Isnin, 11 Oktober 2010

Sambal Biji Cempedak

Salam... korang pernah makan bijik cempedak tak? hehehe... ada yang kata angin, tp apa kira kan, kalo sedap, balun jer lah...

Sblm puasa dulu, aku pernah masak lauk ni dan bawak ke rumah kawan. Masa tu kami wat gather2 kecik. Diaorang tanya "Noorma, ko bawak lauk apa tu?" Aku jawab "Ni lauk rahsia, korang rasa dulu dan bagitau apa bendanyer tu. Kalo betul aku bagi sehengget !! " hehehe.....

Tekaan demi tekaan dibuat. Akhirnya Wati ngan Zarina fed-up.....hehehe... dan bila aku cakap "Ni bijik cempedak laaa..." baru diorang tau.. "A'ah..patut ler. Aku dh nk cakap tadi..." kata Zarina...hahaha....

Selain buat sambal tumis, bijik cempedak ni jugak boleh masak kari ngan kerang atau udang. Kiranya macam pengganti ubi kentang lah....

 Bahan-bahan
>biji cempedak secukupnya -direbus dahulu dan dikikis kulitnya - pastu hiris nipis
>bawang merah*
>bawang putih*
>belacan*-kalo suka (semua bahan2* ditumbuk/kisar halus)
>cili kering kisar
>ikan bilis -digoreng dahulu
>bawang merah-dipotong bulat
>sedikit air asam jawa
>gula, garam dan perasa

Cara-cara
1.Tumis cili bersama bahan2 yang ditumbuk sampai naik bau/pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa. Tambah garam, perasa dan gula.
3.Masukkan biji cempedak. Kacau lagi.
4. Masukkan bawang merah yang dihiris bulat bersama ikan bilis. Kacau dan SIAP..

Senang jer kan....macam masak sambal tumis biasa jer....



*** Kat rumah ni menu wajib tiap hari ialah SAMBAL. Kalo takde sambal macam takde selera jer nk makan. Mesti ada lauk warna merah ni.

5 corat coret:

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
apa khabar kak?
Memang tak penah buat sambal biji cempedak ni. Penah makan yang rebus jer. bagus10x.. kak. Tak membazir. Memang yg siap rebus pun, sebijik ala2 kentang...

zarina berkata...

yang heran tu si shahrul bleh teka betul je..haha

normi berkata...

masakan pelik tapi sedap.. ni kena cuba ni.. tq

Nadyra berkata...

wah, sedapnya. first time jumpa biji cempedak kena msk sambal. mesti cuba. :)

Noorma Ismail berkata...

Nur, Normi, Nadyra - ala..lauk ala kampung mcm tu ler..org kampung ni kreatif..maklumlah..kat kg takde pizza, mcD dll...

Zarina- a'ah..pandai plak si Shahrul teka..biasa ler orang jawa..mmg makan benda ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...