Selasa, 23 Februari 2016

Naked Oreo Blueberry Cheese Cake


Salam... 


I called it naked coz malas nk salut icing... hehehe.... ni CK buat sabtu lepas, sempena kawan2 datang lepak2 kat rumah. Yelah, dh lama tak sembang gelak2 sejak CK sibuk dengan biz roti ni...adoiii..penat hari2 meroti beratus biji roti budget sampai demam2.... so minta la cuti barang sehari dua dari agen2 rotiku... hehehehe....



harus ada siaran ulangan, sbb anak2 tak puas makan katanya....  jom check resipinya


Naked Oreo Blueberry Cheese Cake

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Bahan C
6-8 keping biskut oreo - dipatah-patahkan
filling blueberry 

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Masukkan kepingan biskut oreo yang dipatahkan tadi
Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Sejukkan kek... dan bolehlah dihias ikut suka.. Ni Ck cairkan sedikit filling bluebery, kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil gelatin...masak atas api sederhana..whisk hingga sebati, dan tutup api. Bila sejuk, curahkan atas kek...SIAP !! 



Dah lama teringin nk makan cis kek oreo ni, tp dalam masa yg sama nk makan cis kek bluberry....  

 ni sebaik saja keluar dari oven... lembut bak kapas.. sambil tunggu dia sejuk sepenuhnya, bolehlah sediakan filing blueberry....




OK...SAMPAI SINI DULU !!



Ahad, 21 Februari 2016

Breakfast Nasi Dagang

SALAM AHAD

Hari ni masak skali untuk makan tengahari laaa.... sbb tengahari nk gi kenduri, tp anak2 takmo ikut la plak. So, buat la makanan kegemaran diorang, Nasi Dagang. Kebiasaannya anak CK suka gulai ikan tongkol berbanding gulai ayam/daging.
















Bahan-bahan Nasi
1 cawan beras wangi
1/2 cawan beras pulut
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian toskan
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. 
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan


 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP


Ok...SELAMAT MENCUBA !!! 

Jumaat, 19 Februari 2016

Ketam RM15 Sekilo

Ini hanya usaha untuk membantu insan yang kurang berupaya. Sesiapa yang berada di sekitar Port Dickson, bolehlah bantu dengan membeli ketam akak ni. Hanya rm15 jer sekilo.

Suaminya OKU, kini dia membantu suami berniaga.... anda boleh menghubungi no 017-3209629 



Hari ni hari dia, mana tau esok lusa giliran kita pula !! 

Isnin, 15 Februari 2016

Ungkep Puyuh

Satu-satunya masakan jawa yang CK suka...yeahhh...ungkep.... hari tu buat ayam, kali ni buat puyuh plak... makan ratah gitu pun sedap... tp kali ni CK lawankan dengan nasik lemak...lalalalala..... hehehehe




Ungkep Puyuh

Bahan-bahan
4 ekor puyuh - potong kepada beberapa bahagian
3 batang serai- diketuk
2 lembar daun limau purut
minyak masak
2 asam keping
garam, perasa

bahan kisar
1 biji bawang merah
3 ulasbawang putih
1 inci halia
sedikit lengkuas
10-15 bj cili padi (ikut kepedasan)
2 bj buah keras
2 batang serai

Bahan hiris halus
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara-cara
Tumis bahan2 yang dihiris halus. Bila agak kuning, masukkan serai yang dititik. 
Bila dh keluar bau, masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak dan rempah masak
Kemudian, baru masukkan ayam.
Boleh tambah air untuk empukkan ayam
Bila kuah dah kering, bolehlah dimasukkan daun limau purut, garam dan perasa
Bila dh kering, bolehlah diangkat... SIAP.... sesuai makan ngan roti, nasi impit, nasi putih, nasi minyak dll


Ok..selamat memasak semua !!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...