Jumaat, 30 Januari 2009

Sup Sotong

Anak-anak aku panggil benda ni Sup Sotong, tapi kalo ikut loghat utara mak dan sedara aku yang lain, diorang panggil 'sayoq satong' @ sayur sotong. Kenapa ada nama sayur lak? agaknya sebab masakan ni jenis berkuah kot... Kalo di Pantai Timur mungkin nama Singgang kot...entah la...
Ni lauk kegemaran aku dari kecik sampai la ke tua bangka ni. Kalo dulu Hang Jebat aku tak suka masakan ni, tapi sejak anak2 pun dh minat, so dia terpaksa ler makan.


Bahan-bahan
>sotong secukupnya
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk, dan dicincang
>halia-dihiris
>sedikit air asam jawa
>garam, perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai kekuningan.
2.Kemudian, masukkan air (banyak mana kuah yg dikehendaki) Biar menggelegak.
3.Barulah dimasukkan sotong. Diikuti dengan air asam jawa. Jangan banyak sangat, nanti masam, seimbangkan rasanya dulu.
4.Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.


5 corat coret:

KakChik berkata...

Noorma, kat KB ni kami panggil Sotong Rebus Serai. Baru malam tadi kami masak lauk ni. Sedapkan. Rasa manis-manis air sotong. Kalau sotong ada telur lagi sedap, slurp, slurp, yumyum.

Noorma berkata...

Betullah kak chik, saya pun suka telur sotong tu, selalu berebut dengan anak2 keluarkan telur sotong tu ..he,he,he

KakChik berkata...

hehehe, ada juga ya mak berebut dgn anak2 nak makan telur sotong, huhu jangan jadi macam telur ikan tembakul sudah.

Sarman Ajah berkata...

Bole jugak ni nk cube.. lhh..

Sarman Ajah berkata...

Bole jugak ni nk cube.. lhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...