Isnin, 5 September 2011

Fried Carrot Cake ( Fried Lobak)

Salam..

Dah seminggu kita berhari raya, sure dh kenyang kan..hehehe... CK pun baru jer balik dari holiday.... dah hari ni mulakan balik rutin memasak.

Hari ni CK mencuba resipi baru, Fried Lor Bak/ Fried Carrot Cake. Ni makanan orang cina, selalu jual kat pasar2 malam cina. CK nampak resipi ni kat blog Liza Hanum, terus CK ambik resipi dan cuba... hasilnya...ermmm...sedap !!!



SUMBER RESIPI : Bro Rozzan dan Mat Gebu

Bahan Utama :(CK buat separuh adunan)
5 camca besar minyak masak
1 camca besar cincangan bawang putih
200 g parutan lobak putih

Bahan Perasa (disatukan) :
600 ml air
1 camca besar gula
1/2 camca besar garam
1 camca besar serbuk lada sulah

Bahan Pemekat (dibancuh) :
350 g tepung beras
25 g tepung ubi
500 ml air

Bahan Sambal :
20 tangkai cili kering, potong kecil*
3 biji bawang besar*
2 camca besar ikan bilis*
2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :
2 - 3 biji telur
1 camca besar bawang putih
2 camca besar chye poh (lobak masin ), potong kecil2
Sedikit kicap manis
Sedikit sweet sauce
Hirisan daun bawang/daun sup/cili
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1.UNTUK CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, masak sekejap. Tambah bahan perasa dan kacau. Masukkan bahan pemekat dan masak sambil terus mengacau hingga adunan pekat. Tuang dalam loyang ( 8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega, ratakan dan kukus 30 minit atau hingga masak. Sejukkan betul2 sebelum dipotong kecil.

2.BAHAN SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, tambah sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

3.PENYEDIAAN FRIED CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 camca besar bawang putih dan masukkan chye poo. Masukkan 200 - 300 g carrot cake yang telah didadu tadi bersama 2 - 3 camca besar sambal dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dalam kuali yang sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan sweet sauce dan sedikit kicap manis, kacau lagi hingga rata. Rasa jika ok boleh diangkat. Tabur dgn hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan hirisan cili kalau suka.


Kiranya kan... Fried Lobak ni macam kuih talam berlauk orang melayu lah...tp caranya lain sikit, digoreng macam mee gitu...ermm...entah laaa... Jebat CK tak makan pun, sekadar rasa jer (nk amik ati CK jer..)



Inginkan cuba sesuatu yang baru. Meh la masak fried carrot cake !!




7 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

salam...rasanya pernah mkm mkanan ni di mid vly....sdp rasaseakan nasi impit pun ade...bolehlah cuba dah ada resepi ni

HomeKreation berkata...

Salam Noorma. Dah abis raya ke. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
wah sedapnya tengok ... terliur tgk fried carrot cke tu tau akak.. sedap2!!!

Fiza Nordin berkata...

sedap nampaknye.... suami aku musti mcm jebat ko....sekadar rasa sikit utk jaga hati je...felik2 ni mmg tak la dia tu....

selamat hari raya aidilfitri utk noorma & family... maaf zahir & batin :D

quinnie berkata...

ck...saya resepi ni dah berkurun salin tapi tak pernah buat lagi...hehehhe..teringin nya nak makan nak tau apa rasa dia lepas tengok gambar ck nih..nampak menarik sungguh...:)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak.. nampak sungguh menarik.. tentu ada kelainan pada rasanya.. boleh cuba nanti InsyaAllah

Deliah's Deli berkata...

sll tgk carrot cake berkicap tp yg ni kecur plak tgk sbb nmpak sesuai dgn selera kita..nak2 klu rasa mcm talam berlauk,sedap sgt tu! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...