Isnin, 18 Mei 2020

Biskut Tart Nenas Landak

Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan?

Bagaimana persiapan raya? Kami sekeluarga ala kadar sahaja. Tambah PKP ni, mana yang boleh shopping raya? setakat Giant jer laaa... apapun syukur dengan apa yang ada.


  
OK.. hari ni CKak tayang kuih Tart Nenas Landak laaa... suka buat biskut ni. Ralit jer menggunting, sampai lupa masa berlalu. Paling best bila dah siap beratur, cantik jer

Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm butter Anchor
2 kuning telur
1/2 kg jem nenas
Kuning telur + pewarna kuning telur


Cara-cara:
Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.
Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai.
Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C selama 20 minit atau sehingga masak.



ok lah...sampai sini dulu yer . Daahhhhh !!

3 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

cantiknya tart landak
feberett ramai tart ni

akak semua tart suka tak kita bentuk apa he hee

Fadzillah berkata...

Selalu buat tat bunga dan tat gulung je, nanti boleh cuba buat tat landak pulak.

Acuyuhan berkata...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
http://acuyuhan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...