau dan angkat. Senang kan...Kuah ni plak boleh dihirup..manis jer... tp aku takleh makan banyak sangat benda ni..takut alergik, kang naya jer kena inject kat klinik...

Daging masak merah. Lauk sampingan kegemaran anak-anakku. Kat umah ni, sebulan 3 botol sos tomato digunakan, semata2 nk buat lauk2 seumpama ini.

Kangkung Goreng Belacan- beli kangkung ni kat Giant, murah, seikat rm0.30, cadang nk buat rojak bandung..tp malas lah plak..so goreng jer lah...


Omalet Telur+Tauhu - kat umah ni anak2 memang tak makan tauhu, tp bila dh dimasukkan dalam telur dadar ni, sorang pun tak tahu...picitkan sikit sos tomato..habis licin kami makan.....


Laici Kang

Hari ni panas betul...tak jadi plak nk ujan..sbb tu panas sangat kot... dan time panas2 mcam ni, minum minuman sejuk memang best...dan aku buat ler laici kang ni...



Ni plak eskrem untuk irfan... banana split...



Ni plak jus jambu batu. Aku memang suka minum jus buah-buahan. Tiap hari mesti minum. Ni kira minuman wajib lah, selain jus epal










Roti Marble

Akhirnya...masuk jugak Roti Marble ni kat dapur aku. Memang ketinggalan betul aku ni..orang lain dh lama dh buat roti ni...tgk jer kat laporan di MYR tu..dh berderet...aku je yg ala2 siput sedut.....

Atas roti tu, aku tabur dengan cheese... he,he.he... memandai jer.... resepi, klik sini yer

Ni kira minum petang untuk hari ni lah yer... Encik hubby balik petang, yeah,yeah..aku rilex ari ni.....


Khamis, 19 Februari 2009

Pecal

Buat pecal plak hari ni..... semalam g pasar borong lagi..sebab stok telur kat umah ni dh habis..sebulan biasanya umah aku ni pakai sampai 2 papan. Mana idaknyer, masak megi letak telur, makan makan dengan telur dadar, buat kek dan kuih pun pakai telur..pendek kata, tiap hari mesti ada jer guna telur...

Dan kebetulan pegi sana, masuklah pasar, cari sayur kampung... dan hari ni buatlah pecal ni... hari tu tengok kat umah Fiza (fiza lagi....aku ni pantang merayap umah Fiza, tengok jer mesti nk buat...) agaknya kalo Fiza cuti sebulan..,mau gila hidup aku tak tengok gambo2 dan resepi kat blog dia tu..Apapun...salute lah kat ko Fiza.. cantik..eheheheee....., pandai masak, dan pandai tulis novel.....







Pizza

Semalam fiza menayang pizza dia..hari ni aku plak..menu yg simple tp best dan sedap bagi anak-anak.

Terlupa plak nk sapu minyak zaitun kat base pizza tu. Fiza kata untuk melembabkan pizza tu..takpelah, len kali aku letak ler... Intinya, hanya guna kuah spegetti, kemudian letak ler sosej, beef bacon dan cendawan. Anak2 aku ni jenis tak makan segala jenis sayur, letak cendawan tu pun diaorang kopek dan letak tepi...

Rabu, 18 Februari 2009

Sambal Sotong

Dh lama tak buat sambal sotong ni. Selalu tu kalo beli sotong, asyik buat sup jer..yelah budak2 ni suka makan sup..tapi kali ni, buat sambal plak..pekat2 sikit kuah dia..eemm...kalo makan dengan nasi lemak lagi best ni...



Bahan-bahan
>sotong-dibersihkan, dikeringkan air dan dipotong pendek
>bawang merah-ditumbuk dengan sedikit belacan
>sedikit air asam jawa
>cili kering kisar
>garam, perasa
>bawang merah yg dipotong bulat2
>minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1.Tumis bahan ditumbuk bersama dengan cili kering hingga naik bau, pecah minyak
2.Masukkan air asam jawa. Biar kering sedikit dulu.
3.Kemudian, barulah dimasukkan sotong.
4.Letak garam dan perasa secukupnya
5.Masukkan bawang yg dipotong bulat
6.Kacau dan angkat


Bihun Goreng

Ni breakfast kami hari ini...bihun goreng..kali ni buat warna putih plak..kalo kali aku bihun warna putih ni dia tak brapa suka...katanya pucat jer..takde selera nk makan...aku dan anak2 plak suka mcm ni, ringkas jer....

Sebenarnya nk masak bihun ni senang jer..aku cuma bancuhkan Perencah Bihun Sup Adabi dengan air, dan kemudian tumis... (baca kata arahan di plastik tu untuk keterangan lebih lanjut) Memanglah asalnya bihun sup, tapi aku suka buat style kering..senang dan sedap....


Untuk snek anak2 dengan tv, dan terlanjur masuk dapur, aku gorenglah Potato Wedges ni..Resepi yg mudah, dari Noorsha-MYR ler.... dh selalu buat, senang jer..aku rebus kentang dalam 10 biji kemudian simpan dalam esbox, masa nk goreng, baru belah dan letak bahan 2 lain..senang jer tu....... lepas dh masak, susun dalam pinggan kemudian pancutkan dengan mayonis dan thousand island sos....emmm..yummy!! resepinyer...klik sini yer





Selasa, 17 Februari 2009

Sizzling Mee

Hari ni tak masak, aku sibuk menjahit tudung untuk Along, sibuk benar nk tudung ala 'ekin' nk pakai g mengaji..Tengah sibuk menjahit, terdengar bunyi moto..alamak, Hang Jebat dh balik daaa....nasi tak masak lagi....

Nasib baik plak mood dia ok..ajak g makan kat McDonnal, sebab aku sibuk benar nk makan lunch set yg baru tu...dh terlanjur keluar boleh lah beli barang umah jugak...

Lepas makan kat McD, baru pegi tesco...pas tu plak g Yen Bakery. Sedang syok aku tengah pilih tepung, tengok pastri margerin, telefon berbunyi..tengok kat skrin telefon, nombor umah aku..huh,,sah la alarm rumah aku berbunyi...apa lagi, kalo alarm rumah dh berbunyi, memang tak senang duduk lah dibuatnya..kot orang menceroboh masuk umah ker...tapi tengok kat langit, gelap semacam jer..dari jauh nampak kilat..emm...sedap sikit ati, kilat kuat..agaknya alarm rumah tu berbunyi sbb kilat kuat la tu....

Tapi hati masih berkata-kata..jawab dulu call tu, matikan alarm dan hidupkan balik...agh..lega, alarm dh tak berbunyi, maknanya sebab kilat lah tadi tu...

laki aku pun apalagi, bawak kete mcm ribut lah.....hujan plak makin lebat...ada sesetengah tempat dh banjir...alhamdulillah, kami sampai umah dengan selamat.....

Huh, bukan alarm umah aku jer yg berbunyi, hampir semua rumah yang ada alarm (yg mana tuannya tak ada dirumah), berbunyi...riuh sangat...mcm pesta alarm pulak...

Masuk umah, semua ok..bukak pintu dapur..masyaalah...pokok tebu, lengkuas dan lain2 habis tumbang..kuat sangat angin tadi..air sungai belakang pun penuh....

Itulah dia kuasa Ilahi. Hampir 2 minggu bumi KL ni kering kontang, akhirnya petang tadi...nah..amik ko..hujan lebat, ribut dan kilat...



Ni makan malam kami sekeluarga.Kali ni memang guna Yee Mee, cari jugak dekat Tesco. Memang best makan panas-panas. Cuma kali ni takde cili jeruk. Penyelesaiannya aku potong jer cili padi, then tambah kicap cair dan sedikit cuka...jadilah....

Resepinya? klik sini lah yer...mlas nk kopipes


Isnin, 16 Februari 2009

Menu ala kampung

Hari ni masak lauk-lauk kampung pulak..singgang ikan tongkol, masak lemak jantung pisang, sambal tempoyak+ulam ulam dan untuk hubby aku, sambal ikan. Selalu masak kari, sup jer,boring jugak. Takkan hari2 nk makan nasi dengan lauk ayam.

Semalam pegi pasar borong, beli ler segala macam sayur kampung, dan ikan masin. Tak beli pun ikan.

Singgang ikan tongkol ni selalu tengok kat umah farah, so hari ni search kat MYR dan dapatlah resepinyer...sedap jugak...tp sure hang jebat aku tak reti makan ni... dia kata lauk air ni lauk orang sakit jer..orang diet...


Masak lemak jantung pisang ni dh lama nk buat. Kalo kat Giant, jantung pisang ni rm2.50 sebiji, tp kat pasar borong dapat rm1.00 jer

Ulam pucuk ubi, daun selom, dan ulam jantung pisang. Makan dengan sambal ketuk tempoyak.... sorry, gambar ikan masin tak dapat nk enteframe sbb belum goreng lagi...


Lauk untuk laki aku..sambal ikan...dia tu kalo takde pedas memang tak sah.

Sekianlah menu untuk tengahari ini.... alamak, lauk untuk budak2 ni lom buat la...nk masak apa pulak untuk budak 2 ketul tu yer?




Ahad, 15 Februari 2009

Apple Puff

Boring betul la nk masak dan makan nasi..sbb takde geng nk makan (hubby kerja laaa...) Budak2 ni makan apa pun boleh..... megie pun boleh, roti pun boleh....

Sambil dok depan tenet ni, aku buat ler apple puff. Memang dh selalu buat. Kalo pegi bakery atau McD pun memang aku slalu pesan apple pie... Resepinyer? klik sini yer





Roti Sardin

Hari ni turn aku plak buat roti sardin... jeles tengok Fiza buat semalam... Semalam tak dapat nk merealisasikan impian tu sbb stok roti dh habis, malas plak nk keluar rumah, walaupun esso tu memang dekat jer ngan rumah.. malas nk kena panas, kang cair plak aku ni..he,he,he..

Breakfast kami tiga beranak pagi ni.. hubby aku biasa ler..kerja,kerja dan kerja...Roti ni lepas dicelup dengan telur, aku salut plak dengan cornflakes hancur..bagi rangup sikit..



Ni plak karipap pusing yg tak jadi...tunjuklah jugak...kang Fiza tak percaya plak... tengoklah tu..sikit layer pun takde..tepung tu dh sebati betul...memang aku salah buat..itulah, study tak habis lagi...dh pandai2 nk cari kerja partime plak...


Buat 8 bijik jer..sorang 2 bijik..udah ler..sebab karipap ni saiz XL (kes malas nk menerap dalam acuan karipap) so bantai jer lah.... sebab ada 2 variasi tepung dalam adunan kulit pastri ni, so karipap ni macam liat sikit.. laki aku tanya .."yang, kenapa karipap kali ni liat?" aku malas ler nk bgtau ni sebeno nyer karipap pusing yg tersalah buat, ...dh aku jawab "ish..makan jer lah..banyak tanya plak..orang tengah pening kepala ni!! " he,he,he... tp habis jugak dia makan....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...