Sabtu, 14 Februari 2009

Bihun Sup

Hari ni Hang Jebat ku itu balik lambat, outstation ke Tanjung Malim, shutdown plak sebelah petang...so memang comform aku tak payah masak tengahari ni.. Si along plak sekolah (sekolah ganti).... pun balik petang....he,he,he..dapat la rilex sikit hari ni....



Resepi dari Kak Ton, Myresipi ler..mana lagi. Sorry yer kak ton, kopipes jer.. malas nk tulis dan edit..

Bahan-bahan
>1/2 bungkus mihun direndam dengan air dan 1 sudu besar kunyit serbuk selama 2 atu 3 jam
>500g tulang rusuk campur 250g daging tetel direbus hingga empuk
>80g halia diketuk
>8 ulas bawang putih diketuk
>1 paket Sup bunjut sup tulang
>garam dan gula secukup rasa. Mesti lebihkan rasa masin dan manis supaya berasa bila makan ngan mihun nanti...


Bahan untuk sambal cili
>3 sudu besar cili serbuk
>2 sudu besar gula
>1 sudu besar cuka/air limau nipis
>1 sudu teh garam
>daun bwg, daun sup, bwg goreng, cili merah, limau nipis dan lobak asin (jika suka) - dihiris dan sedia untuk dihidang


Cara-cara
1.masukkan halia, bwg putih dan sup bunjut kedlm periuk rebusan tulang/daging tadi dan rebus lagi dgn api sederhana.
2.sementara itu, masukkan serbuk cili kedalam periuk dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
3.masukkan gula, garam, cuka/air limau nipis, kacau sebati dan masak menggunakan api kecil
masak dan kacau sentiasa hingga mendidih sikit, dlm 5 minit, tutup api.
4.sambal cili ini mesti ada rasa pedas, manis, masam dan masin. Kalau rasa tak cukup manis/masin/masam, tambahkan gula/garam/cuka secukup rasa.
5.toskan mihun yg telah direndam dan celurkan dgn air panas
keluarkan tulang/daging dari sup dan potong kecil2 untuk dihidangkan
6.Siap untuk dihidangkan


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...