Rabu, 13 Oktober 2010

Kebab Daging Salai

Salam semua. Hari ini tak masak nasi sbb Jebat balik lambat. Hahaha..leh rilex sikit, main2 dengan Ryan, layan lagu, baca majalah dll.... umah tak kemas pong....(bab tu yg malas)

Ni untuk anak2. Takde sayur. Hanya daging, mayonis, cheese dan sos tomato

Dah lama tak beli kebab kat pasar malam. Sebabnya, kat pasar malam tu dia guna daging burger. So tak sedap ler..dh macam makan burger hancur jer..Harga plak mahal, rm3.00 satu (kalo aku tak cukup ler..mana ngan anak2 lagi) Baik buat sendiri. Kenyang dan puas makan. Yang penting, kena ada vitamin R tu ler...
 Resipi ni aku amik dr blog Herman dan Naza.  Tak kenal pun sapa tuan rumah ni. Hasil carian dr Mr.Google jer.. Resipi asal guna roti pita, tapi aku guna roti hotdog jer.

Bahan-bahan untuk perap
Daging dihiris nipis (Kalau boleh daging batang pinang)
Sos tiram
Lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan

Bahan tumis
2 sudu minyak masak
2 biji bawang putih dicicang
Sebiji bawang merah
Sos cili
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan Hiasan
Tomato dihiris nipis
Salad
Mayonis

Cara-cara penyediaan
>Perap daging yang dihiris nipis dengan bahan perapan iaitu sos tiram, lada hitam, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. peraplah dalam 1 ~2 jam. Lagi lama lagi sedap.
>Panaskan sedikit miyak dalam kuali. Jangan banyak ye. Dalam sesudu jerk. Masukkan daging hingga daging kering. Masa ni, banyak air daging akan keluar dan masak daging hingga betul2 kering. Proses ni boleh dianggap sebagai proses memanggang.
>Bila daging dah kering dan telah empuk. Bolehla diangkat dahulu.
>Panaskan minyak lagi dalam kuali yang sama. (pun dalam sesudu je). Masukkan bawang putih.
masukkan bawang dan kemudian masukkan daging.
>Kemudian masukkan sos cili, sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Masak dalam 4~5 minit sahaja.
>Sediakan roti kebab. Belah tengah dan masukkan bahan hias beserta mayonis berselang seli dengan daging yang siap dimasak. Setelah siap, letakkan mayonis lagi di bahagian atas kebab sebagai hiasan.
>Sedia untuk dihidang.

Ni utk aku. Ada segala jenis sayur. Lengkap !!!
Ok...sampai sini dulu...

2 corat coret:

Kerull berkata...

Salam Noorma..sedapnya lah aku menengoknya kebab ko ni wei...bak ah seketui...

Mas berkata...

sedapnya tengok kebab akak...kena try buat nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...