Jumaat, 2 Januari 2009

Kuih Dadar/ketayap

Juadah minum petang hari ini. Kuih dadar. Ada jugak dipanggil kuih gulung atau ketayap. Tak letak santan (malas nk kuarkan dr fridge, so gantikan dengan susu cair jer)



Bahan-bahan
utk kulit
>1 cawan tepung gandum
>2 biji telur
>2 helai daun pandan
>1 1/2 cawan santan/susu cair
>1 1/2 sudu kecil garam
>2 sudu besar minyak masak
>Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
>1/2 biji kelapa parut
>3/4 cawan gula merah
>1/4 cawan gula pasir
>1 helai daun pandan
>isi durian (kalo suka)
*sapa tak suka manis, boleh kurangkan gula

Cara-cara
untuk inti
Masukkan kelapa parut, gula pasir,gula merah dan isi durian tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit
1.Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan tekan on,bila dh halus dikisar, tapis dan ambil patinya.
2.Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan&pandan tadi
3.Kacau sehingga sebati .
4.Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.
5.Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
6.Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
7.Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...