Rabu, 20 Oktober 2010

Cekodok Cempedak

Salam semua... ni juadah minum petang hari ni. Dah goreng sikit lepas lunch tadi, untuk makan2 sambil tgk tv..sikit jer laa...
Kat rumah ni tengah banyak cempedak. Nk buat goreng macam biasa tu dh jemu. So aku blender isinya dan simpan. Kali ni buat cekodok. Next time boleh buat muffin, eskrem, dll plak...uish..banyaknyer plan..


Bahan-bahan
1 cawan isi cempedak -buang biji dan blender..tambah sikit air
1/2 cawan gula
1 cawan tepung - (agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
1 sudu kecil bicarbonat soda... (ganti dengan yis pun boleh)
minyak untuk menggoreng
*kalo suka boleh tambah kelapa parut 2 sudu...kali ni aku tak letak sbb takde kelapa parut.

Cara-cara
1.satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
2.selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
3.sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
4.Selamat mencuba... :)

Aku dah biasa letak yis daripada baking soda. Mmg gebus.. Zarina, jangan panggil aku Cik Noorma Gebu yer...


Harum semerbak masa goreng cucur ni. Gamaknyer satu barisan boleh bau. Hehehe...jemput makan sume..

2 ulasan:

zarina berkata...

Cik Noorma Gebus :)

Unknown berkata...

Nanti cubanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...