Salam... berjumpa lagi kita.
Semalam, rumah CK dikunjungi oleh seorang rakan yang baru sahaja CK kenal sejak 3 minggu sudah. Puan Noni namanya. Asalnya rakan CK ni menelefon untuk bertanya tentang biskut blueberi tart.
Dan dalam bulan shawal yang mulia ni, CK jemputlah dia ke rumah. Dan semalam (sabtu) barulah kami bersua muka. Noni datang bersama anak2nya yang cun melecun, hidung mancung macam DJ Dave (dah maknya pun lawa, tentulah hasilnya lawa...hehehe).. sori gambar tak sempat snap sbb sibuk menyembang.
Noni datang bersama buah tangan yang sedap dan meletops. Inilah dia... kuih Bangkit Cheese. Dia juga menerima tempahan biskut ni. Masa CK mula2 makan (depan Noni).. fuh..sedap la..tp taknk ler tunjuk gelojoh...hahaha...
Jebat CK pun mengakui kesedapan kuih ni. Ermmm..payah nk citer ler.. mmg sedap. Sekali makan, nak makan makan dan makan lagi. So CK pun carilah resipinya kat internet ni haa..dan jumpalah resipinya di blog Kak Nor secubit garam. Insyaalah nanti CK cuba, tp kena cari stok keju cheddar dulu la.. apapun, terima kasih (in advance) kepada Kak Nor dan Along Roz.
Bangkit Cheese
BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan
CARA2:
1. Pukul Mentega dan Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.
2. Canai dan terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.
Sapa yang malas nk buat, bolehlah menempah kat kawan CK ni haaa... opss..dia ni wanita berkerjaya, tp masih sempat ambik tempahan segala kek, biskut. Sudah la tu, sempat plak pegi kelas masak memasak...Huh....ada masa dan mmg hard spirit betullah si Noni ni
Terima kasih Noni sebab bagi buah tangan yang sedap kemain ni. Patutlah ribu riban masyuk hasil buat biskut ni..mmg sedap !!! dan insyaalah...lain kali kita jumpa lagi yer, tak puas sembang ngan Noni :)
7 ulasan:
nampak menarik kak.. sedap je rupanya .. tambah ada cheese mesti lemak masam manis
salam mmg npk menarik dari name sekut pun dah tahu kesedapannya...berapa Noni tu jual
Ita- mmg sedap pun, akak bagai nk pengsan makan sekut ni..siap bersorok dari anak2... hehehe
Kak Sheila- tingin ke? hehehe... Noni tu jual 100 biji=rm40.00..
ko bio betul?....
sedap smp pengsan, bahaya nih klu makan sesorang
pesalle ko ni rajin sgt eh? cubalah bawak rehat2 sikit..hehe
Memang sedap sekut ni tapi malang nya thn ni tak merasa sbb xsempat nak buat...hehe. btw Along amik resipi ni drpd Forum Diana tapi dia dah tutup blog dia.
kite ni kalau bab cis, memang tak tolak dah! tp masalahnya konon2 tgh diet skrg. adeh! sedapnya cis ni....
Catat Ulasan