Salam semua
Mari makan mee rebus yer. Request dari anak CK yang tak puas makan mee rebus kat mamak cendol ari tu. Kak Sheila pun tak merasa kan,,hehehe...takpe, meh makan sini plak
Sebelum ni dah pernah buat mee rebus ni dan mendapat pujian rakan2 , ia adalah gabungan pelbagai jenis respi mee rebus se-Malaysia....dah jadilah Mee Rebus Perindu. Kalo makan, pasti rindu nk makan lagi. .. kata kawan yg makan tu laaa... dan bila buat, sure teringat kat dia. Maaf yer cik Nia, hari ni tak dapat nk hantar sbb awak keje :(
Bahan kuah
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar taucu, tumbuk lumat
500 g daging batang pinang- dihiris nipis
5 - 6 cawan air (tengok banyak mana nk kuahnya)
500gm keledek- direbus dan lecek halus
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 batang serai- dititik
5 keping biskut merie- dikisar halus
Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain
taugeh, buang ekor
tauhu goreng
cili hijau - dihiris
cili merah- hiris
daun sup, daun bawang- hiris halus
Bawang goreng secukupnya
cucur udang secukupnya
mee kuning
telur rebus
Cara-cara
Panaskan minyak, timis bahan yang ditumbuk hingga terbit bau.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sampai serbuk kari masak
Kemudian masukkan air, daging diikuti dengan taucu. Masukkan sekali lengkuas yang dititik dan serai
Biar mendidih... kemudian, masukkan kacang yang ditumbuk, keledek yg dikisar dan biskut merie. Perisakan dengan gula, garam dan perasa (kuah mee rebus mmg rasa manis2 sikit)
Biar mendidih sekali lagi, sesuaikan kepekatan dan rasa dan bolehlah dihidangkan bersama mee dan bahan2 lain.
Punyalah teringin nk makan, tak cukup bahan pun belasah jer laa...takde daun sup dan daun bawang. Telur rebus pun takde (kes nk jimat telur utk baking kek...hahahah )
Kata along "waa...sama la mcm ari tu" ermmm...iyo laa...mee rebus kat mamak cendol mana ada daging :p
Jemput semua !!
8 ulasan:
eemmm sedapnya ...
Salam heee alamak x leh jadi ni esok jugak nak buat...balik nnt suruh abe nik carikan bhn2...tulah ingatkan leh le bedating lama2 sambik mkn2,,,rupanya dah habis....next time kita dating lg ye...
yum yum..
pekatnya nmpk kuah tu kak....sukaaaa
Akak suka mee rebus..ni ada taste mee rebus johor..ada kelainan laa letak sekut..bagu bagus..gud idea
wow..nak ckit tu kak...
sedapnya mee rebus, nak sepinggan
sedapnye akak tgk..
jumpa mee rebus kat rumah mas. datang sini pun ada mee rebus jugak. sedapnya...
Catat Ulasan