Sabtu, 21 Februari 2009

Masak Lemak Daging Salai+Bacang Muda

Pernah makan tak lauk cenggini? Ni masak tradisional negeri sembilan. Mak mertua aku yg perkenalkan. Kalo kenduri mesti buat lauk ni, dan lauk ni jugaklah yg habis dulu. Kalau ada lebih, mesti sedara tapau.
Pada sesiapa yg selalu buat dengan rebung atau mangga muda, cuba buat dengan bacang plak. Lagi ummph... terangkat ko!!



Bahan-bahan
>daging-dibersihkan, dilumur garam kunyit dan dibakar.
>buah bacang muda-dikupas kulit dan dipotong kiub
>cili padi kampung secukupnya
>kunyit hidup
>santan cair
>santan pekat
>garam, perasa

Cara-cara
1.Daging yang dibakar tadi, dihiris halus dan diketepikan.
2.Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan garam hingga lumat.
3.Masukkan bahan yg ditumbuk tadi ke dalam periuk, bersama sedikit santan cair
4.Rebus seketika bahan tadi.
5.Masukkan daging dan bacang muda. Tambah lagi sedikit air, biar hingga mendidih.
6.Masukkan santan pekat.Tambah banyak mana kuah yg dikehendaki.Ada orang suka masak lemak yg pekat, dan ada yg suka jenis cair..so, terpulang ler...
7.Kalo kurang garam, tambahkan garam dan masukkan perasa.
Siap,,,selamat menjamu selera. Lebih sedap dimakan bersama ikan masin atau ikan pekasam, sambal belacan, ulam2...


7 corat coret:

anawahid berkata...

alahai sedapnyerrr.. x penah mkn la pulak versi nih.. hb penah bwk balik buah bacang nih... dia mkn cenggitu jer... pastu ader balance lg sebijik... mati kering jer dlm esbok... muhahahaha... x tau nk wat apa... kikiki

hana berkata...

uissshhh! tak pernah tak pernah! bacang pon sekali jerk seumur idup penah makan! heeeeeee....

Noorma berkata...

Ana, Hana, mesti cuba lauk ni..kalo pegi kampung2 di negeri sembilan, memang boleh jumpa lauk ni... kalo orang luar, memang pelik sikit, yelah, buah bacang muda..selalu tu gulaikan dengan mangga muda ataupun rebung...

Ultramama berkata...

Salam.Authentic sungguh masakan akak ni!Terliurnya...

Rafizah Nordin berkata...

noorma, banyak ke bacang?bak sini sebiji.tapi nak yang masak.nak wat sambal belacan, adehhhh sebut pun dah terliuq nih...hadoi!

Noorma berkata...

Ultramama - ni masakan tradisional nogori sembilan...kalo makan, mak mertua kat sebelah pun lupa...ha,ha,ha.. mak mertuaku punya peberet ni...

Fiza-bacang muda la..kat dapur tu ada sebijik lagi, nk tunggu masak jugak... nanti dh masak, kita hanto g umah yer

kak ina kl berkata...

salam...sedap memang sedap tau masak lemak daging salai ni...tak kiralah masukkan apa pun..nanti nak cuba buat lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...