Jumaat, 15 Oktober 2010

Popia Goreng ... lagi...

Salam...cuaca di Bukit Jalil ni panas melenting. Tak sanggup nak keluar rumah time panas2 cenggini. Nk tido pun takleh gak...Panas !!!

Mood malas dah mencapai tahap extreem. Masak tetap masak, tapi yg simple dan senang jer. Janji perut kenyang.

 Untuk petang ni, buat popia goreng jer lah. Resipi kali ni lain sikit daripada yang biasa aku buat. Ada kacang panjang, karot dan isi udang. Tu yg best tu...

Bahan-bahan:
kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 biji telur -dipukul utk dijadikan gam pada kulit popia
Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ potong halus
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
3 ulas bawang merah &  2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak






Ok...sampai sini dulu. Esok kami sekeluarga nk balik Melaka, tgk mak aku, sekaligus melawat mak sedara Jebat kat kampung dia, Batu 11 Sungai Udang. Hari tu masa ada kematian kami tak dapat balik. Semoga perjalanan selamat pergi dan balik. Amin...
dan...hari Ahad, ada projek lagi. Menghantar stok2 anak ikan tilapia ke Bukit Antarabangsa, sekaligus melawat sedara Jebat (sume sedara Jebat ler..,,aku mana ada sedara ) kat Taman Melati, dan ke rumah maklong kat Ampang. Masa raya ari tu tak sempat pegi...
So...no entri lah sepanjang 2 hari nanti yer.... BYE !!!


2 corat coret:

anymz berkata...

salam tuan rumah,ptg ni kita tak buat apa2.meh kita makan popia sama2 nak?ada lagi?..sedap nampaknya tu.panas lagii.:)

Noorma Ismail berkata...

Kalo dekat ngan rumah, sapa salahnyer kita makan sama2...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...