Isnin, 26 November 2012

Strawberry Crepe & Durian Crepe

Salam...

Demam crepe tak abis lagi kan...sampaikan CK sendiri pun tengah demam akibat terlebih makan doyan.. hahaha.. penangan Musang King yang bang Jebat beli. Tak banyak pun, 3 bijik jer...tp makan 3 ulas dan berdenyut kepala.. jenuh la telan Ponstant, dan minum Eno untuk hilangkan kesan tu

Isi si musang ni masih ada 2 tupperware dalam esbox. Nk bukak peti es pun dah tak lalu dengan bau yang menyengat.. Adoiii...nampak gayanya cukup cukup sudah makan durian untuk beberapa bulan akan datang ni....sampaikan CK nk muntah time buka esbox pagi tadi.... rupanya tutup tupperware tu tak tutup rapat...patut la bau semerbak.. (padan muka kan...hantu doyan dan muak doyan..hahaha)

Dan...hari ini CK buat la crepe durian + crepe strawberri. Yang durian tu untuk habiskan cepat2 stok durian, dan yang stoberi tu dibuat atas permintaan anak sulung CK. Dia lebih suka yang ada buah stoberi.

Resipi kali ini diambil dari blog kak Ita masam manis. CK ikut semua resipinya sebijik2 tanpa derhaka...hehehe... Hasilnya.. ermm...memang sedap (crepe stoberi laa..) CK suka filling kastat tu...

TQ yer kak Ita...CK kongsi di sini pula untuk rujukan rakan2 lain.

CREPE
Bahan-bahan
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.


CARA PENYEDIAAN
Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian dan strawberi filling ~ secukupnya
Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian / strawberry filling
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin  

 Ni plak crepe durian, untuk habiskan stok durian musang king yang semerbak baunya dalam esbox tu. Sapa nk makan ek? si Irfan jer la yang suka... 

Si Musang King yang my Jebat beli. Tak banyak, 3 bijik jer...Harga mmg mahal, bijinya kecil saja.. rasanya pahit2...ermmm...CK takleh terima jenis ni. Makan dua tiga ulas dah berdenyut kepala...adoiii...Daripada tak merasa, dah beli, dah rasa. Nk ulang lagi?? tidaaakkk  !!!  Durian kampung jugak menjadi pilihan CK.. (aduhh...low profile rupanya aku ni...)

 Isi perut durian crepe. CK letak 1 ulas untuk 1 crepe.. biar diorang puas makan (errr...sapa nk makan tu??)

Ok..sampai sini dulu... adakah ini akhiran untuk crepe durian?? kita tengok yer ...hahaha....



MAAF.... saya / CKFood tidak menjual durian crepe mahupun crepe2 lain (stoberi, blueberi, manggo dll).. entah laa..walaupun CK ada resipi khas untuk orang berniaga tu, tp  tak brapa minat laa... mmg la laku, tp entah laa...mungkin sebab CK ni pen'chenta' durian kot.. 

Dah ramai customer tanyakan repe ni, tp CK tolak baik2 dengan alasan?? ermmm...takde masa la nk buat...hehehe.... 

Ahad, 25 November 2012

Apam Bee

Salam semua

Ke mana hari ni? ada yang ke MAHA di Serdang? CK biarkan dulu orang ramai bersesak2 kat MAHA hari ni..  esok baru CK pegi...merempit jer ngan Jebat naik moto...hehehe...lagi best...
Kes 2 tahun lepas, kami sefamily + adik Jebat (Eddie) berangan2 nk jalan2 kat MAHA...dah sampai, tp takde parking...huhh...frust betul...last2  terpaksa ler CK belanja dia makan steak dan  chicken chop...huhh...hampeh tol laaa....

Ok... hari ni tak masak sebenarnya... pegi Birthday Party kat area rumah ni jer...bila balik dah kenyang + tak larat, terus semua tido...hehehe...


Ok... tema birthday party hari ini ialah Lebah (Bee)... so tuan rumah pun request la  apam lebah. 
Sebenarnya renyah sikit nk buat apam bentuk binatang ni (baik ladybird ataupun lebah) Sebabnya ia mengambil masa yang lebih dari apam polkadot biasa. Tapi nk buat macam mana kan...kawan punyer pasal buat jer laaa...

Sebab tu, kalau dijual, CK mmg letak harga yang tinggi sikit dari polkadot biasa.

Selain apam, tart buah juga menjadi pilihan.


Ini jer gambar diambil pagi tadi...gambar muffin choc tak sempat nk snap. Dah kesuntukan masa. Terus start kete dan hantar (tak jauh pun, satu taman jer...selang satu blog )...
tp event start pkul 10, dan CK masih terhegeh2 lagi kat rumah pukul 9.30. Mana nk uruskan di toncet yang baru bangun tido, breakfast anak2... huhhu...  last2 hantar dulu semua barang ni kemudian baru balik rumah ambik anak2....


Khamis, 22 November 2012

Lempeng Pisang Berkeju

Salam...

Musim cuti sekolah ni, anak2 asyik nk makan jer.. huh...dah buntu nk buat kudapan untuk diaorang. Selang sehari buat muffin, dan hari ni takkan nk buat mende yang sama kot. So.. tgk dalam freezer, masih ada pisang frozen, CK buat jer la lempeng. 

Disebabkan anak2 suka cheese, CK lapiskan lempeng ni dengan mozzarell cheese di dalamnya. Masa makan, bergetah la cheese keluar. Macam pizza plak... hahaha


Rasanya semua tahu buat lempeng kan...CK letak tepung, gula, garam dan kelapa parut. Bancuh macam buat cekodok. Ditengah2nya tabur cheese dan tutup dengan lebihan lempeng... masak dalam non stik pan...setelah garing dua bahagian, bolehlah diangkat.

Dapat la sebijik besar ni... Potong 4... dan bahagikan...

CK lagi suka makan plain macam tu jer... tp anak2 ni memang banyak songeh. Request dengan coklat laa, susu pekat manis laa...macam2 kerenah


Rabu, 21 November 2012

Manggo Muffin

Salam...

Satu lagi hidangan berasaskan mangga masak belakang rumah. Bangun pagi ni nampak beberapa ekor tupai berlari2 sana sini...Ermm...sah, tak sempat nk kutip mangga masak tu...

Sambil tu sempat sound kat si tupai "makan elok2 laa...tinggal la kat aku sama, jangan makan sana sikit, sini sikit...takde orang nk makan lebih kau ! "

Hahahaa.... dengan tupai pun boleh gaduh kan ! mana taknyer, hari ni dia makan mangga saiz besar ... geram CK !!

 Resipi sama macam mapin pisang tempoh hari, tp digantikan dengan mangga masak. Mangga dihiris halus2.. boleh juga kalo nk guna puri mangga.

MuffinMangga CK

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan mangga masak- potong dadu kecil
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen mangga

Bahan D (optional)
Coklat rice/almond flakes- untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

** copy paste resipi di sini yer 

Ewahhhh... mapin naik beskal nk pegi mana tu??



OK...sampai sini dulu

Selasa, 20 November 2012

Manggo Chicken ( Ayam Masak Mangga)

Salam 

Ayam memang menjadi hidangan utama kat rumah CK ni. Dan hari ini resipi ayam dioleh bersama mangga, sebab banyak mangga masak yang gugur dari pokok belakang rumah ni. Peti es kat rumah ni pun dah penuh dengan jus mangga. Semalam dan buat muffin mangga, salad mangga dan pie mangga. Aduhh... aapa lagi yer resipi dari mangga?


Manggo Chicken (ayam masak mangga)
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- dipotong, bersihkan, lumur garam+kunyit dan goreng smpai masak
1 bj buah mangga masak - buang kulit dan potong kiub
1/4 cawan sos tomato
2 sb pes cili
garam, gula, perasa
sedikit  sayur campuran

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan hiasan/taburan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Bawang besar dipotong bulat

Cara-cara
Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis sampai cili masak
Masukkan sos tomato. Boleh tambah sedikit air. Kacau rata
Masukkan sayuran campuran, ayam goreng, garam, gula dan perasa.
Diikuti dengan mangga masak. Kacau tp jangan lama sangat, takut mangga hancur
Masukkan besar, kacau sekejap dan bolehlah diangkat

Nampak tak hirisan buah mangga tu?

Sedap makan dengan nasi minyak, tp hari ni tak sempat dah nk buat nasi minyak. Lain kali laaa


Ok....sampai sini dulu.... Nak copy resipi, silalah ke page CKFood yer. TQ


Ahad, 18 November 2012

Muffin Pisang ku

Salam...

Petang2 gini, takde mana nk pegi sbb my Jebat keje...esok baru cuti (tu pun setelah diugut ... hehehe... yeahhh...esok keputusan UPSR keluar )

Nk tido dah tak bleh (sbb masa nk lelap tadi, anak2 dok bising, lapar ler, bergaduh sesama sendiri dll)...tp bila diorang sume dah tido, CK plak tak dapat nk lelap...hampeh betul laaa...

Rodek2 kat dapur, tgk ada frozen pisang lenyek... meh kita kerjakan dia... 


 Dah pernah buat sebelum ni kat sini. Hari ni ulang jer la resipi tu sbb CK suka strukturnya yang lembut dan gebu. Takde la macam makan bingka padat... hahahaa...

 Muffin Pisang CK

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula (boleh kurangkan jika pisang dh manis)
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D (optional)
Coklat rice/almond flakes- untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

hari ni bakar dalam muffin try jer...sayang plak nk bazirkan muffin cup tu, dan nak habiskan cepat2 paper cup yang dah muak dipandang tu :p

setelah di 'operate'.. dalamnya lembut dan gebu. Sama macam makan kek pisang. 

Jom minum petang..... 


Jumaat, 16 November 2012

Maruku

Salam

Ni bukan entri untuk D Pa Bali yer... Maruku ni CK buat sempena cuti sekolah, supaya anak2 ada jajan yang hendak dikunyah masa tengok tv atau masa diorang main2...
Semalam, CK dating kejap dengan kak Sheila...hehehe...anto kulit tart kat dia. Disebabkan takde apa nk bagi kat anak2 dia, so CK pek kan maruku ni. Dapat kunyah2 dalam kete

Dan pagi ni Kak Sheila hantar mesej mintak resipi maruku ni... hehehe...sedap yer !!

CK dapat resipi ni dari sepupu Jebat, Kak Amah di Alor Gajah nun..masa tu pegi raya rumah dia dan kami dijamu dengan maruku ni. Bila rasa sedap, so my MIL pun tanya la apa resipinya. Dia pun cerita laa...masa tu CK tak salin la...cuma ingat dalam otak jer... hehehe...sib baik sampai skrg masih ingat lagi

Benda utama yang diperlukan ialah 1 pek serbuk maruku Babas. Nk guna jenama lain pun bleh, spt Gemini, dll. Time deepavali mmg banyak serbuk maruku ni. Kalau diluar musim, payah sikit nk jumpa. Ni CK beli kat Tesco jenama Babas.


CK takde sukatan yang spesifik untuk cecair (santan, air) dan juga bijian2. Ni anggaran kasar jer.. Kalau korang buat tu agak2 lah yer....jangan main hentam keromo jer ikut respi yang CK bagi ni. Kang kalo tak jadi, salahkan CK plak... tapi sukatan tepung tu betul. Kalau guna 100gm tepung maruku, tepung pulut pun kena 100gm.. Bak kata sepupu Jebat tu, 1 paket serbuk maruku+1 paket tepung pulut. So barang yang lain tu kena la pandai agak2.


Bahan-bahan
2 cawan tepung maruku Babas
2 cawan tepung pulut
2 cawan santan
1 biji telur (saiz A)
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar biji lemuju
3 sudu besar bijan putih
2 sudu besar cili serbuk (boleh jer guna cili pes)
Garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Satukan tepung dan masukkan semua bahan2 dan uli sebati. 
Biji lemuju dan bijan terpulang kepada banyak mana yang kita suka. Macam tu jugak la dengan serbuk cili. Kalau suka pedas, boleh lebihkan. 
Rasa garamnya dan kepekatan adunan. Jangan cair sangat nanti takbleh nk masuk dalam acuan. Kalau pekat sangat, payah nk tekan acuan
Boleh juga kurangkan penggunaan santan tu. Terpulang pada tekak masing2. Guna 1 cawan santan+1 cawan air pun bleh. Janji adunan boleh diuli dan tak lembik sangat. Agak2 la air nyer yer... 
Bila semua dah elok, masuk dalam acuan maruku dan goreng dalam minyak panas sampai perang/rangup.
** CK buat cara senang (malas), takde bentuk bulat2....


 

ook... sampai sini dulu.... sambil update blog, sambil makan maruku. Harap kak Sheila berpuas hati !!


Khamis, 15 November 2012

Talam Roti Lapis Coklat

Salam Maal Hijrah

Hari ni CK hidangkan kuih plak yer... inilah dia Talam Roti Lapis Coklat yang CK nampak dari rumah kak Sheila beberapa hari lepas.  Dan disebabkan ada plak roti yang dipandang sepi, baik la buat kuih ni


Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : Kak Sheila

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tepung ubi
1 sudu teh coklat emulco
Loyang

Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak


Ok... meh kita suruh juru masterchef rasa yer...sapa lagi kalo bukan chef Jebat

Jebat: apa nama kuih ni? (setelah masuk dalam mulut )...dari riaknyer macam tak sedap jer...

CK : ermmm...kalo tak sedap jangan makan...pegi depan (kat meja makan dapur)

Jebat : macam ni nk masuk masterchef, tanya sikit jer dah marah. Kalo cenggini gayanya, episod pertama lagi dah kena keluar...

HAHAHAHA....

Errmm...pada pendapat CK, kuih ni rasanya ok, cuma sukatan gulanya sebanyak 50gm tu membuatkan kuih ni menjadi sedikit tawar (bagi tekak kami sekeluarga laa...) Kalau ditambah lagi sedikit gula, mungkin akan lebih sedap.


Ok...sampai sini dulu.


Ahad, 11 November 2012

Red Velvet Cupcake

Salam hujung minggu !! cuaca cerah hari ni kan...tp CK sefamily tak pegi mana2 pun, dok rumah dan rehat sepuas-puasnyer (tido la tuuuu ) Ok...hari ni nk tayang red velvet yang CK buat tengahari tadi. Baru jer baik demam, kawan dah order. Apa nk buat kan, kawan punyer pasal, baking la sikit. Sambil tu dapat gak makan...hehehe 

2 minggu CK demam, dan terpaksa order dari kawan2 yang sama2 menjalankan bisnes kek. Dan di sini CK minta maaf pada semua pelanggan CK Food yang mana CK tak dapat buat tempahan mereka dan terpaksa order dari pihak lain. Mungkin rasa kek  tu berbeza dari CK buat. Tapi takde plak diaorang merungut. Sori yer...dah nak demam, nk buat cemmana kan !! Insyaalah, lepas ni CK takkan foward order pada mereka lagi (kiranya hasil diorang tu tak memuaskan hati / tekak CK laaaaaaaa...)

Wokeh...ni red velvet dengan cream cheese frosting. Dah lama rasanya nk makan si baldu merah ni....

For the Cupcakes:
4 tablespoons unsalted butter, at room temperature
¾ cup granulated sugar
1 egg
2½ tablespoons unsweetened cocoa powder
3 tablespoons red food coloring
½ teaspoon vanilla extract
½ cup buttermilk
1 cup + 2 tablespoons all-purpose flour
½ teaspoon salt
½ teaspoon baking soda
1½ teaspoons distilled white vinegar

For the Cream Cheese Frosting:
4 ounces butter, at room temperature
4 ounces cream cheese, at room temperature
2½ cups powdered sugar
1 tablespoon vanilla extract

 

Directions:

1. Preheat oven to 350 degrees F. Line a standard muffin/cupcake pan with liners.
2. On medium-high speed, cream the butter and sugar until light and fluffy, about 3 minutes. Turn the mixer to high and add the egg. Scrape down the bowl and beat until well incorporated.
3. In a separate small bowl, mix together the cocoa powder, vanilla extract and red food coloring to make a thick paste. Add to the batter and mix on medium speed until completely combined. You may need to stop the mixer to scrape the bottom of the bowl, making sure that all the batter gets color.
4. Reduce the mixer speed to low and slowly add half of the buttermilk. Add half of the flour and mix until combined. Scrape the bowl and repeat the process with the remaining milk and flour. Beat on high until smooth.
5. Again, reduce the mixer speed to low and add the salt, baking soda and vinegar. Turn to high and beat for another couple of minutes until completely combined and smooth.
6. Divide the batter evenly between the cupcake liners and bake for about 20 minutes, or until a thin knife or skewer inserted into the center of the largest cupcake comes out clean.
7. Cool for 10 minutes and then remove cupcakes from the pan and place them on a cooling rack to cool completely before frosting.
8. To make the frosting: Using the whisk attachment, whip the butter and cream cheese on high speed for about 5 minutes, scraping the bowl down as necessary. Reduce the speed to low and slowly add the powdered sugar until all is incorporated. Add the vanilla and mix to combine. Increase the speed to medium high and whip for a few minutes until the frosting is light and fluffy, scraping the bowl as necessary.
*Note: This recipe can be doubled to make an 8 or 9-inch layer cake.



Ada 2 versi kek kecik ni. Satu soufle saiz M, dan satu lagi soufle saiz S

Ok... ni order dari best fren CK yang tiap2 minggu asyik nk mengorder jer keje dia. Dari cik Nina Cyberjaya. Nina ni tak banyak cerewet, tp dia tahu mana satu kek yang CK buat atau tempah dengan pihak lain. Macam ada scanner plak tekak dia tu

Dah siap...boh dalam kotak... untuk makan2 berdua jer katanya. Anak2 dah hantar balik kg...hehehe...


Sabtu, 10 November 2012

Cream Puff

Salam... Aloooo !! ada yang menjengah ke sini hari sabtu gini?? tak p soping ke??

Minum petang hari ini, lepas balik dari shopping kat Jusco Equine sebentar tadi... inilah dia cream puff. First time buat (dua tahun lepas) mmg fail abis, jadi leper macam lempeng jer...  tapi hari ni, elok jer menggunung naiknya...ada tu siap merkah lagi...crispy sungguh.... waaa...sukses, sukses, cukup puas hati, puas hati...yahoooo... (dan gula pun tumpah.....hehehe)



Bahan-bahan untuk Choux Pastry
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseluruhannya dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan tepung. Kacau sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Adun rata. Boleh jer guna mixer
  3. Masuk adunan ke dalam piping bag dengan nozel bintang dan picit  ke atas dulang
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff dan masukkan  custard.
  6. siap dan boleh makan

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara

1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.

Ada pelbagai resipi lagi...nanti cuba respi lain plak yer...




Rabu, 7 November 2012

Cekodok Pisang jer

Salam...
Minggu  ni takde entri pavlova, apam mahupun cistat sebab CK demam dan asma..malam tadi ke klinik ambik nebuliser sbb dah tak tahan sangat. Kata kawan2 dan anak sedara, CK demam sebab dok dapur lama sangat !! hahahaa...

Ok lah...minggu demam ni, takde special entri lah yer...hari ni masak cekodok pisang jer... teringat pisang lecek frozen dalam peti es. Hajat ati nk buat mapin/kek, tp dah tak larat dah, cekodok jer laaa....

 Cekodok yang pelbagai bentuk. CK suka bentuk gini sbb bila dah masak, suka makan yang tajam2 tu dulu....hehehe.... rangup kan !!

Best gak layan cekodok pisang bersama air kopi petang2 gini ..
ayat orang demam :(


Ok..sampai sini dulu

Isnin, 5 November 2012

Crepe Durian

Salam semua pengunjung
Akhirnya...tewas juga setelah termimpi2 akan crepe durian ni. Anak2 jer yang suka, sbb intinya yang berkrim dan ada ulas durian di dalamnyer. Tapi bagi CK dan Jebat? eerrrm...setakat rasa boleh lah.. nk suka tu tidak rasanya, sebab tinggi kalori dan boleh menggemukkan


Untuk rujukan kwan2 yang teringin nk buat crepe durian macam CK. Lain orang lain tekaknyer kan. So selamat mencuba

Resipi
50gm tepung gandum
1 sb tepung ubi
1 bj telur
2 sb gula halus
3 sb butter cair
160ml air
40 ml susu cair
1 sk esen vanila
pewarna yang disukai

Inti
150ml non dairy whipping cream- dipukul hingga kental/kaku
isi durian secukupnya- dibuang biji dan dilenyek sikit

Cara-cara
Dalam blender, satukan semua bahan, dan tapis
Panaskan kuali non stick, dan dadar adunan macam buat kuih dadar. Jangan tebal sangat. Masak di satu bahagian saja. Kemudian angkat dan sejukkan sekejap
Letak whipping cream di tengah, kemudian letak pula isi durian. Lipat
Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dan bolehlah dinikmati 


Ck dah boleh agak rasanya, sbb tu CK letak sikit jer isi durian tu...sayang oiiii....
dan bila anak2 jer yang suka...huhh...rugi jer durian aku tu !! sib baik buat sikit jer :(
CK mmg penggemar durian no 1, tp CK tak suka akan whipping cream tu...kalau makan durian dengan dadar tu jer, rasanya lagi sedap kot...hehehe....

Minggu lepas, masa CK jalan2 kat midvalley, nampak satu kiosk jual crepe duriannya. Punyer la cenonet. Besar dua jari jer...dijual dengan harga rm10.00 utk 6 biji. Apalah yang sedap sangat yer ?   Yelah..orang lain, lain plak citarasa dan tekak mereka.




Sabtu, 3 November 2012

Sira Ubi Kayu

Salam Semua, apa khabar?
diharap sihatlah yer...CK jer yang tak brapa sihat, dah mula demam dan selsema... 
Hari ni, disebabkan CK demam, takde juadah minum petang. Tengahari pun goreng bihun jer. Asalnya bangun nk makan ubat sambil2 surf internet. Nampak plak ubi kayu, terus teringatkan ubi kayu yang CK beli beberapa hari lepas. Alamak...sib baik tak busuk...so teruslah ke dapur, buat sira ubi kayu. Asalnya nk makan dengan sambal tumis ikan bilis, tp dah tak larat dah nk buat sambal tumis 

CK memang tak pernah buat atau makan sira ubi kayu ni.  Kalau sira labu tu adalah dua tiga kali. 
Resipi CK dapat dari blog kak Nor Secubit Garam..Terima kasih yer...  My Jebat suka plak makan sira ubi kayu ni. Anak-anak pun sama (cuma CK jer yang kureng, sbb demam kan....) janji masak dan selamatkan ubi tu daripada busuk...hehehe...

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.


 Kalau bigg boss dah kata  sedap (kena dengan tekak dia) maknanya akan adalah ulangan untuk menu ni. Tak sangka plak, sedap rupanya ubi kayu buat gini yer

****************************

 Dan...meh plak jamu mata dengan tempahan2 sepanjang minggu yang sempat CK snap. Tempahan2 daripada pelanggan baru dan lama sekitar Serdang, Putrajaya, Puchong dan Bangsar. Biasa la kan, time sekolah dah nk mula cuti, pelbagai program kat sekolah, mulalah cikgu2 menempah untuk jamuan dll. Syukur dengan rezeki yang diberikan

2 layer pavlova ni ditempah oleh kawan CK, cikgu Fisa untuk makan2 kat sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang. Disamping pavlova, ada gak cheese tart, muffin coklat dan kek coklat. Tapi tak sempat CK nk snap gambar. Gambar pavlova ni pun CK snap dalam kete (masa tgh tunggu dia datang pick up )

Kek Red Velvet dengan cream cheese frosting, ditempah oleh Nurul. 

Terima kasih juga buat Kak Su dan rakannya yang telah menempah blueberry cis kek dan cheese tart semalam (jumaat). Pun tak sempat snap gambar sbb Kak Su call mintak siapkan cepat. 



Ok..sampai sini dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...