Salam...lama CK tak bersiaran. Sebenarnya CK tengah demam ni..dah 3 hari demam. Kalo demam sudah tentulah asma datang bersama. Semalam dah tak tahan, terus ke klinik, ambil nebuliser. Tp kat klinik panel tu plak mesin nebu dia rosak la plak. Kecoh nurse sana suruh ke klinik lain sbb tengok CK dah pucat
Dan skang ni, rasa ok sikit la. Bang Jebat beli ubat herba kat kedai cina plak..ermmm..macam2 kan.
Kek ni?? uittt...jangan tanya yer, sbb dah takde bayang ataupun secalit coklat pun..hehehe...Kek ni sebenarnya CK buat untuk majlis hari raya Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya sabtu lepas. Seronok dapat jumpa bekas2 pensyarah (kini ramai dah jadi Dr ) dan juga kawan2 lama
Kek Coklat Kukus Zaima
Bahan utama:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis
Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.
Bahan campuran tepung:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Di ayak bersama.
Bahan telur:
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila
Caranya:
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.Setelah itu,masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali,masukkan pula campurantepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul adunan sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya.Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang.Setelah kukusan sudah panas,bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.Setelah kek masak,keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.Apabila sudah sejuk,keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.
Menurut kata kawan2, diorang kata kek ni sedap..entah laa...CK sendiri pun tak rasa, insyaalah hujung minggu ni CK cuba buat lagi :)
5 ulasan:
Salam Ck kek yg menarik lam betul akk tak membangking..raya pun x sempat buat..tp kek ni npk cantik le..resepi pun mudah x byk sangat bhnnya..hjt hati mcm nak cuba
moga ck cepat sembuh
walaupun kek ni simple je tp kalau dah namanya kukus memang lembut dan sedapp...
Semoga CK akan cepat pulih seperti sediakala.
salam Ck..dah sihat ke?semoga Ck kembali sihat seperti biasa.Seronok sekali sekala jumpa kekawan lama.Tak pe lah Ck kita pun ada Phd jugak...kat dapur opis kita kan..jika dapur tak berasap satu rumah sakit hikhik:)..kan penting tu.
mmmmmm... nampak sedap kek coklat tu.. nak cubala..
Catat Ulasan