Khamis, 8 Januari 2009

Hotdog Sweet and Sour

Tak tau nk bagi nama apa kat masakan ni. Sebenarnya lauk ni aku ternampak kat umah Farah, dia masak untuk anaknya 'cha'. Nampak sedap la plak.

Malam ni aku masak la lauk ni. Bungkus plak ngan telo. Hidangkan bersama nasi ayam tengahari tadi tuh. Fuh, selera sungguh si Irfan makan. Sampai berebut dengan si alongnya. Sian kat hubby aku, dapat rasa sikit jer.


Thanks Farah sbb share respi tu. Tapi akak alter sikit (ikut tekak ahli kariah umah ni). Memang sedap, lain kali boleh buat lagi.



Bahan-bahan
>4 batang hotdog-dipotong pendek
>cendawan butang
>karot
>kacang pis
>batang leek
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk
>sos tomato
>sedikit sos cili
>sedikit sos tiram
>daun sup, daun bawang-ditabur
>telur



Cara-cara
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan semua jenis sos tadi, bersama sayur-sayuran dan hotdog.
3.Letak sedikit garam (jangan banyak sbb sos dh masin)
4.boleh letak air untuk mengempukkan sayur-sayuran tadi (kalo suka)
5.biar kering sedikit dan angkat.
6.Buat telur dadar-pukul telur dan panaskan kuali. Tebarkan telur ke seluruh kuali agar mendapat lapisan yang nipis dan besar.
7.Biar hingga masak,
8.padamkan api dan letak hotdog yang dimasak tadi ditengah-tengah. Balut kemas
9.Ambil pinggan dan tangkupkan diatas telur tadi.
10.Dengan berhati-hati, terbalikan kuali dan sedia untuk dihidangkan.








3 ulasan:

Unknown berkata...

Nak order, nak order! Nampak sedap sangat tu. Bungkus macam pattaya pulak. KakChik rasa kalau budak2 ni nampak mesti dipaksanya kita ni buatkan utk diorang.

Tanpa Nama berkata...

Ala, senang jer tu kak chik, masak campak2 jer, inipun untuk paksa anak sulung saya tu makan nasi, sbb di cekeding tu kalo makan apa-apapun sikit jer..cubalah kak chik!

Unknown berkata...

nak ceket!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...