Memaparkan catatan dengan label pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pisang. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2020

Apam Pisang

Salam

Setiap minggu pasti CKak beli pisang kat pasar tani. Selain makan dengan roti, boleh juga buat cekodok, pengat atau apam. Dan kali ni terhasillah apam pisang.  Buat pagi, sampai malam boleh tahan. Makan la wahai anak-anak. Hehehehe







 
Resepi Apam Pisang Kukus
🍌🍌🍌🍌🍌🍌
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan pisang yg dilenyek (pisang lemak manis)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
 
Masukkan semua bahan dlm mangkuk besar.
Putar sehingga sebati & kukus.
Utk acuan kecil2, kukus 15 minit api besar.
Utk loyang, kukus 45 minit api besar.
Tips: kalau nak apam nampak urat2 pisang tu selepas lenyek pisang tu biarkan sekejap dlm 15minit baru dimasukkan dlm bancuhan adunan. InsyaAllah cantik kejadiannya 😊
 





Ok...dah siap masak...dapat la dalam 25 bijik. Kita bahagi ke jiran sebijik dua yer, hahahahaha




Ok...sampai sini dulu


Ahad, 15 Disember 2019

Murtabak Pisang

Salam... asyik buat murtabak kambing, ayam jer, boring gak kan, sesekali ubah la menjadi murtabak buah-buahan plak. Haaa....biasa buah-buahan yang digunakan ialah pisang, nangka, cempedak. Durian tu kalo kena ngan tekak korang, silakan lah....hahahahaha



Kat sini CKak share resepi murtabak pisang. Kalau nk tambah cheese dalam murtabak pisang tu pun boleh, lagi marbeles.


MURTABAK PISANG

Bahan-bahan untuk doh
(Dibuat waktu malam)
3 cawan tepung gandum
1 cawan air yang dicampur dengan 1 sudu teh garam
1 sudu mentega
-Uli tepung dengan air garam
-Air tu kalau tak cukup, tambah-tambah la
-Dah jadi doh bulat campurkan mentega dan uli lagi
-Kemudian buat bulat-bulat sebesar bola pingpong dan letakkan dalam bekas yang telah diletakkan minyak dan sedikit mentega.
-Golek-golekkan supaya semua bahagian kena minyak dan biarkan hingga esok pagi

Bahan-bahan inti
Pisang emas
10 biji
Gula 3 sudu
- hiris-hiriskan pisang.
-Campur semua (pisang & gula)
-kemudian tebarla tepung yang dah diuli malam tadi.
-letakkan pisang ditengahnya dan lipat.
-masak dalam kuali yang telah diletakkan sedikit minyak
Dah masak, bolehla dipotong dan dimakan ketika sejuk. Melecur lidah kalo makan panas-panas. Murtabak ini lebih sedap dimakan ketika sejuk.
Inti tu kalo tak cukup tambahla pisang dan gula. Kalo tawar tambah gula lebih sikit. Murtabak ni kalo manis baru sedap.
Balance-balance tepung tu kalo dah tak de intinya boleh le buat roti canai je.

Kredit resepi: Hajjah Ana Samad

Isnin, 22 September 2014

Pisang Goreng Rangup

Salam....apa khabar semua. Hari ini mulakan tugas spt biasa setelah seminggu bercuti...dan hari ni ÇK pertama kali update blog dari tab... senang sbb gambar semua dlm tab kan....

Ok lah... hari ni tayang goreng pisang jer... tp resipi ni agak menarik sbb diletakkan biskut cream crackers dalam adunan tepung tu....memula nampak pelik, tp nak cuba jugak la... resipi dari seseorang yg berkongsi petua goreng pisang rangup di FB


 sori... gambar tak sempat nk possing lawa2,  dslr bagai yer...keluar jer dr kuali, terus masuk dlm pinggan dan hidang...ambik tab dan snap... kalo sejuk nanti dh tak sedap nk makan...sambil2 tu post kat group wassap...bagi kawan2 terliur...hahaha


Resipi
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar air kapur
Sedikit gula garam
2 keping biskut cream creakers-ditumbuk halus
Air secukupnya

Cara cara
Gaul, adun semua bahan2 macam buat batter goreng pisang yg biasa tu. Jangan terlampau cair
Goreng pisang mcm biasa




inilah dia asal pisangnyer...dari melaka... actually ck sekeluarga jalan2 di melaka, bawak anak masuk zoo... on d way balik kami singgah la rumah mak mertua di sungai udang... jebat plak cakap letih..nk bermalam kat sana...so ikutkan jer laaaa..... esok paginya, mak mertua pun suruh la dua orang anak lelakinya kemas kebun pisang tu. Sempat gak la ambik daun pisang untuk buat bungkus nasi lemak...hahahaha....


Inilah rumah mak mertua yang masih belum siap... tengah nk renovate untuk besarkan rumah, buat bilik dll.... rumah mmg kecik, tambah plak bila semua anak2 balik. CK mmg tak selesa, tp nk buat cemmana kan.. kalo ajak bermalam di hotel nanti, ada yang kecik ati. So tahan jer laaaa... Dulu ada rumah ibu (rumah pusaka), tp diruntuhkan atas sebab2 tertentu...ermmm...CK tak campur laa yer...


ni plak pengat pisang nangka.. dah banyak pisang, semua juadah pisang la yang muncul...itu pun tak sempat nk buat kerepek sbb dah masak...huhuhu...



Rabu, 27 Februari 2013

Muffin Pisang Coklat Cip

Salam...selamat pagi semua 

Hari ni tayang muffin pisang plak. Boleh dikatakan tiap2 minggu buat muffin. Selain dapat order, CK buat juga untuk anak2. Dan hari ini, bekal untuk along pegi kokurikulum


 Macam biasa, semua resipi muffin CK menggunakan Magic Bullet. Sangat senang, cuma ambil masa 5 minit sj, dan tempoh bakar dalam 12 minit.


Muffin Pisang Coklat Cip
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sk soda bicarbonat
3 sudu besar susu tepung
1/4 cawan coklat cip (asingkan 1/2 utk tabur atas muffin)

Bahan B
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula- boleh kurangkan gula jika tak suka manis
1/2 cawan pisang ( separuh cincang, separuh lagi lecek)
beberapa titik esen pisang

Cara-cara
1. Satukan bahan kering (bahan A) kecuali coklat cip.  Ayak tiga kali. Masukkan dalam besen/bekas
2. Masukkan semua bahan2 basah ke dalam blender (bahan B), kecuali pisang
3. Putar dalam 2-3 minit. (sampai gula hancur )
4. Buat lubang pada tepung dalam bekas tadi. Letak pisang dan coklat cip (separuh jer)
5. Curahkan bahan yang dikisar ditengah2 lubang tadi. Kaup dan balik (jangan overmix, sekadar bergaul jer)
6. Masukkan dalam papercup, tabur lebihan coklat cip di atasnya
7. Bakar selama 12-15 minit, suhu 220'c

Bagi yang nak copy resipi, boleh ke sini yer..

Baru keluar oven. Tunggu sejuk jap. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara agar muffin tetap lembut. Tahan 2-3 hari (kalo tak makan laaaa )

Bagi yang tertanya2, apa itu Magic Bullet? (peluru berpandu ke? menatang gajah apa yer??? ) hahahahaha...... inilah dia......Blender ler..... kuikuikui !!



Ni jer balance yang tinggal, selepas along bawak bekal ke sekolah. Nk bagi kawan2 katanya. 


♥ ♥ ♥ 

Khamis, 22 November 2012

Lempeng Pisang Berkeju

Salam...

Musim cuti sekolah ni, anak2 asyik nk makan jer.. huh...dah buntu nk buat kudapan untuk diaorang. Selang sehari buat muffin, dan hari ni takkan nk buat mende yang sama kot. So.. tgk dalam freezer, masih ada pisang frozen, CK buat jer la lempeng. 

Disebabkan anak2 suka cheese, CK lapiskan lempeng ni dengan mozzarell cheese di dalamnya. Masa makan, bergetah la cheese keluar. Macam pizza plak... hahaha


Rasanya semua tahu buat lempeng kan...CK letak tepung, gula, garam dan kelapa parut. Bancuh macam buat cekodok. Ditengah2nya tabur cheese dan tutup dengan lebihan lempeng... masak dalam non stik pan...setelah garing dua bahagian, bolehlah diangkat.

Dapat la sebijik besar ni... Potong 4... dan bahagikan...

CK lagi suka makan plain macam tu jer... tp anak2 ni memang banyak songeh. Request dengan coklat laa, susu pekat manis laa...macam2 kerenah


Ahad, 18 November 2012

Muffin Pisang ku

Salam...

Petang2 gini, takde mana nk pegi sbb my Jebat keje...esok baru cuti (tu pun setelah diugut ... hehehe... yeahhh...esok keputusan UPSR keluar )

Nk tido dah tak bleh (sbb masa nk lelap tadi, anak2 dok bising, lapar ler, bergaduh sesama sendiri dll)...tp bila diorang sume dah tido, CK plak tak dapat nk lelap...hampeh betul laaa...

Rodek2 kat dapur, tgk ada frozen pisang lenyek... meh kita kerjakan dia... 


 Dah pernah buat sebelum ni kat sini. Hari ni ulang jer la resipi tu sbb CK suka strukturnya yang lembut dan gebu. Takde la macam makan bingka padat... hahahaa...

 Muffin Pisang CK

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula (boleh kurangkan jika pisang dh manis)
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D (optional)
Coklat rice/almond flakes- untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

hari ni bakar dalam muffin try jer...sayang plak nk bazirkan muffin cup tu, dan nak habiskan cepat2 paper cup yang dah muak dipandang tu :p

setelah di 'operate'.. dalamnya lembut dan gebu. Sama macam makan kek pisang. 

Jom minum petang..... 


Rabu, 7 November 2012

Cekodok Pisang jer

Salam...
Minggu  ni takde entri pavlova, apam mahupun cistat sebab CK demam dan asma..malam tadi ke klinik ambik nebuliser sbb dah tak tahan sangat. Kata kawan2 dan anak sedara, CK demam sebab dok dapur lama sangat !! hahahaa...

Ok lah...minggu demam ni, takde special entri lah yer...hari ni masak cekodok pisang jer... teringat pisang lecek frozen dalam peti es. Hajat ati nk buat mapin/kek, tp dah tak larat dah, cekodok jer laaa....

 Cekodok yang pelbagai bentuk. CK suka bentuk gini sbb bila dah masak, suka makan yang tajam2 tu dulu....hehehe.... rangup kan !!

Best gak layan cekodok pisang bersama air kopi petang2 gini ..
ayat orang demam :(


Ok..sampai sini dulu

Sabtu, 24 Disember 2011

Muffin Pisang CK

Salam... ujan pagi ni kan !!

Terlebih dahulu, CK minta maaf sebab dah lama tak update blog. Bukan sahaja sibuk dengan tempahan, malah sibuk menjaga kesemua anak2 yang kena demam campak. Dan..kini CK sendiri pun dah kena...adoiii...gatal sume badan...

Dan untuk pagi ni, CK dah tak tau nk buat breakfast apa untuk budak2 tu. Tengok dalam esbox ada pisang. Ermm...jalan jer la projek muffin pisang ni.


Selalunya kalo CK buat muffin, teksturnya tak brapa lembut (nama pun mapin kan, bukannya kek) ....dan anak2 pun tak suka. Tapi kali ni, respi mapin diubahsuai sikit. Meh tengok resipinya.

Muffin Pisang CK
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan (dapat 8 biji)

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula (CK letak tak sampai ½ pun )
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek (CK guna 3 biji pisang berangan)
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D
Coklat rice- untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

Keratan rentas mapin...hehehe...dalamnya lembut. Anak2 makan panas2...luarnya garing


Meh ambik sorang satu yer !! hehehe.... panas lagi ni... (lepas masak, terus jer masuk entri ni)


Selasa, 25 Oktober 2011

Kerabu Jantung Pisang

Salam tengahari buat semua. Dah masak? dah makan??

Hari ni ada kerabu jantung pisang.. ermm...lama tak makan kerabu. Sesekali buat best kan. Tapi kat rumah CK ni takde geng penggemar ulam/kerabu. So CK jer lah yang membedal kerabu ni. Sebab tu tak selalu buat. Melainkan kalo ajak kawan2 datang makan2 kat rumah.



Kerabu Jantung Pisang
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang- dibersihkan, dipotong dan direbus empuk
3 biji cili merah #
5 biji cili padi# (boleh lebih kalau suka pedas)
1 sudu kecil belacan#
30gm udang kering - disangai dan ditumbuk halus
1/4 biji kelapa parut - disangai hingga perang
1 biji limau nipis
3 biji bawang kecil- dimayang halus
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus*
sedikit daun kesum- dimayang halus*
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu kecil garam
*kalau taknak letak bunga kantan dan daun kesum pun takpe

Cara-cara
Tumbuk bahan-bahan bertanda #
Masukkan kedalam bekas bersama jantung pisang yang sudah direbus
Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan bawang
Tambah nampla, garam dan perah asam limau.
Gaul rata
Akhir sekali, tabur kelapa goreng dan udang kering yang ditumbuk halus.
Gaul rata lagi, dan siap !!



OK... jumpa lagi !!!



Sabtu, 23 Julai 2011

Apam Polkadot dan Kek Pisang Badam

Salam... pagi2 lagi CK dh bangun dan siapkan tempahan rakan sekampus dan sekampung CK, cik Puan NorLida. Dia nk bawa balik kampung suaminya di Bahau, Negeri Sembilan. Yelah dah dekat nk sambut Ramadhan ni, so banyak la kenduri tahlil. Selain apam polkadot, dia juga order 100 biji karipap frozen dari CK. Alhamdulilah..ada jer rezeki walau ada orang yang cuba nk sabotaj bisnes CK sejak akhir2 ni :(

Apam Polkadot inti kacang merah.



Kek Pisang Badam Cendanakasih

Disebabkan dia nk buat kenduri tahlil, so CK sedekah ler sebijik kek Pisang. Abis jer buat apam, terus CK membakar kek. Sambil tu masak2 untuk lunch. Selesai masak, kek pun siap....

Kek Pisang Badam Cendanakasih
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur
* kepingan badam untuk ditabur

Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)


Kek ni bolehlah dibuat untuk makan2 sambil2 potong bawang, goreng karipap tu nanti... hehehe...semoga semuanya berpuas hati dan sudi order lagi :)



Rabu, 22 Jun 2011

Kek Pisang Daisy

Selamat Petang. Dah minum? Masak kuih apa?

Ni hidangan minum petang kami sekeluarga. Kebelakangan ni CK rajin sikit, so adalah kuih muih sebagai kudapan. Semalam CK dah beli pisang berangan yang masak ranum. Balik jer rumah terus buat cekodok (teringin benar nk makan) dan hari ini projek kek pisang plak.


 Kek ini lembut dan gebu. CK dan ubahsuai daripada beberapa resipi kek pisang yang ada dan ia menepati selera kami sekeluarga. Lembut sebab menggunakan minyak jagung Daisy. Jebat pun kata sedap. Anak2 dh plan nk bawak bekal ke sekolah.

Tapi kalo korang tak nak guna minyak jagung pun takpe. Boleh ganti dengan butter yang dicairkan ataupun minyak masak biasa...


Kek Pisang Daisy
Sumber: cendanakasih

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur


Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)




Ok... sapa nk rasa? meh amik seketui sorang. Ada banyak tu. Kalau masih tak puas makan, sudikanlah mencuba respi ni yer !!



Isnin, 16 Mei 2011

Kek Pisang Maklang

Salam....  ni juadah minum petang tadi, tp malam ni baru sempat update... siapkan tempahan frozen karipap dan onde-onde dari cikgu Wati. 
Lepas habis buat kuih, sempat gak ler buat kek ni, sayangkan si pisang emas yang masak ranum tu. Aku ni mmg selalu fail buat kek, tp kali ni alhamdulillah..menjadi la jugak. Kali ni guna tepung naik sendiri plak. Tak brani dah nk guna tepung gandum biasa tu...kang bantat lagik !! hahaha.....







Kek Pisang MakLang
Sumber : MakLang &Yatie Cooking
Copy : Kak CT, Anna Qawina

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung naik sendiri
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur
* 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek
* 1/2 cawan minyak
* sedikit esen pisang..(guna esen vanilla jer)
* 50 grm coklat rice

Cara-cara
* Ayak tepung
* Pukul telur & gula hingga kembang
* Kemudian masukkan pisang & esen vanila
* Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
* Tambahkan coklat rice,
* Bakar/kukus



Sedap tau kek ni... Jebat pun kat lembut....  so korang cubalah !!! 



Sabtu, 14 Mei 2011

Pulut Bangkok

Salam.... bila nampak jer kuih ni kat rumah Kak Rose, terus teringin, almaklum lah.. aku suka kaler kuih ni.. ada hijau, ada kuning..cantik jer... dh terasa2 kat tekak ni. Hari ni dengan penuh kerajinan aku pun buat ler...

Alamak... Pulut Bangkok dah jadi pulut bengkok la plak. Errmm... gara-gara my Jebat, disuruh beli pisang – memanglah beli, tapi si Pisang Emas yang dibawa pulang. Nak dibawa belayar bersama gamaknyer... Bila ditanya takde pisang tanduk ke? Jawabnyer... tanduk dah diambil oleh kerbau. Nangka dah dibalut kat pokok... Eeee... geram kan....

Errrmmm... apapun, hentam sajalah labu. Janji ada pisang. Kalo takde kang, buah labu plak yang aku letak dalam pulut ni... hahaha


Terima kasih pada kak Rose dan Kak Wan yang sudi berkongsi resipi. Lain kali nk guna pisang nangka atau tanduk ler... kasi cantik dan sedap makan.



Bahan A
500gm beras pulut
300ml air
100ml santan pekat (KARA)
Pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.



Sedap kuih ni. Sesuai untuk minum petang.

Isnin, 2 Mei 2011

Kuih Lapis Pisang

 Hari ni takde mood nk masak-masak. Tapi teringin plak nk makan kuih lapis pisang ni. Dulu pernah buat sekali tapi tak sempat nk ulang, dah habis. Kebetulan ada banyak pisang kat rumah, beli hari Jumaat lepas kat Tesco Puchong. Murah..so borong lah banyak sikit. Plan asal nk buat popia pisang, tp macam malas plak.



Bahan-Bahannya:-
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:-
•campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
•campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
•campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
•Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
•Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
•Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
•ulang sehingga habis.

Layan jer lah gambar2 yang diambik oleh Jebat ni... sambil si Toncet gayut-gayut kat tepi meja, mintak nk rasa kuih ni... Aku cakap "haipppp....nanti jap...ambik gambar dulu!!! "


Hari ni aku buat kuih ni satu loyang besar. So korang jangan rebut2 yer..ambik lah berapa banyak yang nak !!! tapi air kopi takde yer... (dah brapa taun kita tak minum kopi plak - ayat Belalang) hahaha

Jumaat, 1 April 2011

Popia Pisang

Selamat Petang.

Kali ni buat popia pisang. Dah lama tak buat pun. Sesekali makan pisang, boleh kan Artkins. hehehe...

Kebetulan adik si Jebat plak datang. So dapat la merasa.... ermm...budak tu mmg takde perasaan. Sume leh bedal...hentam sajalah labu !!!  tambah plak bila dh lapar, sume benda licin... alahai Eddie !!!

Kali ni aku guna pisang berangan. Sedap laaa...dh masak ranum.


 Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan ( 4 biji popia )
* 2 biji pisang berangan -dibelah 2 dan dikerat 2 (jadi 4 bahagian)
* kelapa parut secukupnya (digaul sedikit dengan garam)
* gula perang
* kepingan badam (sukati nk letak ke idak) kacang tanah, gajus pun boleh... tp kali ni x letak
* 4 keping kulit popia (saiz besar)
* sedikit kuning telur-dipukul
* minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Ambil sekeping kulit popia
2. letakkan pisang tadi (2 kerat)
3. letakkan juga gula perang, kelapa parut dan kepingan badam.
4. gulung seperti biasa
5. Dihujung kulit popia, sapukan telur untuk melekatkan kulit popia itu.
6. Goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan
7. Siap untuk dihidangkan....

Kata orang, sedap jugak makan ngan eskrem. Entah laa...aku tak pernah cuba lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...