Isnin, 18 Mei 2020

Biskut Tart Nenas Landak

Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan?

Bagaimana persiapan raya? Kami sekeluarga ala kadar sahaja. Tambah PKP ni, mana yang boleh shopping raya? setakat Giant jer laaa... apapun syukur dengan apa yang ada.


  
OK.. hari ni CKak tayang kuih Tart Nenas Landak laaa... suka buat biskut ni. Ralit jer menggunting, sampai lupa masa berlalu. Paling best bila dah siap beratur, cantik jer

Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm butter Anchor
2 kuning telur
1/2 kg jem nenas
Kuning telur + pewarna kuning telur


Cara-cara:
Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.
Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai.
Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C selama 20 minit atau sehingga masak.



ok lah...sampai sini dulu yer . Daahhhhh !!

Selasa, 5 Mei 2020

Biskut Coklat Cip Famos Amos

 Assalamualaikum. Dah 2 hari CKak dah mula buat biskut. Alahaiii....melayan kerenah anak-anak buah la ni... minta buatkan biskut raya seperti selalu. Selagi tak buat,  selagi tu la dok wassap tanya dengan ayat-ayat seperti , bila mksu nak buat biskut, lamanya saya tak makan biskut itu ini bla bla bla. Ermmm...tak dapat gak berehat dengan diorang ni laaaa



 Image may contain: food


RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja ya
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!





Ok...selamat mencuba. Resepi dah bagi tu, tak perlu la nak tanya-tanya lagi. CKak ni bukan jenis kedekut resepi tawww... ada sesetengah orang tu, adussss...resepi PJJ takbleh nk share, padahal cikgu PJJ dia tu ambik resepi dari blog CK ni jugak !!

Ahad, 3 Mei 2020

DONUT GEBU TANPA ULI

Assalamualaikum

Hari ni nak tayang DONUT jer... senang jer nak buat donut ni, tak perlu uli lama-lama tetap lembut dan gebu. 



 DONUT GEBU TANPA ULI
(sukatan ni saya dapat 18-20biji/doh 25gram)
2 cawan tepung
2sb majerin
2sb susu pekat
*gaulkan sebati
1 cawan air suam
1paket yis
1sb gula
* biar kan sampai naik macam gunung berapi

dah naik macam gunung berapi masukkan je dalam adunan tepung . kalau lembik biarkan je . tapi jgn lembik sangat . agak2 lekat sikit2 kat tgn tu je . tutup biarkan sejam
lepas sejam .. buat bentuk . biarkan lagi 30minit .
dah boleh goreng .😍


CKak suka donut yang disadur dengan gula aising. Nak lagi sedap, tambahkan sedikit snow powder. Hasilnya, bila di gigit, terasa dingin sejuk dingin. 


Untuk anak-anak wajiblah ada donut yang disira dengan coklat. Tak kisahlah hiasan di atasnya bagaimana, janji bercoklat


Nampak tak kegebuannya? hehehe...selamat mencuba !! 

Sabtu, 2 Mei 2020

Tauhu Bergedil Sedap

Assalamualaikum. Hari ni CKak buat tauhu bergedil plak. Korang boleh jer guna daging, ayam, isi udang atau isi ketam sebagai inti utama tauhu bergedil ni. Semuanya sedap. Hari ini CKak punyer versi ayam.





Bahan2:
1. Kentang 5-6 biji
2. Daging kisar 200 gram
3. Tauhu pok
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang holland


Cara2:
1. Kupas kentang dan potong 4
2. Rebus kentang sampai empuk
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.
4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
6. Masukkan daging yang dah siap masak.
7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2😁
8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. πŸ˜…
9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.
10. Sumbat inti dalam tauhu 

CELUPAN:
1. 3 biji telur
2. Garam sikit
3. Sdikit tepung bestari 
Pukul telur bersama garam. Satukan tepung bestari.  Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.


Bahan2 sos
1. 2-3 ulas bawang putih
2. 1 inci halia
3. 1 cawan cili kisar
4. 1 cawan sos cili
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 1/2 cawan gula melaka/merah
7. 1 cawan air asam jawa (2 tbsp asam jawa)
8. 1/2 cawan air

Cara penyediaan sos:
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan sos cili dan tomato. Kacau sehingga rata. Masukkan air asam, 1/2 cawan air dan gula merah. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa. Kalau kuah x cukup pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang dah dilarutkan dengan air.
5. Bila kuah dah cukup pekat, taburkan sedikit bijan.

SIAPPP!! SEDIA UNTUK DIHIDANG πŸ˜‹





OK..sampai sini dulu. 

Jumaat, 1 Mei 2020

Maggie Goreng Mamak

Salam.. nk lepak mamak dah tak boleh. So terpaksalah masak sendiri. 

Hari ini craving maggie goreng mamak style. 

Guna mee kering jer, kemudian goreng macam biasalah


ada juga lempeng kelapa muda. Orang Kedah panggey Pek Nga. Asalnya beli kelapa muda , tp dapat tak brapa nak muda. Isinya dah keras. Sayang plak nk buang, maka terhasillah lempeng kelapa. CK suka cicah dengan gula πŸ˜…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...