Ahad, 13 Oktober 2013

Mee Rebus Sedap

Salam... 
Apa khabar semua kawan2, diharapkan sihat... Mana yang dah balik kg tu sure seronok dpt bersama sanak saudara kan..tp mana yang tak dpt balik, jangan sedih2 yer, meh kita layan mee rebus dulu...hehehe


CK dapat dan copy resipinya di sini. Dah selalu buat resipi ni, mmg sedap dan kena dengan tekak CK sekeluarga. Tapi kami ni biasalah..makan sekali jer, takbleh nk mengulang sebelah petangnya. So buat jer la sebungkus jer mee kuning... 

Bahan-bahannya 

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tauhu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua



Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Ok...sampai sini dulu. SELAMAT HARI RAYA 

2 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Salam aidiladha CK.. Sedap mee rebus tu ;)

Rohah berkata...

sedapnya..nti bila2 bole try versi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...