Selasa, 6 Januari 2009

Waffle

Semalam, lepas settlekan urusan sekolah along, aku&hubby pegi bank untuk ambik duit terpijak (he,he,he,,bonus ASB la....) lepas tu kami pegilah shopping. Untuk jadikan kenangan duit tahun 2008 ni, aku beli la waffle maker.


Dan untuk breakfast pagi ni, buat waffle. tak secantik kat kedai tu. Aku takut dia hangit, so cepat2 angkat. Petang ni nk wat lagi, kasi cantik sikit lagi.

Resepi ni dr AlongRoz (myresipi)

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )
2 biji Telur
3/4 cwn Susu segar
2 tbsp Minyak sayur
1 cwn Tepung
1 1/2 tsp Baking powder
1 1/2 tsp Gula
1/2 tsp Garam

Cara-cara
1.Panaskan electric waffle maker.
2.Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
3.Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda).
Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
4.Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.


*yang ni aku sapukan peanut butter dan kaya. Memang itulah faberet aku tiap kali order waffle.

7 corat coret:

nuryah berkata...

kak ina,
mcmana rupa waffle maker tu.tak pernah tau pon.

saya pon suka sgt waffle tp topping coklat n peanut.bestnya ade resepi tp nak kena cari waffle maker la plak :)

cikmar berkata...

letak esen waffle lg sedap kak...cubala..wangi jer

Noorma Ismail berkata...

ooo...ada jual ek esen waffle..mesti cuba ni..lagipun dh lama waffle maker tu dok bertapa..yelah..memula beli jer akak pkai, lepas tu dok la dia jadi batu belah batu bertangkup..hehehe... semalam pegi A&W terpandang adik tu buat waffle, wangi jer..so teringat ler kat waffle maker akak yg dah lama tak berkhidmat tu...

Siti berkata...

buatla kak..syg sbb da ada waffle maker tu..sy tak pernah jumpa lg..org kata ada jual kt tesco tp cari takde pun...pastu sy pun guna je waffle mix pastu letak dalam sandwich maker..utk elak kempunan...hehe..kak, esen tu sy beli kt yummie..

Noorma Ismail berkata...

ooo..kat Yummies yer..minggu depan baru nk pegi sana,,nanti akak beli..Waffle maker tu akak beli kat Tesco jugak la..rm 59.90..ops..semalam masa blogwalking akak ada jumpa satu entri..orang tu pun beli kat Tesco, skali dengan breadmaker.. tp murah betul breadmaker tesco ni, cuma rm250 jer..

Siti berkata...

sy pun tau kewujudan esen tu masa merayau2 kt internet ni..hehe...bestnyaaa klu ada breadmaker...baru la rajin nk wat roti..klu tak,pk 10kali nk wat...last2 beli je kt kedai..ahaha

m&m berkata...

cuba tgk link nih utk waffle maker.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=391301200933102&set=a.391295577600331.88084.371099876286568&type=1&theater.

cam ok jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...