Rabu, 21 Januari 2009

Coneydog

Hari ni badan tak brapa sihat. Dari semalam asyik selsema dan sakit tekak jer, tapi perut orang-orang kat umah ni tetap kena isi. Fikir punya fikir, masak ini jer lah. Terus si along buat bekal g sekolah.

Bahan-bahan
>roti hotdog secukupnya
>mayonis
>hotdog secukupnya, digoreng dulu

Bahan untuk kuah daging
>Daging kisar
>Tomato - dicincang
>Bawang besar - di dadu
>Bawang putih - dicincang halus
>Serbuk lada hitam
>Serbuk oregano
>Sos tomato
>Cili pes
>Minyak sapi
>Meggie seasoning
>Sehelai daun bay
>Garam dan perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak sapi, dan tumis bawang putih dan bawang merah yang didadu hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
2.Masukkan daging cincang. Kacau goreng. Masukkan juga daun bay, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau lagi
3.Masukkan buah tomato yang dicincang. Kacau lagi. Titiskan setitik dua meggie seasoning.
4.Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air (jangan masak sampai kering)
5.Tambah garam dan perasa secukupnya

Roti dibelah tengah, letak hotdog dan siram dengan kuah daging tadi. Picitkan dengan mayonis, dan siap untuk dimakan.


2 corat coret:

Tanpa Nama berkata...

norma.. ni tak sihat yg biasa2 ke atau nak tambah ahli lagi...hahaha

-zamri-

Noorma berkata...

amboi mulut..aku demam biasa + selsema jer lah encik zamri oii...kemain lagi mulut ko yer!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...