Isnin, 18 Oktober 2010

Spaghetti Carbonara

Salam... breakfast pagi ni buat spegheti carbonara. Breakfast ke dah pukul 9.30 ni..kiranya utk makan2 anak2 masa balik sekolah nanti ler.. kes kat umah dh kehabisan stok bawang. Malas plak nk keluar..so sms jebat la suruh beli masa dia nk balik nanti..


Spegheti Carbonara ni dh selalu masak. Inilah yang anak2 suka pun. Yang lain tu tak brapa jalan. Resepi amik dr umah kak Umi Kuantan. Thanks akak!!

Bahan-bahan (2-3 org):-
450g spaghetti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200g udang - dibuang kepala & kulit
115g keju cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley
*aku tambah sosej, brocoli, carrot  dan cendawan -kasi warna warni sikit...

Cara:-
Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti.
Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan.
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
Parutkan keju.
Bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam.
Toskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk.
Masukkan telur dan keju, kacau cepat dan campurkan dengan bahan gorengan.
Kemudian sajikan dan hias dengan daun parsley.


Ok..sampai sini dulu..Panas betul yer skang ni. Nk masak pun malas(malas nak main dengan api) .... apa yang best yer?? emmm...pegi shopping lah..window shopping, sbb kat shopping mall tu sejuk jer.. tp bila keluar jer dan masuk dalam kete...fuhh..panas membahang balik...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...