Ahad, 21 Februari 2016

Breakfast Nasi Dagang

SALAM AHAD

Hari ni masak skali untuk makan tengahari laaa.... sbb tengahari nk gi kenduri, tp anak2 takmo ikut la plak. So, buat la makanan kegemaran diorang, Nasi Dagang. Kebiasaannya anak CK suka gulai ikan tongkol berbanding gulai ayam/daging.
















Bahan-bahan Nasi
1 cawan beras wangi
1/2 cawan beras pulut
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian toskan
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. 
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan


 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP


Ok...SELAMAT MENCUBA !!! 

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...