Rabu, 28 September 2011

Tau Sa Piah

Salam semua.
Hari ni CK nk berkongsi dengan rakan semua satu kuih kegemaran CK sejak kecil hingga kini. Dulu CK tak tau apa nama kuih ni, main beli dan makan jer, tp skang baru la tau. Tau Sa Piah nama kuih ni. Tapi my Jebat panggil kuih doraemon, sbb rupanya bulat dan tak menarik langsung katanya..ermmmmm...


Kuih ni jugalah menjadi sarapan setiap pagi depan pc. Time boring pun CK makan kuih ni. Anak2 mmg tak berani usik tupperware depan pc ni sbb diorang tau mak diorang akan mengamuk kalo kuih dalam tu habis..hahaha...Selalunya CK buat kuih ni dalam dua adunan. So dapatlah banyak sikit dan boleh la simpan lama... 


OK lah..meh kita kongsi resipinya. Sudah 2 tahun CK dapat resipi ni dan membuatnya, tp belum sempat ambik gambar/buat entri, kuih ni dah pun habis... Resipi dari MYR. Terima kasih kepada Skyblue sbb sudi berkongsi respi kegemaran CK ni. Lebiu lah !!

Bahan-bahan ( 15 biji )
 * Doh A:
* 120g tepung gandum, diayak
* 60g shortening

* Doh B:
* 120g tepung gandum, diayak
* 30g gula icing
* 30g shortening
* 60ml air

* Inti:
* 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
* 3 sb minyak masak
* 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
* 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
* 1/2 sk garam
* 1 sk kulit oren yg telah dicincang

* Lain:
* 1 biji telur (untuk sapu)
* Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Sedap tauuu kuih ni. Hari2 CK makan kuih ni tanpa rasa jemu. So..sesiapa yang minat tu, bolehlah cuba.




12 corat coret:

Anna Qawina berkata...

sedapnya..aku pun suka sgt kuih ni tau..kat kedai runcit ado tp skrg rasa dia lain sikit kan..tak yg mcm dulu2 punya..
kcg hijau tu yg kita buat bubur tu ke?

Noor berkata...

Memang dari kecik suka sangat dengan kuih ni. Selalu beli je, x pernah buat. Dah ada resepi ni bolehlah buat sendiri.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

samalah kita.. memang feberet ngan kuih ni........ intinya tuh yg paling istimewa... takde inti yg serupa dengan kuih ni....

pernah sekali buat dulu2 masa baby masih kecik.. berbaloi2.. dpt byk... puas mkn.. tp skrg kalau disuruh buat lagi... kena tunggu betul2 lapang baru boleh buat.. hehe..

Cheq Sue berkata...

wahhh...tetibe je rasa nak cuba...memang suka abes dengan kuih ni

nur berkata...

AsSalam..
Waa.. boley wat sendiri rupanya kueh ni ya..selalu beli jeh..
ok InsyaAllah akan dicuba buat..thx :)

AZLINA berkata...

Assalamualaikum...akak baru je beli kuih ni kat Tesco Cina Muslim buat..mmg sedap, tp mahal sikit hrg dia 8 ketui RM4.00...lenkali boleh la try resepi ni.. :)

Kak Sam berkata...

hehehe nampak simple je kuih ni.

Deena Yasmin berkata...

ooo tau sa piah nama kuih ni rupanyer, masa kecik mmg kuih ini la deena capai dulu klu gi kedai kopi cina :)

nak tanya ck, kacang hijau tak berkulit ? ker sama ngan kacang hijau buat bubur tuh ? excited nak buat nih ;)

Cendana Kasih berkata...

Kawan2 sekalian- yer, kacang hijau yang CK guna ni ialah kacang hijau yang kita buat bubur tu.... rendam semalam..nanti dia akan kembang.. pastu masa bilas (basuh) gosok kacang tu kuat sikit agar kulitnya keluar... pastu kukus sampai masak..
{biasalah kalau ada kulit sikit..nanti masa kita blender sampai halus, mana nampak kulit tu dah..}
Dan..kalo takmo letak kulit oren pun takpe...
Ok..selamat mencuba semua !!!

Rai berkata...

Salam,
dah lama dok cari resipi ni... mmg faveret la kuih ni... thanks

CuppyCakeMommy berkata...

cekidout our latest promotion of smart educational toys..

add us in FB at intelligent.toys@yahoo.com

pinky_liscious berkata...

leh try ni..tp tak tau jd ke takk..trima kasih...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...