Sabtu, 7 Februari 2009

Aiskrim Pulut Hitam

Kelmarin, tengok dalam Asean Food Channel, hos rancangan tu berselera betul makan aiskrim pulut hitam ni, so aku pun apa lagi, sebelum tido, rendam pulut hitam segengam (cubaan dulu, kalo sedap lepas ni buat lagi. Aku ni suka buat kerja dua kali...he,he...)
Pagi ni, bangun jer terus rebus pulut hitam tu, buat macam bubur pulut hitam biasa, cuma lebihkan gula jer, sebab nk buat aiskrim, lepas tu blender sikit, bagi sume bahan tu pekat dan sebati sikit...

Dan..akhirnya masukkan dalam plastik eskrem, dan dapatlah 6 batang ni.... dh nama pun testing jer dulu..cukup ler...
Lepas tu cepat2 masukkan dalam fridge, bagi cepat beku... sebelum budak2 tu bangun dan nampak eskrem ni..kang belum sempat beku lagi dh mintak.... lepas ni nk buat aiskrim bubur kacang hijau plak..he,he,,,takde keje cari keje...

4 corat coret:

KakChik berkata...

Tentu sedap. KakChik dah terliur ni. Lebih 17 tahun dulu keluarga KakChik ada kedai runcit, Ummi tiap-taipa hari buat aiskrim batang macam Noorma punya tu. Ada macam2 perisa. Yg bubur kacang hijau pun sedap. Sayangnya sekarang KakChik dah kurang makan benda sejuk kecuali susu segar je.
Tapi gerentinya, aiskrim Noorma tu menjadi. 6 batang tu berebut anak-beranak nanti hehehe.

Noorma berkata...

Itu ler kak chik, saya ni slalu buat 'sampel' jer..anak2 mesti berebut...
Ooo..kak chik tak ambik benda ber'ais' yer..patut lah badan maintain kecik molek jer..idak ler mcm saya ni,,cepat kembang sbb suka beno minum ais..

Siti berkata...

hmm sedapnye..dlm peti ais tu ada eskem milo je..yg ni kena bubuh santan gak ke mcm bubur tu kak

Noorma Ismail berkata...

Siti- a'ah..buat jer macam bubur pulut itam biasa tu..kalo ada lebih boleh buat eskrem.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...