Selasa, 3 Februari 2009

Paru Berlada

Mood masak ada plak hari ni. So buat ler paru berlada ni. Dh lama kepingin banget nk makan, tp malas nk masak. (ish, apasal cakap endon plak ni, tulah,,banyak sangat tengok citer hantu endon, kuntilanak la, pochong la..mcm2 kat Astro Box Office tu)
Selalu tu kalo beli paru, rebus dan potong nipis-nipis kemudian goreng garing. Hang Jebat aku memang suka makan macam tu. Tapi kali ni buat sambal berlada plak... takkan asyik nk ikut tekak dia jer kan....



Resepi sebenarnya dari Fiza, sebab teringin plak nk makan paru berlada yang letak jintan. Walaupun resepi Fiza tu bahan asasnya daging, tp aku alter sikit... he,he,he...sori Fiza, memandai jer aku renovate resipi ko ni...

Bahan-bahan
~300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal (aku ganti dengan paru)
~2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
~6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
~1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
~1/2 cawan kicap pekat manis
~4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
~1 sudu teh jintan manis
~2 cm belacan
~asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
~minyak untuk menumis,
~garam dan gula

Cara-cara
1.Paru di rebus hingga empuk. kemudian hiris nipis
2.perap paru tadi dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit, Kemudian, goreng hingga garing.
3.cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
4.panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan lebihan bahan perapan tadi.
5.masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan paru yang digoreng garing tadi.
6.tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

3 corat coret:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) berkata...

uih..meleleh air liur nie...

nak buat sgt tp malas..dah beli paru tp tak buat lagi..rasa dah 3 4 bulan ade usia paru dlm peti ais tu..asyik nak buat jer mesti ada bahan yg kurang..pastu sampai kesudah tak buat lagi...

nak cikit...

Noorma berkata...

Rina, betul tu, nk maak paru ni leceh sikit, kena rebus dulu, pas tu baru leh masak...sama la kes ngan paru saya, lama bertapa dalam esbox tu.... tp kan, nk senang beli jer yg dh siap masak..tp tak janji ler sedap atau tidak

Kak Noor berkata...

Nampak sedap. Nak cuba masak resepi ini hari ni. Lagipun banyak paru yang diperolehi daripada majlis korban semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...