Rabu, 27 Oktober 2010

Nasi Goreng Sardin

Salam...boringnya hari ni. Sampai skang (8.10 malam) my Jebat belom balik umah lagi. Tengahari tadi dia call, katanya ada transformer meletop, so banyak keje...eee menyampah...dh hujung2 tahun ni memang banyak meletop. Protes lambat dalam elaun ke weiii...

So dinner malam ni, nasi goreng sardin jer. Cubaan pertama. Tengok dalam citer "Warung Kita" sedap jer si Faruk tu makan. So google kat internet cari respi.


Aku campur sikit dengan hirisan kacang botol. Buat pedas2 skit. Kengkonon untuk aku sorang jer laa...tp budak2 tu mengendeng la plak. Aku cakap pedas, suruh diorang rasa sikit...tp lepas sesudu demi sesudu, diorang cakap "Mana ada pedas mama...tipu jer...!! " aik?? tak pedas....entah ler... lidah aku ni mmg takleh makan pedas sejak mengandungkan Ryan ari tu...

Bahan-bahan ( 1 orang )
1 pinggan nasi
1 ketul sardin tin
5 biji cili api ( nak pedas + la )
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb sayur campur
segenggam ikan bilis
1 sb bawang goreng
garam secukup rasa
1 biji telur buat menghias
daun bawang

Cara-cara
tumbuk bawang2 dan separuh ikan bilis bersama cili.
panaskan minyak, goreng separuh lagi ikan bilis tadi.
ikan bilis dah garing, masukkan bahan tumbuk. kacau hingga naik bau.
masukkan sayur campur, kacau lagi sampai sayur agak2 layu.
masukkan pula sardin yang dah dihancurkan. kacau lagi.
masukkan garam n aji. kacau. masukkan pula nasi. kacau sekata.
last sekali masukkan bawang goreng dan daun bawang. gaul lagi.
siap. telur lak di goreng dadar kemudian potong sebagai hiasan.

Patutnya makan ler ngan telur goreng mata kerbau. Tapi aku dh malas nk goreng telur. Makan ngan keropok jer... tu pun dh sedap... wallah...lepas ni boleh buat lagi...

2 corat coret:

dark r0se berkata...

wahhh~ sedap tuuuuuuu~ lapooooo!

alina berkata...

Salam perkenalan..saya mmg hoby memasak..resepi nasi goreng sardin tu..mmg best,dah cuba buat.Suka tengok blog masakan nie..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...