Selasa, 5 Oktober 2010

Ketam Masak Lemak Nenas

Sejak anak2 dah besar dan pandai makan ketam, papa diorang sukalah beli ketam ni. Tapi aku ler yang sengsara, sblm makan, kena stanby ubat alergik dulu. Kalo tidak kang asyik menggaru jer.. paling cepat effect pada mata.


Macam biasa, buat masak lemak cili padi ngan nenas. Aku makan ler nenas tu. Bagi anak2 makan isi ketamnya. Ketam kali ini besar sikit, harga pun lebih sikit, tapi takde plak telurnya. Sib baik...kalo tak, aku ler orang pertama dok cungkil keluar telur ketam tu dari cengkerangnya. Orang lain takleh usik. Kalo tak, kang ada yang menyerah diri kat batu belah batu bertangkup..kahkahkah....

Resipi ala2 kampung. Sukati ler korang nk letak bawang atau tak.

Bahan-bahan
-ketam dibersih dan ketuk sepitnya supaya pecah
-santan secukupnya
-nenas dipotong nipis
-serai diketuk
-bawang besar
-cili padi
-kunyit hidup
-daun kunyit-dicarik2

caranya:
1. mesinkan kesemua bawang, cili padi, kunyit hidup,
2.panaskan kesemua bahan bersama ketam dan nenas juga serai sehingga mendidih
3. masukan santan pekat dan garam kacau jgn pecah minyak sehingga mendidih. dah siap..Sonang baitu !!


Bila dh ada lauk ni, aku goreng ayam jer lah. Pastu buatkan sambal belacan. Siap..tak payah banyak2 lauk lagi. Jebat..jangan banyak songeh !!!

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...