Apam Tapai Nasi
Assalamualaikum
Dunia hari ini, semua tanya chat GPT, tapi tak semua infonya betul. Tak semua resepinya menjadi dan sedap. Dan kalau dia salah, dia mengaku, "oh, saya silap!" hahahaha...
Last week CKak buat apam tapai nasi ni, tapi guna resepi ChatGPT. Tak menjadi apamnya. Senyum pun malas-malas jer. Rasa OK laa...tp tak sesedap resepi CKak sendiri. Rasanya semua blogger otai tahu, kita bermula dr Myresepi. Kemudian barulah ada FB dan kini Tiktok. Dulu, masak apapun kita refer MyResepi.
Resepi CKak sendiri. Olah sendiri. Tapi dalam resepi ini CK guna gula tanpa kalori. So boleh makan tanpa rasa bersalah. Free gluten, Free Sugar.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula (boleh kurangkan)
2 sk yis
1 cawan air
Pewarna jika suka
Pewarna jika suka
1 Eno paket warna biru
Cara-cara
Dalam blender, masukkan tepung beras, tapai nasi, gula yis dan air.
Air tu jangan letak 1 cawan terus. Agak2 blender boleh gerak dan haluskan bahan-bahan semua, dah memadai.
Air tu jangan letak 1 cawan terus. Agak2 blender boleh gerak dan haluskan bahan-bahan semua, dah memadai.
Perap 2 jam
Bila dah mengembang elok, panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan minyak masak
Letak Eno, pewarna dan kacau rata.
Sudukan dalam acuan.
Kukus dengan api kuat selama 10-12 minit.
Kukus dengan api kuat selama 10-12 minit.
Tip2 APAM menjadi elok.
1. Air 1 cawan jangan letak semua. Letak sikit2 dulu agar blender dapat jalan dan kisar bahan-bahan hingga halus. Kenapa??
2. Bila adunan dah berinteraksi dengan yis, adunan akan mengembang dan cair. Kita tak mahu adunan terlampau cair, nanti apam akan bantat dan takkan merkah dengan elok. Haaa...sbb tu jangan campur air tu semua. Sikit2 dulu, hingga blender dapat jalan jer.
3. Air kukusan kena menggelegak. Api kena kuat.
4. Jangan susun adunan terlalu dekat. Jarakkan sikit (seperti gambar)
OK ..selamat mencuba !! gambar salad ni hiasan jer...kalau korang tengah diet, boleh la cuba. Hahaha.....


Ulasan