Jumaat, 1 Oktober 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang Ayam

Salam..breakfast pagi ni, makan nasi impit la plak. Opsss...bukan kes tak puas makan kat open house, tp mmg buat nasi impit ni sebab nak try resipi kuah kacang ayam. Selama ini mmg tak pernah campur isi ayam bila buat kuah kacang.


Selain isi ayam, ada juga orang letak daging, sotong kembang ataupun udang kering. Tapi aku tak pernah la cuba lagi sume tu.

Bahan-bahan
300 g isi ayam (potong dadu)
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat

Bahan-bahan tumis :-

2 batang serai
5 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
¼ cawan minyak masak

Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar

Cara-cara
1.Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
2.Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3.Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
5.Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
6.Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
7.Siap untuk dihidang.



Ceritaku: Resipi try and error ni kengkadang sedap jugak. Tak salah kalo nk cuba. Itupun kalo brani ler...hehehe...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...