Khamis, 7 Oktober 2010

Donut Pisang

Salam semua. Dalam malas ada gak sikit rajin. Rajin nk makan..hehehe...merealisasikan hasrat untuk makan donut pisang ni. Sedap..ada rasa pisang kat dalamnya...

buat lebih sikit, kot kot boleh tahan sampai esok pagi (utk budak2 ni breakfast) Entah laa sempat ke tak.

Untuk kengkawan yang selalu makan donut biasa tu, meh cuba donut pisang lak. Mungkin esok lusa ada donut durian, donut cempedak dll...wallahualam... Resipi ni aku amik dr Rumah Izah Muffin Lover. TQ

Bahan-bahan:
100g tepung kek
400g tepung roti
100g gula halus
11g yis segera (sepeket)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
100 ml air
3 biji telur kuning
100g butter
300g pisang lecek ( kurangkan sikit kepada 200g-terpulang kepada keranuman pisang)

Caranya:
1. Ayakkan kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh dari air. Kacau rata.
3. Masukkan pula pisang dilecek dan gaul lagi. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh ditambah lagi air.
4. Biarkan doh selama 20 minit atau sehingga 2 kali ganda.
5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10minit dan goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula atas donut.

Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan menjadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit.. Selamat mencube!!

Keratan rentas donut pisang. Gebu kat dalamnya

Ok..sampai sini dulu. Cuaca kat bukit jalil ni mendung jer..tapi tak beerti hujan kan !!!

3 ulasan:

Mas berkata...

salam kak..lama dah tak buat donat...nak sepiring kak...

Chempaka Aziz berkata...

o dasat ko..donut pisang pulak.aku ni ha, baru pas mkn cekodok pisang.tu favourite Hakimi.donut ni lum lagi...bestnye mah..

cikmar berkata...

wah wah wah...kreatifnya...ni first time dgr psl donut pisang...mcm best je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...