Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2020

Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum !

Inilah menu yang sering CKak order bila lepak mamak 😛 hahaha. Tapi kan, bukan semua kedai dapat jual mee goreng mamak yang sedap. Dulu ada satu kedai mamak di Taman Kota Cheras. Ckak suka mee goreng dia. Sekarang ni plak Mee Goreng dari restoren Miraasa Taman Puncak Jalil. Kedai lain kureng kick.


Kadang-kadang bila kerja banyak, Ckak suruh jer si along gi tapau Mee Goreng. Tapi makan depan pc ni agak bahaya. Perut tengah lapar, dan kerja yang menimbun memaksa kita habiskan mee goreng tanpa sedar 😜

ok lah...kat sini Ckak share resepi mee goreng mamak dari arwah Mamak Haji. Alfatihah buat Mamak Haji yang tak lokek kongsi resepi hinggalah ke akhir nafasnya.

RESEPI MEE GORENG MAMAK
.
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:
.
Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai.
.
RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
.
Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
.
Selamat Mencuba 😘 ~~
.
credit:Mamak Haji-Original


 
 
Ok lah, sampai sini dulu. Selamat Mencuba !

Jumaat, 18 Disember 2020

Mee Kari

Assalamualaikum




Bahan²
Mee Kuning
Rempah kari
Daun kari
Santan ( sy guna kelapa fresh )
Bawang putih * ( blend )
Bawang merah * ( blend )
Halia * ( blend )
Cili kering di blend
Ayam ( potong kecik )
Fish ball
Fish cake
Tauhu kering
 
Cara²
1. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan tumis bahan bertanda * ( diblend )
2. Masukkan rempah kari , tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan cili kering diblend
4. Bila rempah semua dah pecah minyak, masukkan potongan ayam.
5. Masukkan air sedikit , biarkan mendidih .
6. Masukkan santan & perlahankan api . Kacau sekali sekala untuk sebatikan bahan.
7 Masukkan fishball, fishcake, udang , isi kerang, lala, ketam (suka hati la nak masuk apa ) 
8. Last sekali masukkan tauhu kering. Yang nie sy masukkan sedikit shj sebab tauhu kering nie serap banyak kuah . CKak lebih suka tauhu kering ni di goreng. Nanti nak makan, rasa rangup jer. 
9. Jangan lupe perasakan dgn garam dan cukup rasa.


Bahan hiasan:
Sawi dicelur
Taugeh ( fresh )
Telur rebus
Daun bawang / sup
Cili besar merah
Cili kecil hijau
Limau kasturi
Kerang ( boleh juga nak asingkan atau letak terus dalam kuah, tp CK suka kerang buat sambal tumis ) 
Boleh lah masukkan mee yg dah dicelur dan kuah ke dalam mangkuk . Letakkan bersama bahan² hiasan ye.
Sedia untuk dimakan & selamat mencuba
🥰



Ok.. sampai sini dulu. Selamat mencuba 

Isnin, 7 Disember 2020

Kuetiau Sup Ringkas

Salam...

Bila malas melanda, gini laaa... Ada kuetiau, celup dan makan dengan kuah sup


Resepi? CKak tengok IG AdikFood masak sup fiahball. Aduii sedapnya, dan yang penting ringkas. 


caranya,  rebus ikan bilis bersama bawang holand, bawang putih dan lada sulah.  Rebus la selama 15-20 minit. Kemudian tapis airnya.

Dah tapis supnya, masuklah fishball. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Nk tambah secukup rasa pun boleh, terpulang. Adjust la rasa sup tu.

Kemudian, celur kuetiau dan sayur-sayur. Letak dalam mangkuk. Hias la dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan bawang putih goreng. Nak pedas, boleh letak sambal.
Ok...siap.



Makan plak dengan cili potong, perghhh... Oittt...ingat diet sikit 🤣

Jumaat, 1 Mei 2020

Maggie Goreng Mamak

Salam.. nk lepak mamak dah tak boleh. So terpaksalah masak sendiri. 

Hari ini craving maggie goreng mamak style. 

Guna mee kering jer, kemudian goreng macam biasalah


ada juga lempeng kelapa muda. Orang Kedah panggey Pek Nga. Asalnya beli kelapa muda , tp dapat tak brapa nak muda. Isinya dah keras. Sayang plak nk buang, maka terhasillah lempeng kelapa. CK suka cicah dengan gula 😅

Jumaat, 20 Disember 2019

Bihun Celup

Salam... Ok... hari ni akak share respi plak yer. Bihun celup ala thai. Tak suka bihun boleh ganti dengan mee, kuetiau atau megi. Sayur-sayur pun terpulanglah nak letak apa yang ada dalam peti. Tapi janganlah sampai pinjam rumah sebelah yer. No no no 🤣🤣🤣




👇BAHAN² KUAH
1ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam(tumbuk)
Lada sulah
Bawang putih(1labu blender)
Akar ketumbar
1ketul Kiub ayam

👇BAHAN² HIASAN
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(sy ganti sawi)celur
Kacang tumbuk(tp sy xguna)
Lobak masin(celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
bebola ayam, daging. ikan
Serbuk cili kisar (chili flakes)
Cili jeruk
Daun ketumbar

👇CARA²
Didih kan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yg dh di tumbuk halus td..Sambil2 tunggu didih tumis kan bawang putih yg dh di blend td sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah td(time ni kuah wangi,bau mcm bihun pama) dan perasa kan garam,aji,gula sikit..Bahan2 ni sy agak2 je ye untuk yg byk mana sy msk..
Tunggu ayam lembut sikit keluar kan ayam yg isi utk di racik.. Kemudian boleh la hidang kan bersama bahan-bahan hiasan


Jumaat, 19 Januari 2018

Tempahan Mee Kari Nyonya

Hari ni menyiapkan tempahan Mee Kari Nyonya dari warga Equine, Seri Kembangan. 


Mee Kari CK menggunakan ayam, dan yang specialnya ialah didatangkan bersama cili sumbat dan tauhu sumbat. Ala, yang selalu orang makan steamboat/yong tau foo tuh hehehehe..... 



Kuahnya pekat dan lengkap dengan sayur-sayuran tawww....



Satu bekas ni rm5, disertakan sekali ayam, cili sumbat dan tauhu sumbat. Mana nak dapat harga gini kan??




OK... ini feedback dari pelanggan-pelanggan tentang mee kari yang CK buat tuh. Terima kasih semua. Lain kali order lagi yer 



Nak order? silalah wassap ke link ini
www.wasap.my/+60173617857

penghantaran seluruh kawasan Puncak Jalil dan Equine adalah percuma. Tempat-tempat lain bergantung kepada kuantiti order. Kalo banyak CKak bagi free deli jer.  Hari jumaat pun free deli tawww...dan jika anda terpilih sebagai pelanggan bertuah, ada hadiah menarik menanti anda. Hehehehe 


#MeeKariNyonyaSeriKembangan 

Khamis, 30 Mac 2017

Wantan Mee Kicap

Assalamualaikum...lama tak bersiaran....
Ni menu semalam.... CK buat ala2 wantan mee kicap gitu....tp sekadar guna mee kering jer.....

Dalam gambar ni mee untuk hidangan anak2, so takde la lada jeruk bagai


Mee kering direbus/celur, toskan.

Sos kicap
bwg putih - tumbuk
Lada sulah
Sos tiram
Kicap.pekat
Kicap.manis
Kicap.cair
Minyak bijan kalo suka

Tumis.bwg putih sampai coklat....masukkan lada sulah...kacau... masuk air sikit pastu masuk.bahan2 lain... masak hingga mendidih, pekat.... last skali renjiskan minyak bijan jika suka

Sup Ayam
Tumis bwg putih, masuk lada sulah...dah coklat masuk air.... letak tulang ayam/kaki ayam, bay leaf jika suka..... dah mendidih masukkan ayam yg dipotong 4, slow api... masak hingga ayam timbul... perasakan kuah dgn garam...

Ayam yg dh masak.tadi, toskan... masuk dlm.air ais...biar dia sekejap...pastu toskan... lumur dgn sos tiram, kicap.cair.... perap sekejap pastu boleh grill/bakar atau goreng. Dan sejuk, potong ikut selera masing2. CK buang tulang sebab senang anak2 nak makan.

Ok.. sekarang kita nk sediakan Wantan Mee Kicap
Mee yang ditoskan tadi, ambil dalam secekak (portion untuk seorang makan) dan masukkan ke dalam mangkuk. Ambil 2 sudu sos kicap yang kita masak tadi dan gaul rata. Rasa lah kalo kurang kick, boleh tambah lagi sos kicapnya ... hhehe....ok...dh siap, letak dalam pinggan

Hias mee dgn wantan goreng, ayam goreng,  dan sup yang ditabur bawang goreng, daun sup, daun bawang.
Jika nk pedas, boleh hidangkan bersama cili jeruk atau cili padi potong tambah kicap... Perghhhh...terangkatttt !!!!





Sabtu, 11 Februari 2017

Mee Rebus CK

Mee Rebus ni paling senang buat. Blender dan masuk dalam periuk....inilah menu yang sering CK masak bila kawan2 datang ke rumah. Kebetulan masa cuti Thaipussam Khamis lepas, kawan2 CK datang minum petang di rumah. 

bahan taburan
 mee kuning - dicelur
tauhu, taugeh, telur rebus
cucur udang, daun sup, daun bawang
bawang goreng, limau, cili 


Bahan Blender 1
serai - dititik 
Bahan blender 1
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*

Bahan blender 2
5 biji kentang -rebus empuk
1/2 cawan udang kering -basuh dulu
1/2 cawan kacang tanah - digoreng dulu
2 sudu besar taucu

Bahan lain
3 sudu besar rempah kari daging 
2 sudu besar pes cili kering (cili blender)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar susu pekat manis
gula, garam, perasa secukupnya

Cara-cara
Tumis bahan blender pertama hingga naik bau
kemudian, masukkan cili blender, dan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak/garing. Kemudian, masukkan bahan blender kedua dan bahan2 lain (daging, tulang, sos dll)

Senang kan...bahan2 memang nampak banyak, tp cara memasak mudah jer..... 


kredit to Kak Najjah for this photo. 

Khamis, 14 Januari 2016

Mee Celup

Salam 

CK mmg suka makan mee/bihun/kuetiau celup. Kalo tak buat kat rumah, ke kedai tomyam pun, inilah pilihan utama. So kali ni kita share plak la respi mee celup ni. Moga boleh dijadikan hidangan sewaktu rakan-rakan datang bertandang ke rumah nanti. 

 Mee Celup
Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuetiaw 
lobak jeruk ikan bilis goreng kangkung kacang tanah tumbuk garam gula perasa limau nipis bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

bahan-bahan sup :
perut lembu
daging lembu
rempah sup
Cara:
terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Cara-cara menyediakan mee celup :
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis. Sedia dihidangkan.























Ok...sampai sini dulu

Selasa, 12 Januari 2016

Homemade Kuetiau

Salam...apa khabar?

Hari ni CK goreng kuetiau untuk bekal dan sarapan anak2 dan suami. Tapi kali ini agak special, sbb kuetiaunya CK hasilkan sendiri. Haaaaa...best kan...tak perlu diragui lagi


OK..mari semak resipinya

Bahan-bahan
2 setengah cawan Tepung gandum
1 Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur
1 Cwn Air (air ni agak2, jangan curah semua)
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama kuetiau
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kuetiau

Caranya: 
1.Satukan semua bahan tepung bersama  putih telur, garam dan air
Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.
 *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.
Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kuetiau menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.
Ketebalan kuetiau sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuetiau
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan kuetiau yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kuetiau akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan kuetiau dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit
Kemudian toskan kuetiau hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya kuetiau tidak melekat.
Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba. 


Untuk pagi ni CK buat kuetiau goreng kerang la dulu. Nanti buat charkuetiau plak


OK..sampai sini dulu....











Khamis, 9 Oktober 2014

Mee Rebus Tulang

Salam...
Ck memang suka mee, tak kiralah mee goreng, sup, kari, kuah, dll....sume suka... ok...hari ni CK kongsi mee rebus tulang plak yer, memandangkan mood raya korban blom abis lagi...hehehe....


Mee Rebus Tulang Cendanakasih
1/2  kg Daging tetel lembu 
1/2 kilo tulang lembu 
10 biji bawang merah *5 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1/2 inci lengkuang*
1 senduk pes cili boh
1 peket kecik taucu- dihancurkan halus
3 biji ubi kentang (direbus dan kisar)
1/2 cawan sos tomato3 batang serai dititik½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
3 keping biskut lemak
garamsedikit gula melakakiub daging 

Bahan lain
2 bungkus mee, dicelur dan toskan
taugeh- dicelur sekejap
daun sup, daun bawang
bawang goreng
telur rebus, cucur udang
tauhu- digoreng dahulu 
cili merah, cili padi

Cara-cara
Bahan bertanda * dikisar halus
daging tetel dan tulang direbus hingga empuk (CK masuk dlm pressure cooker dan masak selama 1/2 jam) 
tumis bahan kisar hingga naik bau,kemudian masukkan cili boh. Masak sampai cili garing/pecah minyak
Masukkan daging,tulang yg direbus tadi bersama kuahnya sekali. Masukkan bahan2 lain dan masak hingga kuah mendidih dan ikut kepekatan yg disukai. Siap dan bolehlah dinikmati 





Kalo makan mee rebus, CK dah terbiasa makan ngan cucur udang..tp ikut sukati koranglah yer...kalo malas buat cucur udang, belasah jer la ngan apa yg korang suka...hehehe....

Ok..sampai sini dulu...  

Khamis, 25 September 2014

Laksa

Salam.... dh 2 minggu berturut2 CK buat laksa kat rumah ni, mula2 tu untuk makan2 family, tetiba ada plak kengkawan datang menerjah... so rezeki kawan2 la yer... 

dan bila dah puas makan, terpaksa lah ada siaran ulangan... 



Bila dh buat kali kedua ni, makan lah puas2 yer wahai suami dan anak2. Siaran ulangan macam astro ler plak

Masih lagi resipi yang biasa2 jer...tp cara membuatnya kenalah pandai yer...lain tangan, lain rasanya...hahaha.... Kali ini CK guna ikan mackarel fresh campur plak dengan ikan kembung hasil pancingan jebat kat laut.. opppsss..CK tau sekarang ni tengah trending laksa kuah sadin, tp CK tak minat nk cuba, sbb tak tahan dengan bau hanyir sadin tu... kerja susah sikit takpe la, asalkan dapat makan sedap. 

Bahan-bahan untuk kuah laksa
ikan mackarel + kembong fresh
bawang merah
belacan
petis
cili kering kisar
asam keping
bunga kantan-dibelah 4
daun kesum
air
garam, perasa

Cara-cara
1.Ikan kembung direbus, kemudian toskan. Ambil isinya dan asingkan tulangnya. Isi ikan diblender dan asingkan dalam satu bekas
2.Sementara itu, tulang-tulang ikan tadi jangan dibuang. Blender bersama sedikit air hingga halus dan tapis.
3.Bersihkan blender dari sisa tulang ikan dan masukkan bawang merah, belacan dan cili kisar. Blender sampai halus
4.Masukkan bawang yang diblender tadi ke dalam periuk bersama dengan air kisaran tulang ikan yang ditapis tadi.
5.Letakkan bunga kantan, daun kesum. petis dan asam keping.
6.Hidupkan api dan masak sampai mendidih.
7.Masukkan air dan isi ikan yang diblender. Kuantiti air bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kalo kurang masam, boleh tambah lagi asam keping.
8.Masak sampai mendidih.

Bahan-bahan lain
laksa-direbus dahulu
timun-dicincang
bawang merah-dihiris halus
daun salad-dihiris halus
cili merah, cili padi-dihiris halus
daun pudina
telur rebus


Ni versi CK. Suka makan laksa dengan telur mata kerbau. Baru ada feel...hahaha....


Laksa buatan sendiri, laksa tepung gandum... bukan tepung beras yer... laksa tepung gandum lebih kenyal tapi lembut....ermmm...cannot describe lah....orang kuala kangsar jer yg tahu 

untuk resipi laksa tepung gandum, boleh tengok sini yer 

Bahan-bahan
-1 kg tepung gandum
-air dicampur sedikit garam
-minyak

 Cara-cara:
Masukkan tepung dalam mangkuk besar
Masukkan air sikit2 uli sebati (macam uli roti canai) tp jgn terlalu lembik..
Kemudian bahagi kepada beberapa ketul kecil..
Canai nipis dan sapukan minyak
Guna mesin mee dan mesin
Rebus dalam air panas yang telah menggelegak
Biar sampai masak (nak tau dah masak bila tepung yg direbus dah naik ke permukaan periuk)
Tos dan bilas...
Laksa yg dah direbus sama mcm megi yg dicelur...


OK...sampai sini dulu...Minggu ini bz, bz dan bz

Jumaat, 29 November 2013

Mee Kuah

Salam Jumaat...

CK banyak kerja sikit hari ni, so masak simple2 jer..campak2 apa yang patut, dan siap !! hahaha


Mee Kuah 
Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili3 sudu besar kicap manis 
Beberapa ekor udang, sotong,  
2 biji telur
Sawi, kobis, saleri 
Isi Ayam dan daging -hiris nipis
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering ditumbuk
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis/kasturi - jika suka


Cara-cara
Basuh mee dan toskan
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. 
Biar sampai wangi dan masukkan udang kering.
 Biar seketika dan kemudian masukkan semua sos dan kicap.
Masukkan ayam, daging dan juga udang dan masukkan air secukupnya.
Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. 
Masukkan mee, gula dan garam, dan sayur, 
Masak sekejap dan bolehlah diangkat. 
Hidangkan bersama limau nipis, cili merah, daun bawang dan bawang goreng. 



Ok...siap semua... anak2 dah pun santap.. tunggu Jebat jer blom balik lagi...harap2 dia dah makan kat tempat keje .. hahaha

♥ ♥ ♥

Ahad, 13 Oktober 2013

Mee Rebus Sedap

Salam... 
Apa khabar semua kawan2, diharapkan sihat... Mana yang dah balik kg tu sure seronok dpt bersama sanak saudara kan..tp mana yang tak dpt balik, jangan sedih2 yer, meh kita layan mee rebus dulu...hehehe


CK dapat dan copy resipinya di sini. Dah selalu buat resipi ni, mmg sedap dan kena dengan tekak CK sekeluarga. Tapi kami ni biasalah..makan sekali jer, takbleh nk mengulang sebelah petangnya. So buat jer la sebungkus jer mee kuning... 

Bahan-bahannya 

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tauhu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua



Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Ok...sampai sini dulu. SELAMAT HARI RAYA 

Isnin, 22 April 2013

Mee Rebus Perindu

Salam semua

Mari makan mee rebus yer. Request dari anak CK yang tak puas makan mee rebus kat mamak cendol ari tu. Kak Sheila pun tak merasa kan,,hehehe...takpe, meh makan sini plak


Sebelum ni dah pernah buat mee rebus ni dan mendapat pujian rakan2 , ia adalah gabungan pelbagai jenis respi mee rebus se-Malaysia....dah jadilah Mee Rebus Perindu. Kalo makan, pasti rindu nk makan lagi. .. kata kawan yg makan tu laaa... dan bila buat, sure teringat kat dia. Maaf yer cik Nia, hari ni tak dapat nk hantar sbb awak keje :(


Bahan kuah
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar taucu, tumbuk lumat
500 g daging batang pinang- dihiris nipis
5 - 6 cawan air (tengok banyak mana nk kuahnya)
500gm keledek- direbus dan lecek halus
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 batang serai- dititik
5 keping biskut merie- dikisar halus
Garam dan gula secukup rasa


Bahan lain

taugeh, buang ekor
tauhu goreng
cili hijau - dihiris
cili merah- hiris
daun sup, daun bawang- hiris halus
Bawang goreng secukupnya
cucur udang secukupnya
mee kuning

telur rebus

Cara-cara
Panaskan minyak, timis bahan yang ditumbuk hingga terbit bau. 
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sampai serbuk kari masak
Kemudian masukkan air, daging diikuti dengan taucu. Masukkan sekali lengkuas yang dititik dan serai
Biar mendidih... kemudian, masukkan kacang yang ditumbuk, keledek yg dikisar dan biskut merie. Perisakan dengan gula, garam dan perasa (kuah mee rebus mmg rasa manis2 sikit)
Biar mendidih sekali lagi, sesuaikan kepekatan dan rasa dan bolehlah dihidangkan bersama mee dan bahan2 lain.


Punyalah teringin nk makan, tak cukup bahan pun belasah jer laa...takde daun sup dan daun bawang. Telur rebus pun takde (kes nk jimat telur utk baking kek...hahahah )
Kata along "waa...sama la mcm ari tu" ermmm...iyo laa...mee rebus kat mamak cendol mana ada daging :p

Jemput semua !! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...