Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Khamis, 24 Julai 2025

SAMBAL BELACAN MANGGIS

Assalamualaikum.Lama betul tidak update. Hampir terlupa dah kewujudan blog kesayangan ini. Dulu kita berkawan di sini. Ramai kawan dr serata dunia. Sekarang berkawan di Tiktok pula. 

OK... musim buah-buahan kan? Kamurang pernah dengar tidak SAMBAL BELACAN MANGGIS? Inilah, kalau di kampung-kampung, buah-buahan terlalu banyak. Jadi orang kampung ini kreatif. Maka diperbagaikan resepinya. Dan jadilah sambal belacan yang istimewa. 

 
Cara membuatnya sama saja dengan sambal belacan biasa kita tu. Cuma di sini aku tambahkan isi buah manggis. Isinya aku picit-picit sahaja. Nanti makan dengan ikan bakar, ulam-ulam. Makan dengan nasi nanti akan rasa pedas-pedas manis. Aduh, sukar digambarkan kesedapannya. Ini bagi tekak aku laa. Kamurang yang tak biasa aku tidak tahu 😆




Jumaat, 27 Oktober 2017

Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Salam... Hari ini CK nak share resipi sambal tumis ikan bilis yang sedap dan sesuai untuk semua hidangan samada dengan nasi putih, nasi lemak, cekodok, lempeng, ubi rebus dan lain-lain



Resipi sambal tumis ikan bilis sedap

Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis yg siap dibelah dan dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
belacan
1 mangkuk cili kering kisar
air asam jawa
garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Ikan bilis digoreng sekejap, kemudian toskan minyak
bawang besar, bawang putih dan belacan ditumbuk kasar-kasar jer..
Dalam kuali tadi, masukkan cili kering kisar dan bawang yang ditumbuk tadi
Tumis sampai cili masak dan pecah minyak
Masukkan ikan bilis yang digoreng, air asam jawa, dan tambah air secukupnya
Tambah bawang besar yang dihiris
Biar kuah pekat, dan tambah garam, perisa jika perlu. Selalunya CK tak tambah garam dah sebab ikan bilis goreng tadi dah masin
SIAP





OK... Selamat Mencuba. Ini jer resipi ringkas tapi sedap untuk yang nak niaga nasi lemak. Tak perlu letak benda-benda merepek dalam sambal seperti biskut meri, buah kurma dan sebagainya. Masaklah yang original, dan rasanya insyaalah sedap



Sabtu, 7 Februari 2015

Reunion dan sambal belacan best

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam Sabtu buat semua kawan2.... selasa lepas dikala penganut agama Hindu merayakan Thaipussam, kami geng2 Media UMKL 1996-98 membuat perjumpaan kecil setelah sekian lama tak jumpa. Mmg havoc habis laa...gelak tak henti.


 Macam biasa, kalau ada perjumpaan, temanya mestilah pot luck. Bukan takmo buat kat hotel/kafe, tp kami semua ni kalo sembang tak sedar diri...kalo kat hotel, of course la takbleh gelak/sembang kuat2... hahahaha....


Juadah istimewa hari itu ialah Nasi Dagang, dimasak oleh Ana Balqis, seorang novelis/penulis skrip/penceramah/pensyarah (errrr...banyak kerja dia, sampai tak terkira di sini)


Dua orang pensyarah... sorang kat Lim Kok Wing, sorang lagi kat UM, Dr.Siti Ezaleila yg merupakan pelanggan tetap CK.. hahahaha.... 




Di sini lah bermulanya persahabatan kami. Di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya. Masing2 telah mencipta kerjaya besar, tp bagi CK dan Siti Suhaida, kami memilih untuk goyang kaki di rumah, tp menerima elaun tahap degree.... hehehehe....


Masa sembang2 tu, sempat jugak CK risik resipi sambal belacan kak Ijan (Ana Balqis) yang sedap tu. Meh CK share resipinya di sini


Sambal Belacan Kak Ijan
Bahan-bahan
-3 biji cili merah
-5,6biji cili padi -lebihkan jika suka pedas
-1 inci belacan
-2 ulas bawang merah kecil
-1 ulas kecil bawang putih
-2 biji limau kasturi
-sedikit air asam jawa
-gula, garam secukup rasa

Cara-cara
cili merah, cili padi, belacan, bawang merah dan bawang putih dibakar sekejap. Bawang dibakar bersama kulitnya, kemudian disiat kulitnya 
tumbuk semua bahan2
perah air limau kasturi. Ambil kulitnya dah hiris halus. Masukkan ke dalam sambal tadi, dan gesek perlahan bersama cili dll agar sebati.
Letak air asam jawa. Perasakan dengan gula dan garam. Siap





Jumaat, 13 Julai 2012

Sambal Ikan Bilis Belimbing

Salam...

Hari ni CK suka ati, sebabnyer, dapat rilex dan rehat sambil masak2 makanan kegemaran. Dan inilah salah satu lauk pembuka selera untuk orang yang tengah demam...


Belimbing buluh ni pemberian teman CK, jeles gak bila tengok dia masak lauk sambal bilis belimbing ni...kecur air liur....dah hari sabtu lepas, dia bawaklah belimbing ni....tukar dengan pavlova CK....hahaha....

Nk masak sambal ni senang jer...buat la sambal tumis ikan bilis macam biasa, cuma jangan masukkan air asam jawa dalam sambal tumis tu. Gantikan dengan buah belimbing buluh ni... sedap wooo...rasa masam2 nyer memecah selera...uish...takleh nk discribe laaa....

Ok...CK nk makan ni....Jebat pun dah balik sembahyang Jumaat tu.... Daaaaa !!!



♥♥♥

Isnin, 28 November 2011

Sambal Udang Petai

Salam

Hidangan tengahari ni special buat Along sbb ada lauk kegemaran dia- petai. Errrm... tahan jer laaa...

Beli petai ni kat pasar malam, 4 ikat rm3.00. Matanya kecik2 jer..tapi takpe la, untuk sorang makan kan. Dan bila CK masak lauk ni, habis semua petai dikutip oleh Along. Orang lain tak heran sangat sbb tak brapa suka petai.


Resipi Sambal Udang Petai
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
25 ekor udang sederhana besar
4 papan petai-diambil isinya
1 senduk cili kering kisar
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu serbuk udang kering
garam, perasa
minyak masak
bawang besar -dpotong bulat

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara-cara
Satukan bahan ditumbuk bersama pes cili.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili tadi sampai pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan petai. Biar sekejap dan masukkan udang, bersama serbuk udang kering
Kacau rata, tambah garam dan perasa
Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau dan sedia dihidang.


Lauk lain- belum sempat nk masak...sedang berfikir2 ni...cadangnya nk goreng ikan, goreng sayur, buat sambal belacan dan cicah ngan ulam. Errrm.... harap Jebat berselera ler makan !!!

Tayang cis tart ler plak...pepagi lagi dh mulakan projek cis tart ni... tempahan dari jiran seberang jalan...kak Tie Kelantan. Selain cis tart ni, dia tempah gak karipap ngan cucur badak untuk dihantar ke Kelantan

** jauh dah produk CK berjalan - ke Dubai, Kelantan, Sabah, Kedah, Jobor, Perak.... tp tuan yang membuatnya macam katak bawah tempurung....hahaha....DUNIAku DI DAPUR



Khamis, 21 April 2011

Sambal Sardin

Disebabkan dah tebuk sardin besar malam tadi, so hari ni kena la habiskan sardin tu. Kalo simpan lama sure tak sedap kan..

Kat rumah ni hanya laku sambal sardin. Kalo buat masakan lain spt kari ker, masak kicap ker.. lambat ler sikit jalan.

Sume orang tau buat sambal sardin kan !! so tak payah la tepek respi yer...

Bila dh ada lauk sambal sardin ni, tak payah ler nk masak lauk lain. Ayam ke, ikan ke, diorang sure tak pandang dah. Tapi aku takleh la plak makan semata2 lauk ni jer..so aku buat la telur dadar. Si toncet pun boleh makan skali.

Bila dh ada sambal sardin, petang ni sure kena buat lempeng. Tu paberet si Jebat plak.

Isnin, 14 Mac 2011

Sambal Belacan Bakar

Hari ni buat resipi pembuka selera iaitu sambal belacan. Tapi ni style kakak aku, versi bakar. Haaa....pernah dengar ke sambal belacan kena bakar??


Bahan utama membuat sambal belacan ni ialah belimbing buluh, selain cili dan belacan. Meh tgk macam mana.

Bahan-bahan
-3 biji cili merah
-15 biji cili padi kampung- boleh lebih atau kurang, bergantung kepada selera pedas masing-masing
-belacan secukupnya- korang agak2 la ye
-6 biji buah belimbing buluh
-sejemput ikan bilis (kira2 dalam 10-15 ekor ler..)
-garam, perasa secukupnya

Cara-cara
-Semua bahan2 diatas dimasukkan kedalam oven, spray sedikit minyak dan bakar hingga kulit belimbing bertukar lebam, dan kulit cili melepuh. (errr...korang faham ker? kalo tak faham, buat2 faham lah yer....Kiranya bakar bahan2 diatas sampai masak)

*Kalo ikut style kakak aku, dia akan letak semua bahan2 tu atas tudung periuk yang disapu sedikit minyak, dan masak atas api dapur sampai cili dan semua bahan2 tu layu. Aku suka kalo kulit cili tu kehitaman sikit...lagi wangi baunya

- Bila semua bahan dh masak, tumbuk bahan2 tadi sampai lumat. Sesuaikan rasa.


Aku suka makan sambal belacan bakar ni dengan nasi goreng. Pergh...tak hengat donia !!!



Kalo rasa sambal belacan tu pedas menyengat, makan ler tembikai..hehehe
http://www.cute-smiley.com

Jumaat, 25 Februari 2011

Sambal Tauhu Udang Kering

Salam.. hari ni tak tau nk masak apa. Takde mood, tak lalu makan, sume ada, ditambah plak dengan badan yang baru baik demam (aku yang mulakan demam kat rumah ni, kemudian diambil alih oleh Irfan, Jebat, Along dan baby Rayyan...dan akhir sekali aku yang menutup sesi demam rumah ni...huhuhu...kiranya 2 kali demam ler...)


Bahan-bahan
• 3 biji tauhu- digoreng dahulu
• 2 ulas bawang merah*
• 1 ulas bawang putih*
• Sedikit belacan* (bahan-bahan ini ditumbuk halus)
• Air asam jawa
• ¼ cawan udang kering –digoreng dahulu
• Garam dan perisa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama cili kisar. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak
2.Masukkan air asam jawa. Kacau dan masukkan udang kering
3.Tambah garam dan perisa.
4.Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng. Gaul-gaulkan dengan sambal agar rata.
5. Siap dan sedia dihidangkan


3 biji tauhu ni dibeli kat Pasaraya Khas. Tengok tauhunya lembut, apa lagi, beli ler 3 bijik, sebijik rm40sen. Selalunya tauhu tu keras. Kali ni plak lembut...tp sure bukan tauhu yang dibuat sup tu... Aku tengok ada pelanggan cina sorang tu ambik sampai 20 bijik...huh.. wat pe banyak2 yer??

Makan ngan nasi panas pun dh sedap. Teringat zaman kat kampus dulu, inilah lauk yang selalu menjadi pilihan aku. Ambik sambal tauhu, ambik sayur baru rm2.00 ...hehehe...itu dulu laaa.... time belum jumpa Jebat, duit poket kena jimat, sbb takde yang sudi nk dekat... tp bila dh terpikat,  poket ringan dah jadi  berat, boleh belanja rakan dan sahabat, hari2 makan berat...sampai nk jalan pun dah tak larat... hahaha....melalut plak aku !!!!

Selasa, 23 November 2010

Sambal belacan power ngan bendi rebus

Salam...dah seminggu asyik makan daging jer, kepala pun dah berpinau. Hari ni takmo makan daging, buat sambal belacan plak. Pastu goreng ikan kering/pekasam.


Sambal belacan ni kira powerlah jugak. Mana idaknyer, guna cili padi kampung. Dah macam citer 'Jangan Monyet Jangan' plak dah...

Bahan-bahan
~2 biji cili merah masak
~10 biji cili padi kampung
~belacan
~garam
~1 sudu besar sos ikan (nampla)
~2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
~1 biji kulit limau kasturi (yg tadi diambil airnya) dipotong halus
~1/2 biji tomato - dipotong dadu kecil

Cara-cara

tumbuk sume bahan2.. akhir sekali campurkan dengan tomato, jus limau kasturi dan kulitnya. Gesek sikit dengan lesung batu.. siap..

Isnin, 11 Oktober 2010

Sambal Biji Cempedak

Salam... korang pernah makan bijik cempedak tak? hehehe... ada yang kata angin, tp apa kira kan, kalo sedap, balun jer lah...

Sblm puasa dulu, aku pernah masak lauk ni dan bawak ke rumah kawan. Masa tu kami wat gather2 kecik. Diaorang tanya "Noorma, ko bawak lauk apa tu?" Aku jawab "Ni lauk rahsia, korang rasa dulu dan bagitau apa bendanyer tu. Kalo betul aku bagi sehengget !! " hehehe.....

Tekaan demi tekaan dibuat. Akhirnya Wati ngan Zarina fed-up.....hehehe... dan bila aku cakap "Ni bijik cempedak laaa..." baru diorang tau.. "A'ah..patut ler. Aku dh nk cakap tadi..." kata Zarina...hahaha....

Selain buat sambal tumis, bijik cempedak ni jugak boleh masak kari ngan kerang atau udang. Kiranya macam pengganti ubi kentang lah....

 Bahan-bahan
>biji cempedak secukupnya -direbus dahulu dan dikikis kulitnya - pastu hiris nipis
>bawang merah*
>bawang putih*
>belacan*-kalo suka (semua bahan2* ditumbuk/kisar halus)
>cili kering kisar
>ikan bilis -digoreng dahulu
>bawang merah-dipotong bulat
>sedikit air asam jawa
>gula, garam dan perasa

Cara-cara
1.Tumis cili bersama bahan2 yang ditumbuk sampai naik bau/pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa. Tambah garam, perasa dan gula.
3.Masukkan biji cempedak. Kacau lagi.
4. Masukkan bawang merah yang dihiris bulat bersama ikan bilis. Kacau dan SIAP..

Senang jer kan....macam masak sambal tumis biasa jer....



*** Kat rumah ni menu wajib tiap hari ialah SAMBAL. Kalo takde sambal macam takde selera jer nk makan. Mesti ada lauk warna merah ni.

Isnin, 23 Ogos 2010

Sambal Tumis Udang + Petai

Salah satu lauk untuk berbuka petang ini. Peberet Along sebenarnya. Bulan puasa ni lebih suka masak lauk kegemaran anak2 (macam bagi semangat untuk diorang berpuasa laaa...) Si Irfan masih puasa setengah hari. Kesian, tak tahan perut.

Rasanya sume pandai buat sambal tumis kan. Tapi memandangkan ada adik2 dan seorang kawan aku yang sentiasa skodeng blog aku untuk cari resipi, aku letaklah jugak resipi sambal tumis ni. Untuk Sharmini, rajin2 memasak yer.

Bahan-bahan
•Lebih kurang 300g Udang
•1-3 keping petai - di kopek
•4-5 ulas bawang merah kecil
•6-7 sudu besar cili kering mesin - boleh kebih/kurangkan
•Seketul kecil belacan
•Sedikit asam jawa
•1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal bulat
•Garam, gula, perasa

Cara-cara
1.Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
2.Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
3.Hidangkan.




Ceritaku: Dah malas plak nk ke pasar ramadhan. Asyik2 beli benda yang sama jer, balik-balik tepung pelita dan murtabak. Sampai pakcik jual kuih kat flat tu pun dah kenal aku. Malu plak..mesti dia kata aku malas nk buat kuih (mmg malas pon..hahaha....)

Khamis, 4 Februari 2010

Tauhu Berlada

Alhamdulillah, aku dh siap masak...tak payah dok memikir lagi. Malam tadi tido awal, sebab kalau hari rabu, rancangan kat tv takde yg best, so bangun pagi ni energetik la sikit. Hubby plak dh siap buatkan mee goreng. Rasanya? eeemmm....boleh lah tahan... (jangan marah yer abang!! skang ni sebelum balik umah, dia mesti bukak blog aku ni, misi klik2 nuff, so mesti dia baca entri ni.. abang, cepat balik yer..ayang dh siap masak ni... )


Bahan-bahan
-2 keping tauhu-digoreng dahulu
-5 biji cili padi (kalo suka pedas boleh lebihkan)
-1 biji cili hijau
-1 biji bawang besar-dihiris
-sedikit ikan bilis
-minyak masak secukupnya

Cara-cara
-Panaskan kuali dan masukkan minyak.
-Cili padi,cili hijau dan ikan bilis digoreng dahulu hingga layu dan wangi.
-Toskan, dan biar lebihan minyak dalam kuali
-Masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
-Tumis bawang merah yang dipotong kemudian masukkan cili yang ditumbuk tadi. Goreng hingga masak.
-Letak serbuk perasa dan garam.
-Siap dan boleh disiram atas tauhu yang digoreng tadi.

Sedap dimakan dengan nasi panas


Ni lauk2 sampingan untuk hari ini. Setiap orang ada lauk masing2, kalo tak ada yang merajuk nanti.

Fatt Choi Goreng dengan Daging Cincang. Ni lauk untuk makyung yang tak boleh makan pedas.

Asam Pedas Ikan (request dr hubby, buat sekor jer, khas untuk dia )

Daging Goreng Kunyit, untuk anak-anak.






Ahad, 31 Januari 2010

Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Pernah makan tak lauk ni? ni resipi dr arwah bapak mertua aku, orang Slim River. Tapi kalo laki aku masak, of couse lah lain rasanyer...he,he....tp still sedap...cayang abang....

Lama betul tak makan lauk ni, hari ni teringin lah plak. Selama ni mmg tak boleh makan benda pedas, sbb kalo makan pedas mesti pedih ulu hati, tp hari ni teringin la plak... takpelah, nanti aku makan lah ubat untuk hilangkan rasa pedih ulu hati tu...


Bahan-bahan
>2 genggam ikan bilis-digoreng dahulu
>2 biji bawang besar-dihiris/potong bulat pun boleh, tp nipis2 sikit yer
> 3 sudu cili kisar -sapa suka pedas boleh lebihkan
> 2 sudu besar tempoyak - boleh lebih atau kurangkan
>garam, gula, perasa
>minyak masak

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah sampai layu
2.Selepas itu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili garing/masak
3.Masukkan tempoyak. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air untuk melarutkan semua bahan dalam kuali tu.
4.Tambah gula, garam dan perasa. Biar pekat sedikit.
5.Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Best sangat kalo makan ngan nasi panas !!!

Ni lauk sampingan hari ni. Puyuh Goreng Berempah. Selalu beli kat pasar malam yang dh siap goreng, seekor rm 3.80, tak puas la plak makan, kali ni buat sendiri...

Bahan-Bahan:
-8 ekor burung puyuh
-serbuk ketumbar
-Jintan manis (ditumbuk)
-Jintan putih (ditumbuk)
-Halia (ditumbuk)
-Serai (dititik)
-Garam
-Gula
-Serbuk perasa Bawang merah (ditumbuk)
-bawang putih (ditumbuk)
-cili kering (ditumbuk)
-daun kari
-Serbuk kari
-Cili kering (dipotong)
-Bawang besar (dipotong bulat)

Cara:
-Gaul burung puyuh dengan cili tumbuk, bawang putih, bawang merah,jintan,serai,halia,ketumbar,garam,gula,daun kari.
-Perap selama setengah jam.
-Panaskan minyak goreng puyuh hingga garing.Masukkan cili potong dan bawang besar.Angkat


Jumaat, 6 Februari 2009

Sambal Goreng Tempe

Sebenarnya buat sambal goreng tempe ni bukan untuk lauk makan tengahari, tapi untuk diratah depan tv. Best.... kira kudapan orang melayu jawo lah yer...


Ada sekali tu masa g kenduri kat melaka, tuan rumah masukkan goreng tempe ni dalam gift bag tu. Dia pek kecik2 dan masukkan bersama kuih2 lain, seperti bahulu, gula2 dan lain-lain. Heran gak aku, apasal lak tuan rumah ni bagi benda macam ni... agaknya suruh balik umah makan ngan nasi kot...he,he,he...takut makan kat umah dia tak cukup...
Rupanya, kawan aku cakap (dia ni jawa) benda ni leh makan sebagai snek.... oooo...alkisahnya... Sejak dari hari itu, aku pun dh biasa ler jadikan sambal goreng tempe ni sebagai snek...
Tapi mak aku tak boleh terima plak..dia kata "apa raa...meratah lauk depan tv..kan boleh makan dengan nasi nanti" mak aku mula membebel....

Khamis, 20 November 2008

Sambal kelapa ulam selom

Pernah makan sambal kelapa? bagi orang perak sambal kelapa ni dh biasa, tp negeri2 lain aku tak taulah. Ulam yang paling sesuai ialah daun selom & daun pegaga (kira ulam2 fresh la) Kat umah ni hanya aku sorang jer yang makan ulam. Hubby dan anak2 tak suka. Hubby cakap 'kambing' jer yang makan daun.... huh, memang mulut takde insuran.

Untuk melengkapkan lauk ni, goreng ikan masin dan makan ngan nasi panas. Kena plak ngan masak asam sayur keladi. Memang umph..... Makan kat bawah pokok rambutan yang tengah lebat berbuah. Lepas makan, leh cuci mulut ngan buah rambutan tu ... ha,ha,ha......


Bahan-bahan
>kelapa parut secukupnya
>cili merah
>cili padi
>belacan bakar
>limau nipis
>bawang merah-dihiris

Cara-cara
1.Tumbuk sambal belacan mcm biasa
2.Masukkan kelapa parut. Tumbuk lagi.
3.Masukkan hirisan bawang merah. Tumbuk kasar
4.Letak garam dan perasa (kalau suka)
5.Perah air asam limau, kacau rata dan siap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...