Memaparkan catatan dengan label chinese food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chinese food. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2011

Tau Sa Piah

Salam semua.
Hari ni CK nk berkongsi dengan rakan semua satu kuih kegemaran CK sejak kecil hingga kini. Dulu CK tak tau apa nama kuih ni, main beli dan makan jer, tp skang baru la tau. Tau Sa Piah nama kuih ni. Tapi my Jebat panggil kuih doraemon, sbb rupanya bulat dan tak menarik langsung katanya..ermmmmm...


Kuih ni jugalah menjadi sarapan setiap pagi depan pc. Time boring pun CK makan kuih ni. Anak2 mmg tak berani usik tupperware depan pc ni sbb diorang tau mak diorang akan mengamuk kalo kuih dalam tu habis..hahaha...Selalunya CK buat kuih ni dalam dua adunan. So dapatlah banyak sikit dan boleh la simpan lama... 


OK lah..meh kita kongsi resipinya. Sudah 2 tahun CK dapat resipi ni dan membuatnya, tp belum sempat ambik gambar/buat entri, kuih ni dah pun habis... Resipi dari MYR. Terima kasih kepada Skyblue sbb sudi berkongsi respi kegemaran CK ni. Lebiu lah !!

Bahan-bahan ( 15 biji )
 * Doh A:
* 120g tepung gandum, diayak
* 60g shortening

* Doh B:
* 120g tepung gandum, diayak
* 30g gula icing
* 30g shortening
* 60ml air

* Inti:
* 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
* 3 sb minyak masak
* 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
* 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
* 1/2 sk garam
* 1 sk kulit oren yg telah dicincang

* Lain:
* 1 biji telur (untuk sapu)
* Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Sedap tauuu kuih ni. Hari2 CK makan kuih ni tanpa rasa jemu. So..sesiapa yang minat tu, bolehlah cuba.




Isnin, 5 September 2011

Fried Carrot Cake ( Fried Lobak)

Salam..

Dah seminggu kita berhari raya, sure dh kenyang kan..hehehe... CK pun baru jer balik dari holiday.... dah hari ni mulakan balik rutin memasak.

Hari ni CK mencuba resipi baru, Fried Lor Bak/ Fried Carrot Cake. Ni makanan orang cina, selalu jual kat pasar2 malam cina. CK nampak resipi ni kat blog Liza Hanum, terus CK ambik resipi dan cuba... hasilnya...ermmm...sedap !!!



SUMBER RESIPI : Bro Rozzan dan Mat Gebu

Bahan Utama :(CK buat separuh adunan)
5 camca besar minyak masak
1 camca besar cincangan bawang putih
200 g parutan lobak putih

Bahan Perasa (disatukan) :
600 ml air
1 camca besar gula
1/2 camca besar garam
1 camca besar serbuk lada sulah

Bahan Pemekat (dibancuh) :
350 g tepung beras
25 g tepung ubi
500 ml air

Bahan Sambal :
20 tangkai cili kering, potong kecil*
3 biji bawang besar*
2 camca besar ikan bilis*
2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :
2 - 3 biji telur
1 camca besar bawang putih
2 camca besar chye poh (lobak masin ), potong kecil2
Sedikit kicap manis
Sedikit sweet sauce
Hirisan daun bawang/daun sup/cili
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1.UNTUK CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, masak sekejap. Tambah bahan perasa dan kacau. Masukkan bahan pemekat dan masak sambil terus mengacau hingga adunan pekat. Tuang dalam loyang ( 8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega, ratakan dan kukus 30 minit atau hingga masak. Sejukkan betul2 sebelum dipotong kecil.

2.BAHAN SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, tambah sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

3.PENYEDIAAN FRIED CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 camca besar bawang putih dan masukkan chye poo. Masukkan 200 - 300 g carrot cake yang telah didadu tadi bersama 2 - 3 camca besar sambal dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dalam kuali yang sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan sweet sauce dan sedikit kicap manis, kacau lagi hingga rata. Rasa jika ok boleh diangkat. Tabur dgn hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan hirisan cili kalau suka.


Kiranya kan... Fried Lobak ni macam kuih talam berlauk orang melayu lah...tp caranya lain sikit, digoreng macam mee gitu...ermm...entah laaa... Jebat CK tak makan pun, sekadar rasa jer (nk amik ati CK jer..)



Inginkan cuba sesuatu yang baru. Meh la masak fried carrot cake !!




Sabtu, 18 Jun 2011

Hua Sen Tang Yuan

Aloo... ini hali CK mau invite kawan2 makan Hong Kong dessert maaa... manyak shedap woooo...hehehe...

Dulu CK pernah buat chinese dessert ni, tp dalamnya takde inti. Kuahnya pun plain jer.. tp kali ni CK dh pandai sikit, dan dapat resipi yang betul2 Hong Kong mali...

Tang Yuan/kuih ee ni macam buah melaka la bagi orang Melayu, Cuma dalamnya ada inti, iaitu inti kacang merah, bijan hitam, kacang hijau dan lain2. Tapi buah Melaka orang Melayu letak gula melaka jer kan...

Keistimewaan Tang Yuan ini dimakan dengan kuah. Haa.. itulah kelainannya. Kuahnya pula kuah kacang manis. Meh kita tengok cara2 buat kuih ni yer.
*gambar tak menarik perhatian sbb CK guna henpon jer..malas nk ber DSLR


Hua Sen Tang Yuan
Sumber: cendanakasih.blogspot.com

Bahan-bahan A(untuk bebola)
-1 cawan tepung pulut
-Air secukupnya
-Pewarna kegemaran
-Inti secukupnya (nenas, bijan hitam, kacang merah, kacang hijau ataupun kelapa..terpulanglah kat korang)


Cara2
-Tepung pulut digaul dengan air sampai lembut. Sama la macam kita nak buat buah melaka tu. Bila dah lembut, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna pilihan anda

-Ambil secubit dan leperkan. Letak sedikit inti. Cantumkan kembali dan bulat2kan. Buat sehingga habis adunan.
-Panaskan air dan biar mendidih. Masukkan bebola tadi. Bila terapung, bolehlah diangkat.

Bahan-bahan B (untuk kuah kacang manis)
-1 cawan kacang tanah- yg telah dibuang kulitnya
-1 genggam beras pulut
-gula batu secukupnya
-3 hiris halia
-2 helai daun pandan- disiat2.

Cara-cara
-Kacang tanah direndam semalaman. Kemudian digosok untuk buang kulitnya (lebih baik beli yang sudah dibuang kulitnya, senang kerja)
-Sediakan periuk dan masukkan air. Rebus kacang tanah bersama beras pulut selama 3-4 jam (sampai kacang lembut dan beras pulut hancur)
-Masukkan gula batu. Ikut kemanisan masing2 yer
-Letak halia dan daun pandan.
-Biar mendidih sekejap dan siap

Cara Menghidang.
Masukkan bebola ke dalam mangkuk. Sendukkan kuah kacang manis, dan sedia dinikmati.

SELAMAT MENCUBA !!


Inilah rupanya isi kandungan dalam tu.. ada inti kacang merah. Kalau rajin/suka, bolehlah buat inti bijan hitam. Ni baik untuk kesihatan. Selain tu boleh gak buat inti kacang hijau, nenas, dll



CK ni suka mencuba menda2 baru, tambah plak rajin dok layan layan chanel AFC. Asyik kuih2 melayu jer boring gak kan. Sesekali cuba plak dessert bangsa lain. Dan dessert ni memang boleh masuk list. Sedap dan tak jemu dimakan. 

Ok...sampai sini dulu !!!

Khamis, 30 Disember 2010

Kerepek Arror Head/Ngaku

Salam semua. Baru jer sampai dr Melaka pukul 3 tadi. Ingat nk rehat, tp mata takleh lelap. Sambil2 jalan ke rumah kengkawan, aku goreng la Ngaku (arror head ni).. mmg best kalo buat kerepek. Masa tengah goreng tu, tgh singgah rumah Izah Muffin Lover, tengok mini muffin dia yg mengancam tu...tetiba baru teringat kerepek dalam kuali. Sekali tengok..alamak...mcm kulit Jebat aku dah...sib baik boleh diselamatkan lagi !!! alahai Izan, penangan muffin mu mmg hebat. Memang harus ku buat !!!

Ni la rupanya kerepek ngaku yang baru digoreng. Beli buah ngaku ni kat Pasaraya Bintang, Klebang nun. Murah plak, sekilo rm 4.50. Aku amik ler sikit. Balik tu terus goreng.

Bila dh selesai goreng kerepek, goreng plak cekodok pisang ni. Pisang tengah banyak kat rumah ni. Tu la cadang nk buat muffin pisang cik Izah tu.. tergoda sungguh aku, sampai garing kerepek ngaku aku tu.

Aksi Rayyan yang tido dalam kete. Penat main, tido ler.. sian kat abang Irfan, adik punya pasal kena duduk/tido kat bawah. Takpe..nanti papa beli lori Tesco yer !! kita boleh bentang toto kat dalam tu..heheh...

******************

Untuk adik2 yang tak tau rupa bentuk buah Arrorhead/ngaku, kat sini aku ada tepek gambarnya (ambik dr cik Google jer...) aku punya udah selesai buat kerepek..lupa plak nk snap gambar masa mula2...

Inilah rupanya si NGAKU (arrorhead) tu... pernah tengok ker? kat pasaraya ada..

Untuk buat krepek, kena kupas kulitnya dulu yer..nanti jadi mcm gambo kat atas tu... pastu hiris halus2 macam kuat kerepek pisang tu ler..goreng macam biasa...letak garam sikit...

Khamis, 23 Disember 2010

Wantan Mee Kicap :)

Yuhuuu... hari ni langit suram jer. Tapi tak ujan. Sejuk..macam kat obersea la plak (tp kat obersea kan salji...huh..mesti aku semput giler kalo ada kat sana yer,) Ok..hari ni makan wantan mee kicap yer..my faberet. Kalo g chinese restoren, mesti order yang ni. Tapi kali ni versi buat kat rumah yer...


 BAHAN UTK MEE :
* Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
* 5 sudu kicap pekat
* 5 sudu minyak bijan
* 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
  
BAHAN UNTUK SUP:
*1 cawan ikan bilis tamban
*1 kiub ikan bilis megi
*3 ulas bawang putih-diketuk
*sedikit serbuk lada sulah
*fishball secukupnya
*minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK HIASAN:
* Small Pak Choy - rebus
* Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
* Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
* Ayam digoreng garing - ketukkan
* Daun sup & daun bawang dicincang

Cara-cara

1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
2. Untuk sup : Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada sulah. Masukkan air bersama ikan blis dan kiub ikan bilis. Biar hingga mendidih. Kalau kurang masin, boleh tambah garam. Masukkan skali fishball. Siap


CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
7. Taraaa! siap untuk di makan...!


OK... Slamat Menjamu Mata. Kalau nk rasa betul2, jemputlah datang rumah..tp inform awal2 yer..sbb nk pegi kedai ler beli barang... kalo tak, nanti dapat makan sekut kering jer lah... hehehe... :)

Jumaat, 3 Disember 2010

Mee Kari Nyonya

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni takde masak nasi, dh borink, so makan mee la plak. Kita ada pelbagai jenis mee kari kan, dr Mee Kari Melayu, Nyonya style, chinese style..sume ada.. tp ada ke Mee Kari India? mee rojak kot...


Aku lebih suka mee kari macam kat kopitiam, ala2 nyonya ler..sbb letak daun kesum dan bunga kantan. Mmg best laaa...tp kalo makan kat luar tu, takleh nk mengulang dua tiga kali..so buat ler sendiri...hehehe

Nyonya Curry Laksa Recipe. Sumber http://www.asianfamousrecipes.com/

INGREDIENTS :
500g fresh yellow noodles
300g meehoon
200g bean sprout
200g prawns (medium size)
200g chilli cuttlefish*
Some chopped ginger flower
Some mint leaves

LAKSA GRAVY :
A (POUNDED) :
200ml oil
100g shallots, peeled
15 red chillies
10 dried chillies
2cm turmeric
2cm galangal
5 stalks lemongrass
10 candlenuts
1 tbsp toasted shrimp paste

B :
2500ml water
1 tbsp rock sugar
2 tsp salt
150ml light soya sauce

C :
5 sprigs kesum leaves
3 stalks lemongrass, crushed
6 kaffir lime leaves

D :
300ml thick coconut milk
12 taufu pok, cut each into half

SAMBAL CHILLI :
5 red chillies
4 dried chillies
6 shallots, peeled
4 pips garlic, peeled
1 tsp coriander seeds powder
1/2 tsp turmeric powder
1 tsp toasted shrimp paste powder
3 stalks lemongrass
1/2 tsp salt
2 tbsp sugar
50ml coconut milk
100ml oil

METHOD :
1. LAKSA GRAVY : Sauté Ingredients A until fragrant, add in B and bring to boil. Add in C and simmer at low heat for 30 minutes. Add in coconut milk, taufu pok and simmer for another 5 minutes.

2. SAMBAL CHILLI : Put all ingredients into a wok and stir-fry at low heat until aromatic. Dish up.

3. Blanch yellow noodles, meehoon bean sprout and prawns separately. Dish and drain.

4. Put some yellow noodles and meehoon into bowl, top with some bean sprouts, and pour boiling soup over. Sprinkle chopped ginger flower and mint leaves on top. Serve hot with chilli cuttlefish and sambal chilli.

NOTES :
. Coconut milk should be added last and cooked with low heat to prevent it from curdling.
. Chilli cuttlefish : Blanch 300g pre-soaked dried cuttlefish strips in boiling water. Add 3 tbsp sambal chilli and stir well.



Ceritaku: Ada sesiapa boleh explain kat aku ttg diskaun bayaran saman baru2 ni..mcm mana tu ek? sapa yang kena saman sebelum 30November dapat diskaun ke?? saman jenis macam mana tu ek??
Aku dh check kat MyEg, laman JPS, PDRM (sume online ler..) kompom takde saman, tp bila check sms ke DAPAT, ada plak satu saman...ish..runsing betul ler...

Isnin, 23 Ogos 2010

Kuih Ee


Ni dessert SEMALAM yer..bukan buat hari ni...
Malas nak ke pasar ramadhan, so kita buat dessert yang simple2 jer. Hari tu nampak kuih ni kat rumah CikManggis. Terus tergoda. Semalam baru dapat merealisasikan keinginan itu. Cewah !!!

Ni sebenarnya chinese dessert.Pernah gak tengok dalam rancangan masakan cina. Betullah kata akak CikManggis, rasa hirisan halia bergabung plak dengan rasa manis gula tu..wallah...mmg best..Tak sedar diri makan. Terima kasih akak CikManggis.

Ingredients
•250g glutinous rice flour
•230ml water
•Pink and red colouring

Syrup:
•200g sugar
•1,200ml water
•3 pandan leaves, knotted
•2 thin slices of old ginger

Method
>Put glutinous rice flour in a basin. Make a well in the centre, add water gradually and mix until a soft dough is formed. Divide dough into 3 equal portions.
>Leave 1 portion uncoloured, add pink colouring to another, and red to the other.
>Roll each portion out into a long strip, then pinch off small, equal portions; roll each small portion between the palms of both hands to form round balls.
>Bring the water to a boil and add the balls. When the kuih ee is cooked, they will float to the surface. Remove the balls with a wire mesh ladle or slotted spoon and drop into a basin of cold water; leave to cool, then drain.

To make syrup:
>In a large saucepan, mix water and sugar and bring to a slow boil. When the sugar dissolves, add pandan leaves and ginger slices.
>Boil over low heat for 5 minutes, then add the cooked kuih ee. Bring the syrup to a boil, remove from heat, and serve as a hot or cold dessert.

Note
For a change, serve the glutinous rice flour balls with chilled fruit cocktail.



** Lain kali boleh buat lagi dessert ni. Tapi aku nk ubah sikit.Nk letak inti plak kat dalam bebola tu. Mungkin inti kacang merah kot. Lebih sedap...

Khamis, 8 Julai 2010

Mee Sizzling

Memang lapar kalo dok sorang2 ni. Takde kawan nak sembang, cuma layan games kat tenet ni jer.. idak pun blogwalking... dh penat tu...makan ler plak...

Meh sapa nk share mee sizzling ni? cepat, cepat... ada banyak lagi tuh... tapi bawak telur sendiri yer. Tak kira ler telur penyu atau itik....wakahkahkah...



Sapa tatau masak mee ni, ni ada resipinyer... cubalah..sedap woooo..kalau kat foodcourt satu hot plate= 6.90. Pas tu sikit plak tu..tak puas makan...

Bahan-bahan
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Telur separuh masak tu wajid ada. Kalau tak, pasti tak cukup syarat....

Makan ngan cili hijau+kicap



Ok..sampai sini dulu...

Khamis, 1 Julai 2010

Fish Head Vermicelli

Boringnya hari ni, lapar plak tu.. nak masak macam takde mood jer, tapi perut ni tengah lapar. Nk makan megi macam boring jer, nk makan roti sapu jem, aku DAH JEMU...apa nk buat ek???

Rodek punya rodek, aku buat ler respi baru ni.. dapat kat AFC. Mesti ganjil kan kepala ikan wat sup? idak ker bau hanyir? tapi percayalah...takde bau hanyir..yang penting kena pandai masak laa.. cuci bersih2 dulu kepala/tulang ikan tu dengan asam limau dan garam..kemudian rebus...meh tengok respinyer..tp dalam english lah yer..




Ingredient
4 cups oil for deep frying
1/2 (300gm) fish head , cut into 4 pieces (i use red snapper)
salt and pepper to rub into fish head.
6 slices ginger
60gm mustard pickle-sliced
3 chinese cabbage leaves , cut
1 1/2 litres fish stock or chicken stock

1 pkt of dried rice noodle (vermicelli) bigger type
2 tomatoes- cut into wedges
2 stalks spring onions-cut 1" length
1 cube chicken cube or anchovy cube
1 tsp sesame oil
2 tbsp evaporated milk

How to make fish head noodle soup:
1. Deep fry the fish head to golden in high heat. Drain.
2. Heat little oil and fry the ginger. Return the fish head and add in stock and prickles. Let it boil for 15 mins.
3. Meantime soak noodle in hot water till soft.
4. Add the remain ingredients to the fish head soup. Let it boil for another minute.Season with extra pepper if desire.
5. Lastly add noodle and serve hot .





Alhamdulilah...kenyang.... aku ni tiap2 pagi suka beno tengok rancangan makan2 kat AFC. Kebanyakan respi orang cina Singapura. Sesekali cuba masakan cina pun sodap gak...


Selasa, 11 Mei 2010

Kung Pao Chicken

Masakan hari ini, macam biasalah ayam. Tapi buat resipi baru, Kung Pao Chicken. Tak pernah lagi masak lauk ni, cuma pernah nampak kat rumah Nurindah, Kak Ina KL dan lain2 rakan blogger yg rajin memasak...




Meh kita share resipinyer kat sini..Sedap ooooo....

Bahan-bahan ( 4 orang )
Bahan A

600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus

Cara-cara
1.Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3.Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4.Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5.Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6.Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api....

Jumaat, 8 Januari 2010

Fishball Noodle

Salam...huh, sejak anak2 sekolah pagi, mmg bz jer memanjang, tak sempat nk update blog ni. letih sungguh...sori yer kengkawan, tak sempat nk menjelajah ke rumah korang..insyaalah, time cuti ni lah yer....

Time ujan2 cenggini mmg best makan bihun sup. Ni fishball dengan bihun, cadang nk makan ngan kuetiau, tapi malas la plak nk g kedai beli kuetiau/mee. So bantai jer lah ngan bihun.


Sekarang ni, stok fish paste mmg sentiasa ada jer dalam esbox. Kuah sup ni pun daripada stok ikan tau..nantilah time senang sikit, aku edit balik, bgtau cara2 buat stok ikan ni. Mmg tak hanyir langsung, rasa mcm sup ayam jer...

Senang jer nk makan benda ni, celur bihun, taugeh dan sayur-sayuran yang berkenan di hati. Didihkan kuah sup, dan masukkan aneka fishball. Dh siap, bolehlah masukkan ke dalam pinggan. Tuang kuah sup dan tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng...siap!!!




Sabtu, 19 Disember 2009

Sizzling Mee

Sejak dua menjak ni, suka betul makan sizzling mee, asal pegi food court jer, mesti order sizzling mee, pas tu kalo tak puas makan/mee kat sana tu tak sedap, balik umah buat lagi dan makan lagi.....pregnant kali ni aku suka betul makan mee, tak kiralah mee kuah ker, mee goreng mamak, mee sup...asalkan mee/kuetiau jer..sume boleh... janji benda tu "NOODLE".

Ada satu hari tu, aku suruh Hang Jebat g beli mee goreng mamak di kedai kat umah ni, dia kata asyik muka abang jer yg beli mee goreng ni hari2..ish...malu la plak....tp last2 dia g beli gak, takut bini dia merajuk...ha,ha.ha....




Bahan-bahan
-2-3 sanggul (gulung) yee mee
-5 ulas bawang putih
-5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
-1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
-3 biji cili kering- potong 2
-2 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar kicap pekat
-1/2 in halia- hiris nipis
-Serbuk lada hitam
-garam- secukup rasa
-Beberapa titik Minyak bijan
-1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
-sedikit minyak utk menumis


Cara-cara
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. 5.Biarkan mendidih.
6.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
7.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
8Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
9.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


Sizzling mee ni, kalo makan dalam hot plate lagi sedap kan...tp mana aku nk cari hot plate tu?? ala...dh siap masak, makan jer la...tak yah hotplate pun, masuk perut kenyang gak kan...he,he....


Selasa, 4 November 2008

Nyonya Laksa

Dh lama teringin nk makan nyonya laksa ni, tp hang jebat aku tuh asyik sibuk jer, tak sempat nk g pasar beli barang. Pertama kali tgk juadah ni Chef Florence Tan masak kat tv, wah..terliur betul, sbb laksa ni penuh dengan barang-barang. So aku pun try ler..
Thanks to Cik Mat Gebu (myresipi) atas sumbangan resepi anda. Memang sedap. Satu kelainan

Bahan-bahan
>1 bungkus mee laksa kering, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak makan.
>1 biji timun, diracik halus
>Segenggam daun kesum, dimayang
>10 biji limau kasturi, dibelah dua
>5 biji cili merah ditumbuk dgn 1 inci belacan bakar hingga lumat
>Isi kerang dan udang rebus serta taugeh secukupnya

BAHAN2 UNTUK KUAH:-
>300 ml pati santan
>1 liter santan cair (perahan kedua)
>5 biji buah keras*
>5 batang serai*
>2 inci lengkuas*
>1 inci kunyit hidup*
>15 ulas bawang merah kecil*
>3 biji bawang putih*
>1 inci belacan, dibakar*
>12 tangkai cili kering, potong dan celur dgn air panas, toskan*
>1/2 camca teh lada sulah*
>1 camca besar serbuk ketumbar*
>50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
>Segenggam daun kesum
>3 kuntum bunga kantan, dibelah dua
>3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan
>10 biji tauhu "pok", dipotong dua
>2 keping "fish cake", dihiris nipis
>3 keping asam gelugor
>Garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1.Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
2.Bila mendidih, masukkan isi ikan, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor, fish cake dan tauhu pok.
3.Biarkan menreneh kurang lebih 20 minit.
4.Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan gula.
5.Biarkan mereneh pada api perlahan utk 10 minit lagi, sambil dikacau selalu. Matikan api.

CARA MENGHIDANG:- Dalam mangkuk, bbuh mee laksa, diikuti taugeh dan timun, curah kuah, bbuh bahan2 sampingan lain seperti sambal belacan, limau, udang/kerang dan taburkan dgn hirisan daun kesum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...