Isnin, 9 Februari 2009

Umai

Pelik pulak tekak aku hari ni. Teringin nk makan umai plak...ish,ish,ish, apa kono eh jang!!Selama ni asyik tengok dalam tv jer. Hari ni aku cuba plak. Tapi guna isi ikan senangin. Bantai ler...
Keputusannya..........emm...sedaplah... tak bau hanyir ikan langsung...aku lebihkan cili dan bawang.. tak makan dengan nasi putih, sebab tak sempat, ratah jer...


Resepi dari Dayang Jack (Myresipi). Thanks Dayang, lepas ni kalo dapat ikan fresh lagi, boleh terus buat umai...

Bahan-bahan
>1 potong ikan merah saiz sederhana/besar (dibuang tulang dan kulitnya, dibersihkan dgn air limau dan dihiris nipis2)
>2 ulas bawang merah (ditumbuk)
>1 ulas bawang putih (ditumbuk)
>1 inci halia muda (ditumbuk)
>1 biji cili merah (ditumbuk)
>1/2 inci belacan (ditumbuk)
>1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
>4 biji cili padi (dihiris)
>1 labu bawang besar (dimayang)
>1 cams kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
>5-6 biji limau kasturi (diambil jusnya)
>sedikit daun sup/daun kunyit (diracik)
>sedikit cuka, garam dan gula

Cara-cara
1.Perapkan ikan dgn jus limau dan garam selama 10-20 minit.
2.Gaulkan ikan bersama bahan2 yang tlh ditumbuk sehingga sebati.
3.Masukkan cili padi, bawang besar, kacang tanah, cuka dan daun sup/kunyit dan kacau lg.
4.Perasakan dgn sedikit garam dan gula.
5.Perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam sblm dihidangkan.
***sangat sedap dimakan dgn nasi panas.

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...