Rabu, 26 Ogos 2015

Bengkang Labu

Salam
hari ni CK buat bengkang labu plak... sedap... dan CK tambah serbuk kulit kayu manis dalam adunan untuk menghilangkan bau telur... Oh ya, masa kukus labu, carikkan dua helai daun pandan, untuk lebih wangi



BENGKANG LABU
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah dikukus dan lecek halus
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



Selasa, 25 Ogos 2015

APAM NASI (gerenti jadi )

SALAM.... dh lama CK tak buat apam ni...selalu beli jer kat pasar malam... hari ni terpandang ada balance nasi lebih, so buat la apam ni... 





RESEPI APAM NASI
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

petua supaya jadi cantik:

..tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jng terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tk luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jng buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 - 20 minit baru boleh buka tudung. tk akan hangus! cuba lg. lama lama anda akan pandai buat dan tahu dimana silapnya..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...