Selasa, 1 Oktober 2013

Savoury Bread Pudding

Salam...
Kat rumah CK ni, puding roti jenis manis tidak mendapat sambutan semua orang (CK pun) ... oleh itu, kalo ada roti lebih, kami lebih suka buat puding roti jenis pedas (savoury)... ala2, pizza gitu...yang gini, buat saja tak dapat simpan sampai petang, keluar dari oven jer dh licin


Senang jer nk buat puding ni, kalo takmo buat intinya pun takpe...kengkadang (bila tiba time malas) Ck cuma potong sosej dan crabstik jer..kemudian tabur dengan mozzarella, cheddar, sos cili, mayonis...dan bakar...

Savoury Bread Pudding
sumber: Cendanakasih  

Bahan-bahan
6 keping roti gardenia
1 cawan susu segar
2 bj telur
sedikit garam
** telur dan susu dipukul dengan garfu. Roti dicarik-carik kecik dan rendam dalam susu dan telur tadi.

Bahan inti
1/2 cawan isi ayam
3 bj cendawan shitake /apa2 cendawan (tiram, butang, dll)
1 bj bawang holand -dimayang
1/2 sk lada sulah
garam, perisa
mentega untuk menumis
sosej, jejari ketam - ni CK tambah
1 cawan keju mozzarella + parmesan + ceddar (campur2 ler...)

Cara-cara
Mula2 masak inti dulu. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang holand. Biar naik bau tapi jangan sampai garing. Masukkan lada sulah dan kacang. Kemudian, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak hingga isi ayam dan cendawan empuk. Masa ni nk masuk sosej dan jejari ketam pun bleh.
Tambah garam dan perisa
Tutup api, siap

Kemudian, hancurkan rendaman roti bersama susu tadi. Lenserkan loyang dengan butter.
Ambik separuh dari adunan roti tadi dan masukkan dalam loyang. Tuang bahan inti ayam yang dimasak tadi.
Curah baki roti tadi dan tabur cheese
bakar selama 20 minit dalam suhu 200'c.
Siap dan boleh dinikmati bersama sos cili.
** tak nk buat lapisan pun bleh, gaul jer adunan inti bersama rendaman roti tu, dan curah dalam loyang, kemudian tabur dengan cheese dan bakar.


Dah keluar oven...anak2 dah ready dengan pinggan masing2... 



JOM MAKAN !!!


7 corat coret:

tun_telani berkata...

Salam kak CK... tun mkn dua2... pagi ni bekfes banana bread n butter puding. hihi... tp mmg lagi laju makan savoury bread n butter pudding.

mala berkata...

salam ck .. tak pernah buat savoury bread puding. jarang ada lebih roti sandwich kat rumah. memanjang tak cukup. boleh la cuba nanti.

Asyifa Mustaffa berkata...

mnarik juga ni...nak cuba la nnti...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Wah nampak sedap lah CK, boleh akak cuba godek pulak lepas ni :)

mama sara nur berkata...

Assalam
Mcm pizza je mula2 tgk td....sedappp
Ck memang rajinlah.

mama sara nur berkata...

Assalam
Mcm pizza je mula2 tgk td....sedappp
Ck memang rajinlah.

Rohah berkata...

Aah la...mesti budak2 suka...bole try insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...